Tuesday, December 27, 2011

Kelahiran dan kematian.

Lost in reflection.



Dari kitab Mukashafah Al-Qulub, Abu Ali bin Ad Daqaqi berkata:
"Aku datang menjenguk lelaki soleh sedang sakit. Dia dikerumuni oleh murid-muridnya. Dia memang seorang guru besar. Ketika itu dia kelihatan menangis. Padahal umurnya sudah lanjut. Maka kutanya dia,"Wahai Syeikh, apakah engkau menangis dunia ini?"

Dia menjawab, "Bukan. Aku menangis kerana aku tidak dapat melakukan solat lagi."

Dia menerangkan, "Kerana ini hari terakhir bagiku. Padahal aku sujud dalam keadaan lalai. Aku angkat kepalaku dalam keadaan lalai. Jangan-jangan aku mati dalam keadaan lalai juga"


Kemudian dengan nafas terputus-putus dia membacakan syair:


Kufikirkan hari perhimpunan dan Kiamat.
Juga tertanamnya pipiku di bawah pusara.
Sendirian, tanpa teman, setelah mulia dan jaya.
Tubuhku dengan tanah liat.
Kurenungkan panjang dan lebarnya hisab.
Juga hinanya makamku waktu diberi kitab.
Namun harapanku kepada Engkau.
Wahai Tuhanku.
Wahai Penciptaku.
Engkau ampunilah kesalahanku.




Syukur Alhamdulillah. Allah masih lagi berikan gua hidup di muka bumiNya, menghirup oksigen percuma, menikmati keindahan alam ciptaanNya. Sampai ke hari ini. Hari pertambahan usia. Genap 21 tahun pada 27 Disember 2011. 

Gua berharap seraya dengan pertambahan usia ini, fikiran dan tindakan gua semakin matang, amalan baik semakin bertambah, amalan jahat semakin berkurangan, semakin mengingati mati. Mungkin ini hari lahir gua yang ke-21, dan siapa tahu mungkin ajal sedang menanti gua.

Ya Allah, tambahkan bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.




Thank you for those who were wishing and singing for me. Wish me all the best for final exam sem 1 session 2011/2012. :)


p/s: Hadiah orang mukmin adalah mati.

Thursday, December 22, 2011

Aku seksi, aku tahu!

Currently striving for test 2 separation process.
But still got some time to post the entry, watching video on youtube. 
*Bajet english bagus sangat. Sorry..

Entry bukan untuk kata gua seksi atau apa-apa.
Cuma untuk selitkan video best kat sini. 
Best bagi gua, mungkin tidak bagi lu orang. 
Video lama kot tapi baru bagi gua.
Gua baru tengok kot. 
Enjoy! Chow!


*Nice video from him. Gua jangka dia boleh pergi jauh. Worth for any local/international production to hire him.


p/s: Masih ada assignment yang perlu disiapkan walaupun next week study week. =_=
Wish me best of luck!

Sunday, December 18, 2011

Tolak seribu untuk seorang!






Andai kata situasi di bawah berlaku:


Mak lelaki:
Dah bincang nak duit hantaran berapa?

Mak perempuan:
Alhamdulillah. Pagi tadi baru dapat kata putus. Memandangkan anak perempuan kami berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia kelas pertama, kami mintak RM 8k untuk duit hantaran. Itu minimum.

Mak lelaki:
Elok sangat la tuh. Kalau puan mintak kurang, nanti orang mengata tak setanding dengan kelulusan anak lak kan. Pasal duit hantaran tuh, anak lelaki kami akan uruskan.

Mak perempuan:
Alhamdulillah kalau begitu. Ada jugak yang bantah. Kata macam mak nak jual anak la. Macam-macam lagi la. Syukur urusan kita dipermudahkan.

Tiba-tiba, bakal pengantin lelaki mencelah.

Lelaki:
Saya minta maaf sebab tiba-tiba mencelah ni. Saya ada satu permintaan.

Mak lelaki:
Mak tak ajar pun ko camni. (nada berbisik. sekali-sekala senyum kepada pihak perempuan.)

Mak perempuan:
Takpe-takpe. Sila-sila.

Lelaki:
Hmmm...macam mana saya nak mulakan ea? Hmmm....bismillahirrahmanirrahim. Macam ni. Memandangkan saya tak tau saya ni lelaki ke berapa yang menduduki carta hati anak mak cik, saya ingat saya nak tau anak mak cik ni dah kapel berapa kali, bercinta berapa kali. Kalau dia tak pernah bercinta dengan sesiapa sebelum ni, alhamdulillah. Saya dengan rela hati, sanggup tambah nilai duit hantaran tuh. Kalau anak mak cik pernah bercinta dengan dua orang sebelum saya, saya ingat nak kurangkan duit hantaran. Seorang seribu. Maknanya duit hantaran yang semua dah setuju tuh, dari 8k turun jadi 6k. Deal?

Mak lelaki:
Hmmmm??????

Mak perempuan:
Hah?????????




Korang rasa camne? Kalau gua, gua taubat tak nak kapel or bercinta dengan sesiapa lagi lepas ni melainkan lelaki yang benar-benar akan nikahi gua. Btw, ada ke lelaki camtu?

*bercinta dengan kapel itu satu perkara yang berbeza. Kenapa? Cari mereka yang lebih pakar untuk merungkai persoalan ini. :)

*fikir berkali-kali sebelum serahkan hati kepada yang betul-betul berhak.

p/s: Walaupun gua student chemical engineering, gua tak pernah dapat first class pun. Harap UTM je la first class. -__-'

Sunday, December 11, 2011

Itu abah saya!

Mak gua pernah cerita kat gua. Abah gua la orang yang paling gembira bila gua selamat dilahirkan. Maklumlah gua anak perempuan sulung. Abah bagi nama yang paling baik buat gua. Teman setia keharumanku. Tu la maksud nama gua. Nama sebenar gua? Dari gua cerita, baik lu cari sendiri. Baru ada kepuasan nanti. Kihkihkih.

Gua sikit pun tak kisah bila ada orang cop gua "anak mak", "anak abah". Sememangnya darah yang mengalir dalam badan gua, asalnya dari mak abah gua. Kalau gua bukan anak mak, anak abah, gua anak siapa? Betul tak? Gua tak nafikan yang gua anak manja. Tak heran la bila gua memuntahkan ayat-ayat sebegini:

"Mak kite kata kan kite tak boleh blablabla...."

"Abah kite kata kan tempat tuh blablabla...."

Mana taknya manja? Dari kecik lagi, apa sahaja yang gua mintak, abah gua sedaya upaya penuhkan. Tapi bila gua mintak Ferrari, memang abah gua takkan belikan la. Dapat perli ada la. 

"Nak pergi mana-mana, bagitau abah. Nanti abah bawakkan."

"Akak nak beli pape tak? Nanti abah belikan."

"Tak payah kerja. Duduk kat rumah. Selagi abah boleh tanggung, abah tanggung."

Kata-kata yang selalu terngiang-ngiang kat telinga gua. Bagi sesetengah orang, kalau nak pergi mana-mana, kena pergi sendiri. Naik bas, tumpang kawan or others. Tapi abah gua, kalau nak pergi mana-mana, abah sanggup hantarkan walaupun abah sebenarnya tak punya banyak masa nak hantar gua. Demi anak, abah gua sanggup.

Yang ni bukan abah gua.
Credit: http://artisticphotographybytami.blogspot.com


Bila dah nak ada peperiksaan besar macam UPSR, PMR, SPM, abah la yang beria-ia nak hantar gua pegi kelas tusyen. Gua yang sememangnya dah sebati dengan sifat malas sejak dari azali, dipaksa untuk merelakan diri ke kelas tusyen. Mula-mula niat sebab mak abah suruh, lama-lama jadi ikhlas kerana Allah.

Gua bukan kasihankan cikgu-cikgu yang berhempas pulas memastikan gua faham kesemua topik yang diajar, gua cuma kasihankan abah gua yang bekerja keras nak bayar yuran tusyen. Perghhh.. Gua rasa gua tau cite ni masa gua dah masuk matrik. Terharu sangat. Tapi ada la sedih sikit sebab gua tak dapat straight As untuk SPM. Sorry abah!

