Monday, December 9, 2013

Isnin 9 Dis 2013


Daun-daun yang dulu kemerah-merahan
kini luruh dari dahan, mereput di jalanan.
Angin yang dulu dinikmati dengan keasyikan,
kini tidak lagi disambut dengan kemesraan.
Masakan tidak.
Dulu menyejukkan,
kini mampu membekukan tulang belulang.


2 bulan.
Mungkin belum cukup untuk dijadikan ukuran.
Mungkin belum cukup untuk membuat penghakiman.
Namun, 2 bulan itu kadang-kadang cukup panjang
untuk mengubah sesuatu, mungkin seseorang.
2 bulan yang lepas,
Masih enak dalam keselesaan,
Masih lena dalam dakapan yang tersayang,
Semua perkara diterima bulat-bulat,
Andai timbul kekeliruan,
Mudah sahaja menggunakan konsep husnudzon.


Di sini,
Diterjah badai pemodenan,
Disapa mereka yang masih tidak mengerti
kehidupan yang punya Tuhan.
Ditujah pandangan orang kebanyakan.
Aku belajar mencari yang hakiki,
mencari sesuatu yang tiada di kampung halaman,
mencari di mana tuhan dalam hatiku.


Sekadar hiasan.


Monday, September 30, 2013

Menyambung pengajian ijazah sarjana


Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.


Sangat bersyukur kerana ujian yang Allah bagi selama ni membuahkan hasil. Impian sejak zaman sekolah menengah dulu, akhirnya tercapai.


Kini menyambung pengajian ijazah sarjana untuk program Green Asia di Chikushi Campus, Kyushu University, di bawah tajaan kerajaan Jepun, (MEXT-JSPS). Dulu sibuk nak fokus kepada alam sekitar, dan sekarang pengajian tertumpu kepada alam sekitar.




Terasa sangat-sangat bergantung kepada Allah memandangkan kehidupan di sini bukanlah kehidupan orang yang beragama. Terima kasih buat mereka yang sentiasa mengingatkan diri untuk sentiasa mengingatinya.


p/s: Lepas ni mungkin takde lagi cereka atau cerpen. Malas nak taip. T.T

Saturday, June 29, 2013

Tiada tajuk sesuai

Assalamualaikum..

Hi. I'm Anyyss Shuhaimi and currently, officially an unemployed chemical engineering graduate from Universiti Teknologi Malaysia. It have been more than a month I left this blog and I don't even know what should I share with others. :(


Hai buat sekalian yang masih sudi menjenguk dan membaca entry. Terasa kekok sebenarnya nak update blog buat sekali lagi. Kekontangan idea, ketiadaan kata-kata. Malu bila dah lama tak jenguk balik blog blogger lain. Huhu.


Biarpun malu, gua tetap mahu menyelitkan beberapa perenggan (kalau boleh) pada entry kali ini.


Kini gua giat menjalankan misi 50kg dalam tempoh 3 bulan. Mengapa 3 bulan? Gua yakin 3 bulan kemudian,  berat badan gua akan kekal memandangkan cara pemakanan mungkin akan berubah. I'm going to further my  study abroad. Yuhuu!! Maybe Asia, maybe Europe. Somehow it's hard to make a decision on your future since both choices have their own privileges.


That's it. Dah tak tau nak taip pasal apa. Seni blogging dah terpadam. Sekian.

Apesal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...