Tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam 7 perkara.
1) Pada lisan.
Menghindarkan diri daripada berdusta, ghibah (mengumpat), menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap. Sebaliknya, membasahkan lidah dengan zikrullah, ayat suci Al-Quran dan menyertai muzakarah ilmu.
2) Pada hati.
Membuang rasa permusuhan, kebodohan dan dengki pada sahabat. Sesungguhnya dengki itu dapat menghapuskan kebaikan.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu."
Hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya. Hanya ilmu dan amal sebagai penawarnya.
3) Pada pandangan.
Tidak suka memandang benda-benda yang haram. Tidak pula terpikat dengan dunia yang sementara. Tetapi dia memandangnya dengan mengambil iktibar.
Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada Hari Kiamat."
4) Pada perut.
Perutnya tidak diisi dengan benda yang haram.
Sebagaimana Rasulullah s.a.w bersabda:
"Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di Neraka. "
5) Pada kedua tangan.
Tidak menggunakan untuk perkara yang haram. Tetapi hanya menggunakannya untuk taat kepada Allah.
Dirawikan daripada Ka'ab Akhbar, dia berkata :
"Sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan bangunan dari zabarjud hijau. Di dalamnya terdapat tujuh puluh ribu aula. Setiap aula terdapat tujuh puluh ribu pondok. Tidak ada yang boleh masuk ke situ, selain orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolaknya kerana takut kepada Allah."
6) Pada langkah kakinya.
Tidak berjalan untuk maksiat. Sebaliknya, hanya melangkah untuk taat kepada Allah, mencari keredhaanNya, serta untuk bergaul dengan para ulama dan orang-orang yang soleh.
7) Terlihat pada ketaatannya.
Menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut pada riak dan munafik.
Barangsiapa melakukan tujuh perkara tersebut, maka dia termasuk dalam kategori orang-orang yang dikatakan Allah s.w.t :
"Sesungguhnya orang-orang yang taqwa dalam kebun-kebun dan mata air (Syurga)." (surah Al-Hijr : 45)
Dan seharusnya seorang mukmin harus berada di antara rasa takut dan berharap. Harus sentiasa mengharapkan rahmatNya. Sebagaimana dalam firman Allah, surah Asy Syura ayat 28:
"Jangan engkau berputus asa terhadap rahmat Allah."
wallahualam bissawab.
p/s : Gua harap gua tak demam esok!
Franceses, protestantes, turcos
5 years ago
15 reader's comment(s):
nice sharing :)
semoga sihat esok dan selalu XD
sentiasa perlu kekal tersemat di hati....
info berguna~ ^_^
info yg berguna.. tq
arigatou for the info..bagus bace bulan ramadhan macam ni. same2lah kita meningkatkan keimanan pada yang Esa..jom..
gua harap lu sihat hari ini. kekeke. g minta coolblog dekat fakhri keyri. LOL!
perkongsian ini, terkesima sebentar. terima kasih. :)
dlh hidup Allah je yg kite kene takut..jgn takut hantu...haha
anysss,,nice entri..sgt bermanfaat ~!
nk mohon share kt fb aku bley tak weyh ??
tenkiu ~!
hapy fasting ^^
smoga sntiasa sihat selalu..:)
nice!
tkut la kepada Allah dalam apa cara sekali pun..
nice laa ! btw , semoga cpt sembuhh ye ! :)
semoga sehat sentiasa... =)
belum ada tanda2 lagi... hhmmm..
Nice entri. :). Moga 7 perkara itu ada pd diri kita. Aminn
entri ni mmg penuh ilmiah..=D
semoga sihat je hari esok dan seterusnya..
nice entry. =))
Ilmu dikongsi dan di sebarkan bersama.. http://jalalboy.blogspot.com/2013/11/7-tanda-takut-pada-allah.html
Post a Comment