Tahap konfiden abah sangat tinggi. Walaupun apa yang diperkatakannya tak semua betul, tapi abah cakap macam semua tu betul. 100% betul! Padahal, berapa kerat je la yang betul. Demi menjaga hati abah, gua iyakan aje. Apa-apa yang mak gua tak bagi gua buat, semuanya abah gua bagi. Tunggang motor, pandu kereta, panjat pokok, betulkan barang elektrik kat rumah, rosakkan kereta abah. Abah gua yakin yang gua boleh buat dengan baik. Err...yang rosakkan kereta tuh, abah gua tak bagi. ^o^

Abah multitasker. Semua benda abah boleh buat. Benda remeh-remeh kat pejabat mahupun kat rumah, abah boleh buat. Bersihkan tangki air, baiki kipas siling, bersihkan aircond, baiki basikal adik, basuh pinggan, sidai kain, betulkan paip bocor, masak-memasak. Sepahkan rumah pun abah tau. Eh, itu gua. Hehehe....

Yang buat gua kagum dengan abah sampai sekarang, abah tak kisah sesiapa pun kata buruk pasal dia. Kutuk la macam mana sekalipun, abah gua takkan down la. Kritikan yang menjatuhkan camne pun, abah tetap dengan pendirian dia, cara dia. Kalau gua kat tempat abah, gua dah lama putus asa.

Mungkin abah tak macam emak yang selalu tunjukkan sifat ambil berat dan kasih sayang melalui kata-kata. Mungkin abah nampak macam tak kisah dengan apa yang kita buat. Tapi jauh dari sudut hati dia, dia sangat sayangkan kita. Tak ambil hati pun kalau tiap-tiap hari asyik tanya pasal mak, tak tanya pasal abah pun..Hehe

Kepada abah yang dikasihi, meskipun hari ini bukan hari abah mahupun hari lahir abah, kuingin menyatakan kerinduan yang teramat sangat kepadamu. Walaupun semalam, abah dah datang menjenguk. Love you abah!
Nanti kita gosip-gosip lagi ea. =)

p/s: Gua harap mak gua tak jeles bila baca entri ni.

Sunday, December 4, 2011

Gua atau saya?

Jangan terkejut bila gua tetibe nak guna kata ganti diri "saya".
Gua rasa gua nak stat guna "saya" dan berenti guna "gua".
Memandangkan ada junior gua yang mengatakan gua luar
nampak ayu dan lembut tapi dalam ganas nak mampus.
Awal-awal tahun ni (muharram), gua rasa diri gua dah melangkah
ke fasa baru, dunia baru. Anjakan paradigma la gitu.
Gua dah nampak gua nak berubah jadi lain.
Bukan alien mahupun the hulk.
Gua nak jadi baik. Heeee...
Doakan gua jadi baik. Baik dari sisi Islam. :)

Gua yang dulu. *ye ke?
credit: Rαinbow Pαstels ≈
p/s: Tak semestinya yang guna "gua" ni jahat. kan?

Monday, November 7, 2011

Jangan belanja makan donut!!

Assalamualaikum...
Salam Aidiladha! Semoga segala pengorbanan kita selama ini diterima sebagai amal soleh.

Gua rasa ramai yang tau gua masih berada dalam mood cuti Aidiladha. Memandangkan kebanyakan senior gua yang telah berangkat ke Korea (gua rasa diorang dah sampai dah pun), gua hanya dapat peruntukan untuk menghabiskan cuti Aidiladha gua di Melaka, rumah mak abah gua. Bukan rumah gua. 

Macam orang lain, keluarga gua pun ada masak-masak untuk Aidiladha. Cuma sambutan Aidiladha kali ini, tiada kehadiran atau kemunculan daging lembu mahupun kambing dalam juadah kami sekeluarga. Bukan kambing atau lembu tak nak hadir, cuma kali ini kami memilih ayam kampung dan ikan laut sebagai bahan utama dalam juadah kami sekeluarga. Gua pasti dan gua yakin keluarga anda pasti masak rendang bagai untuk dimakan bersama lemang. kan? XP

Bukan untuk beriye-iye berusaha untuk membuat pembaca pos ini cemburu mahupun jeles, gua cuma ingin menyatakan di sini. Sebagai rakyat sejati N9, kehadiran ayam kampung sebagai bahan utama masakan utama N9, masak lemak cili padi, pasti menggiurkan semua. Mak gua yang dikenali sebagai tokoh masakan melayu N9 di kampung kami, ternyata tidak menghampakan harapan semua. Gulai ayam kampung masak lemak cili padi ternyata mendapat pujian ramai malahan mendapat markah penuh dari pihak juri yang terdiri dari ahli keluarga sendiri. Kahkahkah...

Apa kaitan donut dengan Aidiladha dan ayam kampung? Takde kaitan bukan. Bebelan di atas hanyalah mukadimah semata-mata. *panjang betul mukadimahnya!

Gua akui setelah sekian lama gua meninggalkan dunia blog dan bergiat aktif dalam dunia realiti, gua telah kehilangan idea dan skill blogging. Gua pun tak tau apa yang gua merapu ni. =,=

Back to the main story, malam Aidiladha, atas ajakan my lovely baby, gua menghabiskan masa di gedung membeli-belah di Melaka. Tak kisah la kat mana sebab gua rasa korang pun taknak tau. kan???

Gua tetap gua. Seorang perempuan ayu lagi sopan. Sememangnya takkan melepaskan peluang mencuci mata dan shopping tingkap. Kenapa shopping tingkap? Sebab gua telah menghabiskan sebahagian  duit simpanan gua hanya untuk Samsung Galaxy idaman gua. Kalau tak, mesti sekarang gua dah borong 140 sneakers. =,=

Penat-penat membazirkan tenaga melangkahkan kaki ke seluruh gedung, my baby mula menyuarakan hasrat perutnya yang kian kelaparan.

My baby aka adik gua. XD
Beliau mencadangkan gua supaya belanja beliau menikmati crust pizza yang rangup di Pizza Hut. Gua tinjau-tinjau purse gua. Wang kertas berwarna biru seakan-akan menidakkan kewujudannya. Itu tandanya gua kena cari jalan untuk tidak menjadi mangsa. Gua ingatkan beliau yang mak menanti di rumah. Sila bayangkan air muka mak gua bila masakannya tidak dihabiskan malam tu jugak. Adik gua tetap dengan pendiriannya. Gua pulak bagi idea. Beliau belanja! Ahahaha!!!!

Gua rasa malam tuh adik gua ajar gua jadi orang barat. Makan donut sambil minum kopi. Gua tak tau apa yang korang rasa pasal gua. Gua rasa diri gua kaya dengan adat orang Melayu. Gua tak biasa makan donut omputih ni. Selalunya gua makan donut salut gula takpun kuih keria. Korang kenal tak kuih keria?


Yang ni kot yang adik gua bedal!
Gua cuba. Sedap pulak! Gua makan lagi satu. Pun sedap! Perghh...lembut. Jangan adik lelaki jadi donut sudah! Gua tambah lagi satu. Yang ni memang memalukan gua. Gua tak sangka dalam donut tuh ada krim. Okey. Takpe ada krim. Yang gua tak boleh terima, krim tuh melekat kat pipi gua yang tembam ni. Jatuh imej gua. Adik gua selamba jek gelakkan gua. Pasni, gua taknak makan donut kat luar lagi.

Buat bakal teman lelaki gua atau bakal suami gua atau sesiapa sahaja, jangan belanja gua makan donut kat luar. Bukan takut gua comot-comot nanti malu. Gua cuma taknak malukan orang yang bersama-sama dengan gua. Sian korang nanti an. Kalau nak belanja gak,belanja la kat KRR ke, Victoria Station ke. Hahaha!!! Out!

