Monday, August 29, 2011

Perutusan Aidilfitri dan Kemerdekaan! #Atan


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.....

Saya, yang bernama penuh ************* atau lebih dikenali sebagai Atan, pada kesempatan ini, ingin megucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali diri Atan. Yang tak kenal Atan pun, Atan nak minta maaf. Jutaan ampun dan maaf buat emak yang sentiasa cuba memenuhi keperluan hawa nafsu Atan, bapak yang selalu bagi izin Atan main mercun lepas terawih (harap-harap mak tak baca ni! hehe!!) , akak dan abang yang belikan Atan figura Transformer yang baru, tok imam yang bagi Atan azan maghrib untuk 3 malam berturut-turut (nape 3 malam je eh? lupa nak tanya tok imam.), serta tuan punya selipar yang telah tertukar selipar dengan Atan malam semalam. (Atan tak sengaja!).

Buat pengguna jalan raya yang ingin pulang ke kampung, Atan cuma nak ulang balik nasihat iklan kat dalam tv. Alang-alang pakai tali pinggang seluar, pakai la sekali tali pinggang keledar. Bertimbang rasa  ketika memandu di jalan raya. Jangan potong barisan. Takde integriti. Bukan Allah je yang nampak, pakcik-pakcik polis trafik pun nampak. Tak pasal-pasal, duit raya yang nak bagi kat budak-budak kecik, buat bayar saman.

Dalam kesempatan ini juga, Atan nak ucapkan Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-54. Jangan lupa kibarkan jalur gemilang tau! Atan dah pasang besar-besar kat rumah. Atan cuma harap kemerdekaan yang kita semua dapat hari ini, berkekalan sampai Atan dah kahwin nanti. Hehe..

atan tak pakai baju Melayu. Baju Melayu terbakar masa
main mercun.hee~

Selamat menyambut MerdekaRaya! :)

p/s : Mak suruh Atan guna bahasa Melayu yang betul. Hehe!!


12 reader's comment(s):

ijA said... [Reply to comment]

selamat menyambut hari raya aidilfitri Atan..hehe..ku mohon maaf zahir dan batin..

kotak bulat said... [Reply to comment]

hehehe... atan yg pesan ek..selamat hari raya atan.. :)

Nur Aizureen Md Zahir said... [Reply to comment]

selamat makan ketupat sambil kibar bendera ~!

hazz death said... [Reply to comment]

selamat hari raya gak.. ^_^ hohoi! :)

Urzain Hussain said... [Reply to comment]

selamat hari raya plus hari merdeka..
sambut dengan meriah..:)

black white said... [Reply to comment]

sape abg atan ;p

chemay said... [Reply to comment]

selamat hari raya dan selamat hari merdeka dear
:)

Anif Abdullah| AA said... [Reply to comment]

hai atan!

jom beraya kumpul wit raya nak?hehehe..

teha said... [Reply to comment]

selamat hri rye.. sori lmbt wish :)

SITI NOORNADIYANA said... [Reply to comment]

rasenye tak t'lambat lagi nak ucapkan selamat hari raye. ^^

Run Away♥ said... [Reply to comment]

cuti raya dah abis kan...;d

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@black white
abang kandung atau abang angkat? :P

Apesal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...