Eh? Victoria Station tuh apa?

p/s: Salam Aidiladha buat semua! :)

Meh tanya-tanya!

Gua tak tau camne gua boleh terbabit sama dalam game ni. Btw, gua layan!!

Rules:
1. You must post this rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answers the questions that the tagger set for you in their post.
And create eleven new questions for people you tag in the post.
4. You have to choose eleven persons to tag and link them to the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged him/her.
6. No stuffs in the tagging section about 
"You are tagged if you are reading this" legitimately
(aka really, trust, with all honesty) have to tag eleven persons.

#############

11 perkara yang berkaitan dengan gua.

1. Nama gua Anis Syazwani binti Shuhaimi. Yang aktif bermuka buku, kenal gua dengan nama Anyyss Shuhaimi. Namun, gua pelik. Macam mana boleh salah eja nama gua? =,=' 

2. Berasal dari Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan. Bangga jadi anak N9. XD

3. Single and available. Haha!

4. Bekas penghidap penyakit asma. Kini menghidap gastrik.

5. Mahasiswi tahun 3 tapi masih ada yang ingat gua tahun 1. erkkk.

6. Sangat sukakan kucing tapi dah serik bela kucing. Sebab pernah hilang 7 ekor kucing dalam masa yang agak singkat. huuu....:'(

7. Pernah mengalami situasi hampir-hampir kena tukar kos dan fakulti. Gara-gara fakulti belum terima keputusan ujian rabun warna. 

8. Kena cop skema or nerd sejak dari form 3. Padahal, gua tak pakai spek lagi waktu tuh. =.=

9. Tak takut katak atau lipas tapi geli cacing dan seumpama dengannya. eeee......

10. Dah 3 tahun berat gua maintain. Jangan tanya berapa kg mahupun berapa Newton! :(

11. Suka tengok anime naruto. Suka karakter Uzumaki Naruto! :)

Done!


Jawapan untuk soalan dari Uzair Suhud untuk gua :

1. Walaupun blog ni jarang update, bila update korang jenguk tak?
    Kadang-kadang jenguk, kadang-kadang tak. Ikut mood.

2. Single tu salah ke. apsal aku asyik ditembak. LOL
    Gua pun single wei!! Tak salah pun... XD

3. Korang yang kenal aku, rasa aku beza tak dalam blog dalam blog dan real life. errr
   Tak berapa kenal. Next! 

4. jujur. muka aku nerd sangat ke? erk.
   err...mungkin kot.. Takpe. Kita geng. Haha!

5. so, apa yang aku kena buat? buang spek?
    Pakai lens pun masih nerd. Tak payah buat apa-apa. Proud to be nerd! XD

6. poyo sangat tak berdomain [dot com] ni? HAHA
    Tak poyo cuma nampak beriye sangat nak ada domain sendiri. Haha!

7. Aku kurus sangat ke, biasa-biasa.
    Dalam gambar nampak kurus. Realiti, gua tak tau! XD

8. Korang percaya tak aku akan gemuk suatu hari nanti? erk.
    Bukan sekadar gemuk, gua rasa lu bakal buncit jua. ahaha!

9. eh. semua soalan pasal aku. bajet gila. ya tak?
    Baguslah kalau dah tau! Next!

10. okay. sepatah dua kata comment untuk improve blog ni.
      Gua rasa dah ok kot!

11. korang kos apa ek sebenarnya. macam mana aku boleh tag korang. -.-
      Gua dak chemical engineering atau SKK. sebab gua UTM bloggers yang tak berapa aktif. kot.

Soalan untuk yang bakal di'tag'! :
1. Apa perasaan korang bila kena tag?
2. Kenapa korang rasa korang kena jawab tag ni walaupun ada pilihan tak payah jawab soalan gua ni?
3. AUKU patut dimansuhkan atau tak?
4. Kenangan manis atau pahit yang dikenang sampai sekarang?
5. Entry bagaimana yang perlu dihasilkan untuk menjadi sesebuah blog itu awesome/superb?
6. Blog sebagai tempat luahan perasaan, diari online atau apa bagi anda?
7. Kekerapan korang meng'update' dan membaca blog?
8. Bila blog ni di'update',korang ada datang jenguk tak?
9. Gua skema ke? huhu.
10. Diri gua di alam realiti sama tak dengan diri gua di alam maya?
11. Apa-apa komen tentang blog yang tak superb ni?

Done!

Gua nak tag:
Fifi, Faiz, Lan, Sofia, Kak Sara, Hassy_Chan, Umi, Ainur, Shalina, Cik Azeya, Scha

Jawab! Jangan tak jawab!





p/s: Baru langgar divider. aish.

Friday, October 28, 2011

Fesyen Muslimah: Antara trend & hukum syariah oleh Ustaz Dr. Zaharuddin

Perkongsian yang baik buat semua. :)

Bahagian 1: 


Bahagian 2:

Sunday, October 16, 2011

Minggu peperangan!!

Hello guys and girls!
Nampak sangat gua cuba ambil hati korang sume untuk baca blog ni. Ampun dan maaf kepada pembaca setia blog ni walaupun gua tau blog gua blog cikai-cikai je. Tak perlu nak dimegahkan pun. By the way, dah hampir sebulan memulakan semester baru.

Sibuk dengan program KESUMA'11, stands for program Khidmat Akademik dan Sosial Mahasiswa Pendidikan, di mana gua satu-satunya mahasiswi kejuruteraan kimia yang tersepit antara mahasiswa dan mahasiswi pendidikan. Bertindak sebagai pengarah program first year experience untuk Persatuan Pelajar Kejuruteraan Kimia 2011. *Semua kerja gua diambil alih oleh timbalan pengarah gua gara-gara gua join KESUMA.

Jadi, bila dah genap sebulan, dah pandai-pandai tak datang kelas sebab pensyarah pun tak kisah hangpa nak datang ke tak, ujian pun mai la. Sepanjang minggu depan, gua bakal menghabiskan masa dengan nota-nota dan buku-buku Chemical Reaction Engineering, Separation Process I, dan Analytical Chemistry. Siapa-siapa yang ada tips untuk test akan datang ni, jangan-jangan la kedekut nak share-share tips k. Wish me all the best!


Tak lupa gak nak promote aktiviti persatuan gua untuk minggu depan.



UTM bloggers join tau!!

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, aqidah yang kukuh, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Amin.

p/s: masih lagi demam+batuk. banyak sangat dosa ni. sebab tu sakit. 

Sunday, September 25, 2011

Manja sangat!!!

Gua akui gua antara orang yang cukup manja. Semuanya nak disediakan. Tapi semuanya berubah bila gua kena berdikari semenjak gua dah tak boleh tinggal kat rumah masa zaman matrik dulu-dulu. Semuanya kena buat sendiri. Cuma bahagian basuh kain tuh, mesin yang tolong basuhkan. #zaman universiti.


Bila dah tak duduk kat rumah, takde siapa-siapa dah nak marah-marah, kerah lu orang sume belajar. Nak belajar ke, tidur ke, main ke, lantak la. Sume atas inisiatif sendiri. Kalau ada rasa nak dapat ijazah kelas pertama, bersedialah untuk mengorbankan masa anda untuk mencapai impian tersebut. Rasa-rasa nak menjatuhkan pointer semester ni, silalah. Takde siapa pun nak tegah.

Bila gua sebut pasal nak ijazah kelas pertama, gua teringat ada sebilangan junior-junior gua yang manja sangat. Gua tak kisah kalau lu orang nak minta nota, nak pinjam buku gua. Cuma jangan la merungut pensyarah tak bagi nota, takde latihan secukupnya, nota tak lengkap, takde laptop. UTM dah sediakan macam-macam kemudahan. Kalau nak latihan, nota lengkap, sila-sila jangan bermalas-malasan menjenguk Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ). Takpun ke CICT kalau anda suka menjengah ke alam maya.
Jangan la manja sangat. Tunggu semua benda nak disuapkan.
Suap sampai penuh!! credit : earthshots


Bukan kami senior-senior tak mahu membantu, cuma jangan la bergantung kepada kami 100 peratus. Kami bukannya dahan pokok tempat korang nak bergayut bagai. Keep bare in mind! Kami dulu pun rasa apa yang anda semua rasa.

Kan gua dah melalut panjang-panjang.

Adios!

p/s: Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Kalau nak, buatlah. Tak nak, sudah!

Monday, September 19, 2011

Cannibalism

It was my turn to take care of my granny's chicken this week. Not a chicken that u could easily afford in farmville. This was the real chicken. Big, fat chicken. I wondered what she ate to become that fat. Next afternoon, i got a lunch with my buddies.

Well, as a good granddaughter, i could not simply ignore that fat chicken. So, I brought her along.

Beautiful restaurant, but we had to eat outside. Pity to my chicken. The restaurant not allow any outside chickens, if not, it will become your marvelous lunch. Euwwww....

I ordered my favourite dish, chicken-based. Guess what? I never been eaten chicken for a week. Maybe this fat chicken boosted up my appetite. Nyum2!!!

I couldn't stop eating until my fat chicken made noise. I guessed she hungry. Certainly, I forgot to feed her. So, I took little pieces of chicken from my plate and gave it to my chicken. She didn't hesitate to eat the chicken.

Perhaps, my granny wouldn't know that her chicken had turned to be a cannibal. Haha!!

Credit to: Adam Zucker

p/s: Karangan apa yang aku buat ni? haish....

Saturday, September 17, 2011

Jangan hanya bersabar,bersyukurlah!

Gua memberanikan diri gua pos entri sebegini. Dah lama gua peram entri ni sebagai draf. Gua tak kisah apa yang korang bakal fikir pasal gua.

Sebulan yang lepas, gua menerima ujian jiwa dari Allah. Sampai sekarang, gua masih lagi dalam proses mencari kesabaran dan keredhaan di sebalik ujian tersebut.

Gua pernah menyimpan perasaan cinta dan sayang terhadap seseorang. Sampai saat ini, gua masih lagi simpan perasaan tu walaupun ramai yang menasihati supaya lupakan si dia. Dulu, si dia antara orang yang amat sayangkan gua selain mak abah gua. Sampai satu saat, dia makan hati dengan gua. Perasaan sayang dalam hatinya semakin pudar sehingga dia bertindak lepaskan gua. Gua rasa apa yang teman-teman gua rasa dulu. Rasa sakit bukan? Dada terasa sangat sempit, air mata macam tak boleh berhenti mengalir. Lebih-lebih lagi gua yang memang kuat menangis.



"Missing someone you once had, is like removing a ring that you've worn for very long time. It feels like it's still there,but it's NOT!"


Gua masih rasa macam tuh sampai sekarang. Dalam sakit-sakit jiwa, kadang-kadang gua ada rasa nak gelakkan diri sendiri. Dulu, beria-ia sangat nak ingat dia, sekarang beria-ia sangat nak lupakan dia. Gua tak nafikan yang gua pernah harap gua tak punya hati dan perasaan. Gua tak nak sakit macam ni. Bukan hati dan jiwa je yang sakit, jasad pun merana.


"A heartbreak is a blessing from God. It's just his way of letting you realized he saved you from the wrong one."


"Allah dah simpan lelaki yang terbaik untuk kau. Sabar!" 

Gua tak pernah rasa yang gua cukup baik untuk sesiapa. Gua sendiri yang sakitkan hati si dia. Pada mulanya, si dia yang minta maaf atas apa yang berlaku. Padah ikut perasaan, gua berdendam dan gua janji yang gua takkan maafkan dia sampai bila-bila. Sekarang, gua sendiri yang tak boleh maafkan diri gua. Kenapa? He put my blame on him. Dalam situasi ni, siapa yang salah sebenarnya, dia atau gua?

Ada yang pernah baca entri gua yang bertajuk Man Shabara Zhafira! dan Tanda-tanda takut kepada Allah? Kedua-dua entri sebenarnya hasil muhasabah diri yang tak berapa menjadi. Kenapa? Sehingga kini, gua masih rasa gua belum lagi menjadi apa yang gua inginkan seperti dalam entri-entri berkenaan.

"Don't trust too much, don't love too much, and don't hope so much. Because that too much can hurt you so much."

Seriously, that too much freaking hurt you. Gua akui. Sampai gua rasa gua tak ada apa-apa perasaan pun. Gua rasa gua macam hampeh. Rasa teruk sangat.


"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal dia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal dia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." [Surah Al-Baqarah, ayat 216] 


Tak selamanya apa yang gua suka itu baik untuk gua dan apa yang gua benci selama ni, buruk buat gua. Gua akui kebahagiaan yang gua kecapi sebelum ni, mungkin hanya mendatangkan keburukan buat gua, bukan kebaikan yang gua selama ini harapkan. Gua tak tahu apa yang Allah tahu. Allah Maha Mengetahui.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri." [Surah al-Hadid, ayat 22-23]

Biarpun matahari tidak lagi mencurahkan sinarnya untuk bumi, tak bermakna akan terus berada dalam kegelapan. Biarpun pelangi tak menjelma lagi selepas hujan, bumi tetap meraikan kehadiran hujan. Matahari cuma satu, pelangi cuma satu. Akan kucari bintang yang lebih indah dari matahari yang bakal mengindahkan malam.

Tak guna bersedih untuk perkara yang lepas. Allah menetapkan segala sesuatu, bukan untuk gua sahaja, malah kita semua antara lainnya supaya kita tak terlalu bersedih atas apa-apa kehilangan dari diri kita. Lagi gua sedih, lagi tertekan gua nanti. Segalanya berasal dari Allah dan akan kembali kepadaNya. Don't worry. Allah is saving someone special for you.

"Ubudiyah kepada Allah dalam qada musibah ialah sabar menghadapinya kemudian redha menerimanya. Redha menerima musibah lebih tinggi kedudukannya daripada sabar. Kemudian mensyukuri musibah itu. Ini lebih tinggi daripada redha. Perasaan ini muncul kerana ada rasa cinta kepada Allah yang tumbuh di dalam hatinya, mengetahui pilihan terbaik buat dirinya, kasih sayang Allah dan kebaikannya dengan menimpakan musibah,sekalipun mungkin dia tidak menyukai musibah itu." - Ibnu Qayyim Al-Jauziyah

Buat apa mengeluh di sebalik semua musibah sedangkan Allah telah sediakan kemudahan di sebalik kesusahan.

Bukan untuk menunjuk-nunjuk apatah lagi berbangga kerana pernah memiliki hati seorang, tetapi untuk berkongsi apa yang gua alami dan ambil pengajaran dari pengalaman gua. Jangan jadi macam gua.

Rujukan : Bila Allah menduga kita - Syed Alwi Al-Attas

p/s: Komen la apa yang korang nak komen. Gua tak kisah.

Friday, September 9, 2011

Jom Join Bloglist Bdk Botak Bulan September - Disember 2011

Jom Join Bloglist Bdk Botak Bulan September - Disember 2011

Saya seorang perempuan.
Done!
p/s: Nak join,cari caption header tuh. :p

Wednesday, September 7, 2011

Sugar daddy bagi ke?

9 Syawal 1432H. Hari ke berapa gua bekerja, gua tak pernah kira. Yang gua kira, berapa banyak kalori yang gua ambil 1 Syawal lepas. Orang masih beraya kat kampung, gua tetap kena hadap muka bos gua yang tak pernah tahu erti raya puasa. Mana taknya. Dia tau sambut raya cina je. Heh!

Berapa balang kuih dah gua telan? ce teka~

Gua sakit hati. Orang lain ada masa lagi menikmati juadah tengah hari bersama ibu tercinta, gua di sini ada masa menikmati suasana pejabat, suasana amalan sebelum puasa yang tak dapat ditinggalkan sampai bila-bila. Duit raya yang tak diminta. Dosa telinga. Arghh!

Dalam makan-makan daging saudara sendiri, nama gua pula yang diorang sebut. Gua rasa gua layan semua orang sama. Takde beza-bezakan kaya atau tak kaya, cantik atau tak cantik, bos atau tak bos. Tiap-tiap hari gua minta maaf walaupun gua tak buat salah. 

"Lain je aku tengok kau hari ni."
"Apa yang lain? Biasa je."
"Ye la. Dengan high heels 2 inci, handbag guess, minyak wangi gucci. Ada pape ke ni?
"Saje nak melawa hari ni. Asyik korang je yang melawa. Aku pun nak jugak!"
"Pagi tadi kau naik apa?"
"Naik kereta. Kenapa?"
"Nak tumpang makan tengah hari. Hehe!!"
"Nanti tunggu kat kereta tau!"

Ingat nak makan daging gua. Rupanya nak tumpang. Tumpang la. Gua suka buat amal lepas-lepas raya ni. Gua sambung kerja. Tak perlu hiraukan diorang. Gua tak nak duit gaji gua jadi haram pulak. 


You can count on me like 1,2,3
I'll be there

"Assalamualaikum!"
"Waalaikumussalam! Ada apa?"
"Mana kereta ko? Tak jumpa pun."
"Ada kat bawah. Cuba cari betul-betul."
"Dah cari dah. Takde pun."
"Jap lagi aku sampai. Tunggu tau!"

Gua rasa gua letak kereta gua kat tempat biasa. Macam mana pulak diorang tak jumpa. Pelik!

"Mana kereta kau?"
"Yang warna putih tu. Sebelah kereta kau je."
"Peugeot 407? Biau benau kau ni."
"A'ah. Sekali sekala kena la melawa dengan kereta besar! Kihkihkih!"
"Padan la dengan handbag guess, perfume gucci. Rupanya dah ada kereta mewah camni!"
"Well! Mesti la! Hehehe.."

Selesai makan, selesai solat, gua tak nak amik port gosip-gosipan. Amalan gua bulan ramadan lepas, tak tau diterima atau tidak, jangan pulak tambah dosa di bulan Syawal. Mengenangkan kereta baru, gua ingat nak modify, nak tambah apa yang patut. Dalam kesibukan menyelesaikan pelbagai masalah, terlupa akan kereta gua. Gua hantar ke tempat servis kereta. Dekat je dengan tempat kerja gua. Tempat yang gua boleh dapat khidmat terbaik dengan harga yang terendah. Bawah syarikat gua cari rezeki, gua boleh dapat harga pekerja. Baik punyer!

Gua ingat kisah Peugeot 407 habis lepas solat zohor tadi. Rupanya tak habis lagi. Ada pulak seorang pak cik dalam lingkungan usia bapa gua datang mengendeng. Gua rasa arwah datuk gua lagi hensem daripada dia. Sebagai seorang perempuan melayu yang penuh dengan adat ketimuran, gua beri salam. Hormat orang-orang tua. 

"Apa khabar pak cik? Sihat?"
"Baik - baik aje. Jangan la panggil pakcik. Panggil abang sudah la."
"Errr...ye la pakcik!" 

Gua ambil keputusan jauhkan diri daripada pak cik tersebut. Tadi suruh panggil abang, lepas ni, panggil apa pulak. Sayang? Euuuuwwww. Mahu gua muntah darah je nanti. 

"Peugeot 407 ni mahal kan? Sugar daddy bagi ke?"
"Hah?"
"Tak patut adik buat macam ni. Tak kesian ke kat mak ayah kat kampung? Kecil hati diorang bila tahu adik jadi anak ikan sugar daddy."

Aik? Tadi kemain suruh panggil dia abang. Sekarang ni, dia pulak yang nasihatkan kita. Mengada-ngada orang tua ni. Kena ajar ni.

"Bila pulak saya ada sugar daddy pak cik?"
"Abis tu, macam mana boleh pakai kereta mewah macam ni kalau bukan sugar daddy yang bagi?"
"Ni kereta kakak aku la! Aku pinjam pakai je!"

p/s : Allah is saving someone special for me! ^_^

Monday, August 29, 2011

Perutusan Aidilfitri dan Kemerdekaan! #Atan


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.....

Saya, yang bernama penuh ************* atau lebih dikenali sebagai Atan, pada kesempatan ini, ingin megucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali diri Atan. Yang tak kenal Atan pun, Atan nak minta maaf. Jutaan ampun dan maaf buat emak yang sentiasa cuba memenuhi keperluan hawa nafsu Atan, bapak yang selalu bagi izin Atan main mercun lepas terawih (harap-harap mak tak baca ni! hehe!!) , akak dan abang yang belikan Atan figura Transformer yang baru, tok imam yang bagi Atan azan maghrib untuk 3 malam berturut-turut (nape 3 malam je eh? lupa nak tanya tok imam.), serta tuan punya selipar yang telah tertukar selipar dengan Atan malam semalam. (Atan tak sengaja!).

Buat pengguna jalan raya yang ingin pulang ke kampung, Atan cuma nak ulang balik nasihat iklan kat dalam tv. Alang-alang pakai tali pinggang seluar, pakai la sekali tali pinggang keledar. Bertimbang rasa  ketika memandu di jalan raya. Jangan potong barisan. Takde integriti. Bukan Allah je yang nampak, pakcik-pakcik polis trafik pun nampak. Tak pasal-pasal, duit raya yang nak bagi kat budak-budak kecik, buat bayar saman.

Dalam kesempatan ini juga, Atan nak ucapkan Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-54. Jangan lupa kibarkan jalur gemilang tau! Atan dah pasang besar-besar kat rumah. Atan cuma harap kemerdekaan yang kita semua dapat hari ini, berkekalan sampai Atan dah kahwin nanti. Hehe..

atan tak pakai baju Melayu. Baju Melayu terbakar masa
main mercun.hee~

Selamat menyambut MerdekaRaya! :)

p/s : Mak suruh Atan guna bahasa Melayu yang betul. Hehe!!


Wednesday, August 24, 2011

Iklan Satu Malaysia Pilihan


Semua orang sibuk cerita pasal persiapan raya. 
Gua nak buat entri sempena 31 Ogos la. 
Iklan ni mungkin iklan untuk Hari Malaysia tapi 
gua rasa sesuai jek tuk Hari Merdeka. 

Check this out!!


Tuesday, August 16, 2011

Rilek Sebentar Mau Promote Blog Anda!

Rilek Sebentar Mau Promote Blog Anda!

Gua belum dapat idea nak update blog. 
Jadi gua merajinkan diri gua join segmen di atas.
Segmen tamat sebelum 10 malam ini. 
Adios!

p/s : Masih memikirkan nak masak apa untuk berbuka puasa nanti. =,='

Monday, August 15, 2011

Biar atan je la yang azan!

Allahuakbar Allahuakbar.........

Atan : Mak, sapo yang slalu azan bulan-bulan poso ni mak?


Mak : Oghang masjid la kot.


Atan : Atan ghaso biar nanti atan jo la yang azan.


Mak : Aik?? (terkenang peristiwa dahulu kala)


***********************

Keesokan harinya.....

Tok imam : Atan, tak bobuko kek ghumah ko? maghah mak ko kang.


Atan : Aghi ni atan buko kek masjid jo la. Tok, slalunyo yang azan maghrib tuh, sapo?


Tok imam : Atok la. Napo nak menugheh? (menugheh = tahu)


Atan : Atan ghaso nanti biar atan jo la yang azan.


Tok imam : Elok bona la tu. Tapi napo tibo-tibo gonyam nak azan ni?


Atan : Bejoman atan nunggu tok azan. Kito an kono copekkan bobuko. (bejoman = lama menunggu)


Tok imam : Bejoman? Takdo sampai 2 minit pun! Aish..budak ni..

p/s : Gahai telingo dongar atan menceghabih.

Friday, August 12, 2011

Tanda-tanda takut kepada Allah !

Tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam 7 perkara.

1) Pada lisan.
Menghindarkan diri daripada berdusta, ghibah (mengumpat), menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap. Sebaliknya, membasahkan lidah dengan zikrullah, ayat suci Al-Quran dan menyertai muzakarah ilmu.

2) Pada hati. 
Membuang rasa permusuhan, kebodohan dan dengki pada sahabat. Sesungguhnya dengki itu dapat menghapuskan kebaikan.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu."

Hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya. Hanya ilmu dan amal sebagai penawarnya.

3) Pada pandangan. 
Tidak suka memandang benda-benda yang haram. Tidak pula terpikat dengan dunia yang sementara. Tetapi dia memandangnya dengan mengambil iktibar.

Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada Hari Kiamat."

4) Pada perut. 
Perutnya tidak diisi dengan benda yang haram.

Sebagaimana Rasulullah s.a.w bersabda:
"Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di Neraka. "

5) Pada kedua tangan. 
Tidak menggunakan untuk perkara yang haram. Tetapi hanya menggunakannya untuk taat kepada Allah.

Dirawikan daripada Ka'ab Akhbar, dia berkata :

"Sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan bangunan dari zabarjud hijau. Di dalamnya terdapat tujuh puluh ribu aula. Setiap aula terdapat tujuh puluh ribu pondok. Tidak ada yang boleh masuk ke situ, selain orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolaknya kerana takut kepada Allah."

6) Pada langkah kakinya. 
Tidak berjalan untuk maksiat. Sebaliknya, hanya melangkah untuk taat kepada Allah, mencari keredhaanNya, serta untuk bergaul dengan para ulama dan orang-orang yang soleh.

7) Terlihat pada ketaatannya. 
Menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut pada riak dan munafik.

Barangsiapa melakukan tujuh perkara tersebut, maka dia termasuk dalam kategori orang-orang yang dikatakan Allah s.w.t :

"Sesungguhnya orang-orang yang taqwa dalam kebun-kebun dan mata air (Syurga)." (surah Al-Hijr : 45)

Dan seharusnya seorang mukmin harus berada di antara rasa takut dan berharap. Harus sentiasa mengharapkan rahmatNya. Sebagaimana dalam firman Allah, surah Asy Syura ayat 28:

"Jangan engkau berputus asa terhadap rahmat Allah."




wallahualam bissawab.

p/s : Gua harap gua tak demam esok!

Monday, August 8, 2011

Boleh kan kalau atan tak baca doa?


Atan : Pak, bulan puaso ni bulan ponuh barakah kan?

Ayah : A'ah. Yo!

Atan : Pak, bulan puaso ni syaitan kono ikek kek dalam nerako kan?

Ayah : A'ah. Yo!

Atan : Pak, kalau macam tu, takpo kan kalau atan tak baco doa masuk tandeh??

Ayah : Aik? Napo pulak?

Atan : Syaitan sumo kek nerako. Mano ado duk kek tandeh laie.

Ayah : ????????????

p/s : alhamdulillah. Dah khatam Al-Quran.. ^_^

Sunday, August 7, 2011

Gua bermusuh dengan Cik Sara


Entri ini tidak berunsur pergaduhan mahupun hasutan.
Sergeant Keroro dah bahagi-bahagikan musuh setiap seorang. 
Jadi, gua dapat Cik Sara. Hahaha!!!!

Gua tak nak musuh dengan siapa-siapa. 
Tapi apa boleh buat, alang-alang menyeluk pekasam, 
biar sampai ke pangkal lengan. 
Alang-alang dah mulakan, teruskan je la..

Ini musuh gua.


Besar-besar gua tepek dia punya header. 
Gua taknak taip panjang-panjang. 
Nak kenal beliau dengan lebih dekat, 
lu usha la beliau. 
Adios!

p/s: Gua patut panggil beliau kakak..kot. :p

Friday, August 5, 2011

Firdaus Life : Seminggu 100 Follower Kembali


Seminggu 100 follower kembali

2 Segmen berturut-turut. 
Semangat join segmen bergelora pulak. XD
Nak join segmen, klik link atas, ok!
Adios!

Thursday, August 4, 2011

Jom Cari Musuh

Jom Cari Musuh

Sergeant Keroro cari musuh. 
Nak jadi musuh dia?
Terjah!!

Wednesday, August 3, 2011

Man shabara zhafira!


Nasihat Saidina Ali bin Abi Talib r.a :

"Wahai anak Adam, janganlah (keterlaluan) gembira dengan kekayaan, 
janganlah keterlaluan berputus asa dengan kefakiran, janganlah berduka 
dengan bencana, jangan (keterlaluan) bersenang dengan kelapangan kerana
emas itu diuji dengan api. Seorang yang soleh diuji dengan bala. Sesungguhnya
engkau tidak akan mendapatkan apa yang kau inginkan kecuali dengan 
meninggalkan semua yang kau inginkan. Engkau tidak akan mencapai 
cita-citamu kecuali dengan bersabar menanggung apa yang tidak engkau 
sukai. Kerahkan segenap kemampuanmu untuk memelihara yang difardukan."

Terimalah semua ketentuan itu dengan sederhana,wajar dan tidak berlebihan. Semua dugaan dan kesenangan adalah ujianNya buat hamba-hambaNya yang beriman. Emas yang tinggi nilainya takkan menjadi indah tanpa melalui api yang panas membakar. Sebaik-baik manusia itu adalah manusia yang sabar mengharungi dugaan yang datang melanda. 

Dalam mendapatkan sesuatu yang diidam-idamkan, yang pahit  terpaksa kita telan, yang susah terpaksa kita terima. Sesungguhnya kesenangan itu hanya muncul setelah perit-jerih ujian kita lalui. 

Oleh itu, sebagai seorang Muslim, janganlah kita hanyut dibawa arus dugaan dan kesenangan. Janganlah berlebih-lebihan dengan kesenangan dan kesusahan di dunia. Fokuskan perhatian kepada segala kewajipan kita. 

Man shabara zhafira! Siapa yang sabar akan beruntung.

Wallahualam.

p/s : Allah sentiasa bersama orang yang sabar. 

Sunday, July 31, 2011

Khas untuk bulan Ramadan

Sempena menyambut bulan Ramadan yang akan datang, 

gua tak nak buat entri mengarut bagai walaupun jiwa gua penuh kekacauan.

Gua selitkan video-video khas untuk semua.  :)


Energize with Sahoor and Stay Positive!


Don't Make Ramadan an Eating Contest!


p/s : Selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak. *wink

Tuesday, July 26, 2011

Mantai

Gua rasa tak ramai orang yang tahu apa itu mantai an.

Mantai ni selalu diadakan sehari sebelum puasa dan sehari sebelum raya.

Oghang nogoghi yang biasonyo sambut mantai ni.

Sambutan mantai di negeri sembilan menambahkan kemeriahan menyambut bulan Ramadhan.

Walaupun menetap di Melaka, sebagai orang N9, waris suku Biduanda, keluarga gua tetap sambut mantai.

Mak gua dah siap-siap sediakan beberapa menu menjelang mantai tahun ni.

Dendeng ayam, rendang ayam, ayam masak lemak cili padi.

Bahan utama ayam kampung.

Gua cuma berharap sambutan Ramadhan tahun ni, lebih baik dari sebelumnya.

Perbanyakkan amal, perbaiki iman.

p/s : tak sabar nak puasa...yeah!!

Saturday, July 23, 2011

Mamee!

Alia Amani



Atiya Insyirah



Kipas-susah-mati mamee.

Stok mamee gua bulan ni habis.

Sempat lagi jadi model mamee.

Bukti untuk gua claim mamee tahun depan.

Bulan depan gua makan kurma je la.

p/s: Gua takde kembar.

Thursday, July 14, 2011

Belum 9 Ramadhan

Takde siapa tanya nak makan apa tengah hari nanti. Takde siapa yang merungut perut menangis mintak nasi.

Patut la. Semua orang puasa.

Bila semua berpuasa, gua dah pakat dengan mak gua.

Nak masak apa untuk berbuka puasa nanti.

Dapur rumah sebelah dengar-dengar bunyi anak-anak merengek.

Macam nak mintak izin mak pergi main kat luar.

Dapur rumah gua, meriah sakan la.

Gua tunjuk skill memotong bawang kat adik gua.

Mak gua memang tak pandang la.

Setakat potong bawang, apa la sangat.

Juadah pun dah tersedia. Berbuka puasa dengan penuh kesyukuran.

Tunaikan solat. Sambil-sambil tunggu isyak, gua layan berita.

Tiba-tiba adik gua bertelekung, ajak gua pergi surau.

"Aik? Tak pernah-pernah nak solat isyak kat surau?"

"Pergi terawih la kak!"

"Hari ni baru 9 Syabaan,belum 9 Ramadhan la!"

"Owh...ye ke? Hehehe...."

Ni mesti sebab semua orang puasa hari ini. Kalau tak, takde la dia fikir sampai camtu sekali.

p/s : Mood memang malas nak update blog. Sedih. 4-0.

SEGMEN KENALI BLOGGER SPORTING


Tuan punya segmen tanya,
Jantina
Umur 
Status
Tempat tinggal

Gua pun jawab:
Perempuan
20 tahun 6 bulan 
Single 
Melaka Bandaraya Bersejarah

Simple kan? 
Selagi sempat, join le.. ^^
p/s : tekan header kalau nak join.

Friday, July 8, 2011

Ini bukan kisah atan.

"Abang dari mana ni?"

"Daghi ghumah atuk. Jauh bona la ghumah ayah ni. Haus abang."

"Abang berhenti minum tak?"

"Tak. Abang minum dalam keto jo." 

************

"Abang dah sekolah belum?"

"Dah!"

"Abang sekolah katne? Tadika ke?"

"Tak!"

"Abis tu, prasekolah?"

"Tak!"

"Abis tu, sekolah mana?"

"Sekolah Peradong!"

************

"Abang, mana adik?"

"Adik kek dalam. Buat keje sekolah."

"Rajinnya adik. Bagus la adik kan?"

"Abang tau. Dio maleh tu. Dio kono pakso, kono la buek."

*************

Siapa sangka anak jiran gua jawab sedemikian rupa?
Baru 6 tahun.

p/s: Tak jadi pergi hospital. Tangguh lagi..

Wednesday, July 6, 2011

Kenapa mesti 9 Julai?

"Adik, sabtu ni bangun awal tau?"

"Nape pulak kena bangun awal? Sabtu cuti la mak."

"Nak gerak pagi-pagi. Nanti 'jam' pulak. Susah?"

"Mak nak pergi mana? KL ke?"

"Buat apa pulak pergi sana?"

"Ne la tau an. Mak nak g tengok perhimpunan Bersih ke?"

"Takde keje lak ai. Nak hantar akak pergi hospital la!"

"Hehehe..lupa!"


9 Julai je ingat "Bersih".

p/s: Gua tunggu 27 Disember..

Sunday, July 3, 2011

Manja-manja dengan emak

Gua sedar umur gua dah nak masuk 21 tahun hujung tahun ni.

Gua masih ada feel nak jadi masa zaman hingusan dulu.

Tak tau la orang lain.

Nak melintas jalan, masih lagi pegang tangan mak gua.

Sampai mak gua suruh lepaskan.

Sebenarnya gua nak tunjuk kat semua orang itu emak gua.

Emak gua cantik. Jangan harap nak rampas emak gua.

Minggu ni gua merana. Gua ada masalah untuk makan.

Gusi gua bengkak lagi.

Gua dengan muka tak tau apa itu malu,

"Mak, tolong kunyahkan."

Mak gua pun selamba je cakap,

"Kalau mak kunyahkan, ko nak ke makan?"

"Hehehehe...."

Sah menggedik. Gua manja dengan mak gua.

Ada gua kisah? :p

p/s: Atan dah balik dari camping.

Saturday, July 2, 2011

Jom kita join: Bloglist Cik Nanie


Jumpa segmen ni masa BW tadi. 
Blog cik nanie ni comel. Suka!

3 ayat GEMPAK tentang dunia blogger.
1) Bak kata Nabil, this is best bro! mesti addicted!
2) Interdependence among blogger community.
3) Able to voice out your views and ideas.

Gua nak tag orang yang mungkin akan join segmen camni.

yang kena tag, jangan buat-buat lupa nak klik header atas tuh. :)
Chill ^_^

Atan tak nak jadi imam.

Mak dan abah tengok imam muda. Along, Kak Cah, Kak Yul pun peminat setia imam muda. Atan terpaksa ikut. Malam ni, mak kawal remote control. Takde siapa boleh rebut.

Bacaan surah al-Mukminuun memenuhi keheningan malam. Hanya 1  perkataan yang mampu diucapkan. Masya-Allah. Indah sungguh kalam Allah ini.

Imam muda Hassan diumumkan sebagai imam terunggul.

Imam Muda Hassan.


Kak Cah : Akak nak tengok Atan jadi imam mudo la pasni. Elok jo ghoman eir.

Atan : Tak nak la sey. Skang ni dah ado duo ploh. Tak dapek la sey nak jadi imam mudo nanti. dah ghamai bona.

Kak Cah : Lagi ghamai la lagi elok!

Atan : Tak nak la sey. Susah la.

Kak Cah : Apo yang susah?

Atan : Sumonyo nak kono ingek. Doa nek keto pun sey tak ingek. Camno?

Kak Cah : Errr.....

p/s : Tahniah imam muda Hassan!

Friday, July 1, 2011

Seminggu 100 follower kembali


Belum ada idea nak pos entry baru, gua join segmen ni.

Tuan punya blog sedang bermurah hati nak promote link.

So, who wanna join, juz click the above header. Ok? :)

Thursday, June 30, 2011

Atan nak pergi azan je.

Maghrib dah nak menjelma. Walaupun pasukan Godang menang 3 kali main konda-kondi, Atan tetap sedar dia kena balik mandi sebelum suara emaknya memecahkan kesunyian senja. Atan mandi, dan terus bersiap ke surau.

Mak : Nak poie mano tuh Atan?

Atan : Atan nak poie azan kek sughau. Nak poie ajak oghang sembahyang.

Mak : Elok bona la tuh daghi duk tercongok kek dopan tv! Dah! Poie copek!

Laungan azan  kedengaran, memuji kebesaran Yang Maha Esa. 

10 minit kemudian.....

Mak : Awal bona ekau balik? Bukan tadi ekau koba an nak poie sembahyang kek sughau?

Atan : Atan nak poie azan jo.

Mak : Apo kono la anak aku ni? Aish...


p/s : Gum swelling for 3rd time...

Friday, June 24, 2011

Masterpiece

Dah 11 tahun gua hidup dengan adik gua.

Gua tak tau pun beliau ada bakat terpendam. 

Ada idea bernas, hasilkan rekaan yang lain dari yang lain.

Gua rasa fesyen Lady Gaga tak dapat tandingi rekaan terulung adik gua. 

Cuma rekaan yang ni dah bangkitkan kemarahan mak gua.

Berdarah je telinga bila dengar kata-kata mak gua.


Bahan utama kain-kain yang hendak dibasuh.
Komik sebagai  bahan tambahan. gadgetspage
*kalau anda faham, tak payah gua terangkan. hahaha

p/s: Rekaan tersebut takde hak cipta.

Monday, June 20, 2011

Pssssttttt........


"Bertuah dapat rumah baru!"

"Alhamdulillah..kalau tak dapat, aku kacau ko tiap-tiap malam? Nak?"

"Ish..taknak la aku..pindah la."

Gua cuti hari ni. Bos gua baik hati hari ni. Banyak untung la tuh. Kawan serumah gua pindah rumah baru. Katanya nak berdikari. Tak nak macam dulu-dulu. Beliau nak makan, beliau suruh gua masak. Beliau nak baju bersih lagi harum, gua yang basuhkan. Beliau nak berdengkur sampai subuh, gua yang temankan. Hidup beliau tak sempurna la tanpa gua. Beliau yang kata!

Pada mulanya, gua tak paksa pun beliau pindah. Gua tak kisah pun sebab selama ni pun barang-barang dalam rumah tuh semuanya pakai wang dollar beliau. Bila beliau kata je nak pindah, pilu hati gua. Pembaringan gua beliau yang belikan, beliau yang hiaskan. Susah la gua nak dapat mimpi-mimpi indah lepas ni. 

Mujur beliau kata beliau nak beli yang lagi lawa untuk rumah baru beliau. Tak sempat nak kelipkan mata, gua rela beliau tinggalkan rumah gua. 

Disebabkan beliau teman serumah gua, gua tolong keluarkan barang, susun atur barang kat rumah baru beliau. Beliau gembira. Gua pun pereka hias dalaman, cuma gua tak teringin nak jadi macam Eric Leong. Gua nak privasi. Gua hias kasi cantik ruang tamu rumah beliau, sehinggalah gua rasa gua tak larat nak balik rumah gua.

Gua pun ambik kesempatan lelapkan mata kat rumah baru beliau. Dapat gak merasa rumah baru. Badan penat-penat, memang sedap belayar malam ni. Gua pun lelapkan mata. 

"Psstt............."

"Abaikan..tidur2!!"

Setengah jam kemudian.......

"Pssttt.........."

"Aish...bunyi apa pulak malam-malam ni?"

Selepas satu jam berlalu.....

"Pssstttt........"

"Aish...tak boleh caya rumah baru ni!"

Gua rasa malam tu, gua tidur-tidur ayam. Gua ingat bila badan penat, gua boleh tidur. Bunyi asing terus-menerus mengganggu tidur gua. Gua tak rasa ada manusia nak pecah masuk rumah ni. Takkan la nak masuk rumah orang, boleh main pssttt... Nak masuk, bagi salam la..Beliau masih lagi hanyut dengan mimpi-mimpi indah. Pelik. 

"Boleh pulak dia tidur waktu-waktu kritikal macam ni."

Gua lemas dalam kegelapan malam. Gua menggigil kepanasan bawah selimut. Gua tak tahan. Gua selubung dengan selimut pun gua masih dengar bunyi-bunyi asing. 

Semalaman gua tak tidur. Terbit fajar, gua mula rasa lega. 

"Lena tak tidur kat rumah aku?"

"Lena apanya. Ko tengok muka aku ni. Boleh gantikan panda tak?"

"Mana boleh. Panda lagi comel dari ko. Apasal?"

"Malam tadi aku asyik dengar psssttt.....Konsisten lak tuh. Cukup setengah jam, ada bunyi."

"Rumah ko ni ada something ke? Aku tak nak datang sini lagi."

 "Pssttt??"

"A'ah..bunyi tu la.."

"Psssttttt........."

"Dah siang pun ada bunyi lagi??Tak boleh jadi ni."

"Cuba ko tengok atas tuh!"

Gua tak perasan rumah beliau ada pasang Airwick automatik. Gua nak pasang satu la nanti.

p/s: Baru je tadi ada bunyi "pssttt....."

Thursday, June 16, 2011

Takde feel la

Lauk sedap, takde feel nak makan.

Drama best, takde feel nak layan. 

Sejuk, nyaman, takde feel nak tidur. 

Sebab apa?

Sakit gigi, sakit kepala...

Bala, bala!!

Silap! 

Ujian, ujian!!

p/s: Semuanya kena ada feeling..haish..

Monday, June 13, 2011

Gua kipas Hazama.


2 minggu cuti. Gua tak sangka cuti mematangkan gua. Dulu gua ingat SPM tu takat pekse cikai-cikai je. Kakak gua yang cakap la. Mak gua suruh gua pergi menimba ilmu dengan anak jiran sebelah rumah. Spek tebal, pelajar terbaik sekolah. Gua tak kenan. Dia lelaki. Kalau perempuan, comel la walaupun spek tebal. Sape kata budak perempuan skema tak comel. Abang gua pesan tak payah belajar kuat-kuat. Tumpukan sepenuh perhatian dalam kelas dah cukup. Gua sahut cabaran tu. Gua nak SPM gua gempak, lebih sikit dari kakak gua. Yang penting lebih dari dia. 

Gua siapkan diri, pegi sekolah. Member-member gua pesan, hari ni mesti cikgu Sarip jaga kat depan pintu pagar sekolah. Lantak apa. Gua dah berubah. Dulu-dulu je gua tackle anak dara dia. Sekarang, anak dara dia pun gua tak tau ke mana. Member-member gua berbulu. 

"Lekk luuuuuu...Wak luuu......"

"Gila apa ko ni nak pegi sekolah macam ni?"

"Apa hal? Tak puas hati cakap depan la."

"Ah sudah!!"

Gua pegi dulu. Cikgu Sarip nampak gua. Gua bagi salam. Dahi cikgu Sarip berkerut. 

"Jangan buat macam tu cikgu. Nanti makin tua."

"Kamu ni nak pergi mana?"

"Pergi sekolah,cikgu. Takkan la nak pergi clubbing camni."

Cikgu Sarip terus-menerus mengeluarkan perkataan yang sepatah haram gua tak faham. Dia guna kod rahsia pengawas kot. Gua pergi masuk kelas. Gua eksaited nak belajar dengan cikgu Ayu. Setanding dengan namanya, gua harap subjek kimia pun ayu macam dia. 

"Nak ke mana tu? Tunggu kat sini!!"

"Saya nak masuk kelas. Saya dah tak jumpa anak cikgu lagi!!" 

Gua jawab. Cikgu Sarip kejar gua. Gua lari. Siapa suruh dia kejar gua. Gua lompat atas meja. Cikgu Sarip pun lompat. Gua terjun dari tangga. Cikgu pun terjun jugak. 

"Apsal cikgu ni? Ni bukan scene KL Gengster!! Saya tak buat onar kat sekolah ni!!"

"Kamu tak ikut peraturan sekolah!!"

Gua lari laju-laju. Cikgu Sarip dah macam lembu naik minyak. Gua tackle anak dara dia, dia marah. Gua nak masuk kelas, nak belajar, dia marah jugak. Apsal die ni? 

Gua berhenti. Bayang-bayang cikgu Sarip dah takde lagi. 

"Ishhh....Buang masa betul. Gua baru nak layan subjek kimia, cikgu Sarip pulak macam ni."

"Masuk kelas la camni. Subjek cikgu Zaki lepas ni. Gua masuk lambat kang, dia attack gua pulak."

Tangan gua direntap. Cikgu Sarip kat depan mata gua. Gua buat-buat cool, semua awek tengah pandang ni. 

"Kenapa kamu lari?"

"Dah cikgu kejar saya, saya lari la."

"A'ah. Lupa la pulak. Dah! Ikut cikgu!"

"Nak pergi mana ni cikgu? Saya baru nak masuk kelas."

"Pergi kedai gunting. Rambut tak ikut spesifikasi yang ditetapkan."

Gua lupa rambut gua macam rambut Hazama. Gua pun tengok AF, fan Hazama.

Gua suka rambut dia.

p/s: Tuan punya blog takde kaitan dengan cerita ni..

Friday, June 10, 2011

Temuduga terbuka



KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli syurga dari awal
B. Ahli neraka dari awal
C. Ahli neraka sementara kemudian akan dilantik jadi ahli syurga. 


EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur. 
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat. 
4. Syurga yang kekal abadi. 

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.


LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).


KELAYAKAN: 
Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil kokurikulum ataupun sijil saham.
Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit. 
Sila bawa dokumen asal iaitu Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.  


PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir. 


ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa saudara anda? 


CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu untuk dijemput oleh yang berkaliber dan terpilih. Akan menjemput anda pada bila-bila masa sahaja (mungkin sekejap lagi), tanpa anda duga. Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. 

Ia diberi nama Izrail. 

Sila uar-uarkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.  

Wallahualam. Semoga berjaya dalam temuduga ini. 

Sama-samalah kita saling mengingati bersama...



p/s: Mak saudara aku meninggal dunia akibat kanser malam semalam. Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan rohnya ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang soleh.. Al-Fatihah.. 

Apesal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...