Sunday, December 16, 2012

Kahwin!


Sebahagian daripada perbualan telefon dengan mak tercinta.

"Kak, dah tengok gambar kahwin kak Tem?"

"Dah mak. Kenapa?"

"Yang masa dekat rumah dia tu, mekap dia cantik kan? Kat rumah mempelai, mekapnya tak cantik."

"Eh..ye ke mak? Kakak tak perasan pulak."

"Cuba tengok balik. Betul apa yang mak cakap."

"Nanti la akak tengok balik. Mak...."

"Ha! ada apa?"

" Kalau akak kahwin nanti, akak tak nak la mekap tebal-tebal."

"Eh, kenapa pulak? Kahwin sekali seumur hidup. Kena la mekap."

"Tak nak la mak. Mekap nipis-nipis sudah la. Natural beauty gitu."

"Kalau tak mekap, nanti muka pengantin sembap je tengah-tengah panas."

"Tapi mak, tak elok la mekap tebal-tebal."

"Kena mekap jugak. Sekali seumur hidup."

"Takkan la nak duduk kat neraka sekali seumur hidup mak."

"Apa dia kak?"

"Takde apa-apa."

"Kahwin nanti tetap kena mekap."

"Baiklah mak." =,='

Err...PSM aka FYP pun tak siap lagi. Dah sibuk cerita pasal kahwin. Hehe...


Hantaran ini bukan ditujukan kepada gua. XD

p/s: PSM bakal berakhir pada minggu depan. Minggu seterusnya, presentation. Gulp!

Saturday, October 13, 2012

Hujan


Dulu aku punya seseorang kekasih. Tapi sayang, bukan yang halal bagiku. Dibawa ke hulu ke hilir. Makan bersama. Banyak luangkan masa bersama. Cinta dirasakan milik berdua. Tapi aku lupa cinta Yang Maha Mencintai itu meliputi segala-galanya.


Bila bersua dengan teman-teman, segan. Malu. Kadang-kadang hati kecil ini pernah mengajukan persoalan.


"Mengapa kau malu dengan manusia? Apakah kau tidak malu dengan TuhanMu?" 


Terdiam aku. Bukan aku tidak punya jawapan tetapi jawapan itu bakal berbalik kepada diriku. Jawapan yang bakal memakan diri sendiri.


Tak lama dari itu, cinta seorang lelaki ditarik dariku. Sedih. Ketika itu, aku rasakan dunia itu, beban yang berat bagi aku. Aku terlupa bahawa doaku suatu ketika dahulu telah dimakbulkan.


"Ya Allah, jika cinta manusia itu melalaikan aku, jika cinta manusia itu buat aku lupa padaMu, aku rela cinta itu ditarik daripadaku. Biar aku kehilangan cintanya, jangan aku kehilangan cintaMu." 


Dan aku bersyukur, Allah masih sayangkan aku. Allah selamatkan aku dari terus lenyap dalam dunia kegelapan. Allah selamatkan aku dari terus lemas dalam lautan kehinaan. Terima kasih Allah.


Aku bukan malaikat. 
Yang imannya sentiasa meningkat. 
Dan aku bukan Iblis. 
Yang imannya sentiasa tergelincir, tertumpah habis. 
Aku cuma manusia. 
Imanku, ada pasang surutnya.


Aku masih manusia biasa. Yang mahu memiliki cinta manusia. Dan aku akui aku menyimpan perasaan terhadap seorang lelaki. Lelaki yang tidak begitu kukenali. Istikharah? Solat istikharah berturut-turut setiap malam. Dan aku temukan jawapan. Rujuk kepada naqibah. Tanya kepada mak abah. Keputusannya, teruskan pengajian, serahkan urusan jodoh kepada Allah.


Mengapa aku bertindak sedemikian?


Ketika itu, aku hendak menunaikan solat. Bersolat di dalam bilik, hujan lebat di luar. Aku tiba-tiba terkenangkannya. Pada masa yang sama, aku tersedar yang aku sedang 'bertemu janji' denganNya. Masakan kau boleh terkenangkan yang lain ketika kau bertemu janji dengan yang kau cintai. Hatiku menangis. Air mataku mengalir.


"Ya Allah, jika perasaan ini mengganggu ibadatku kepadaMu, aku rela kau hapuskan perasaan ini dari hatiku. Biar aku sengsara kerana cinta yang tidak halal ini, jangan aku sengsara kerana cintaMu."




Terima kasih buat yang sentiasa mendoakan dan mengingatkan diri ini.


From His love seeker.

A story from a friend of mine.

Friday, June 22, 2012

Cuti



Masa study, rajin sangat nak ponteng kelas even sebab sakit kepala je.

Masa latihan industri, malas sangat nak cuti walaupun demam dan pening kepala.

Malas cari penyelia kat pejabat,

sebab penyelia memang selalu takde kat pejabat.




p/s: Sepatutnya amik MC hari ni.

Friday, May 4, 2012

Gua sayang alien


Dah sebulan lebih gua tinggalkan blog gua tercungap-cungap di alam maya. Terkapai-kapai dibawa arus teknologi semasa. Sekarang, gua rasa gua sendiri dah jarang blogwalking, baca entri blogger lain, komen entri, like entri, kutuk-kutuk itu entri. Sampai gua rasa mesti dah ada blogger yang blacklist gua sebab jarang singgah blog diorang, keluarkan gua dari senarai bloglist. Tak mengapa. Gua redha.


Sepanjang sem ni, gua telah dipaksa untuk menyesuaikan diri dengan subjek kawalan proses dan dinamik. Gua sendiri dah rasa sebati dengan pemodelan matematik (mathematical modelling), "transfer function" (dalam BM, fungsi pindah kot. =__= ) Sempena pengemaskinian blog gua selepas sebulan lebih, gua teringin nak buat satu persamaan.


Gua dah rasa blog gua asing. Tapi, gua sayang blog gua.

Blog gua = asing

Asing ≈ makhluk asing

Makhluk asing = alien

Blog gua = alien

Konklusi, gua sayang alien. 

Sekian. 


*Alien yang dimaksudkan bukan Sergeant Keroro.
*sori sebab dah lama tak blogwalking, blogrunning, dan sebagainya. 


p/s: Gua tak sengaja unfollow orang yang paling gua nantikan dalam hidup gua. 


Thursday, March 22, 2012

Anak angkat

Kucing gua dah beranak. 
4 ekor anak kucing. 
Tak tau berapa ekor jantan, berapa ekor betina. 
Yang pasti, sume ada 1 ekor. 


Ni dia mak kucing. 
Siapa yang teka kucing ni betina kelmarin, hang memang pandai na!
Memang macam kucing betina la kan? XD
Gembira. Syukur. Cuma sedikit terkilan. 
Tak dapat sambut kelahiran anak-anak beliau.
Sebab masa tuh, gua ada kelas kawalan proses. :(

Gambar anak-anak beliau?
Harap maaf. Beliau menolak sebarang 
bentuk hebahan dan penyebaran foto anak beliau.
Harap maklum! XD

p/s: Gua dah update. Sila komen. Terima kasih.

Wednesday, March 7, 2012

Saya dah cantik!

Mak teringin nak makan buah. Demi kasihkan ibu, Lisa ambil keputusan. Biar Lisa yang pergi beli buah hari ni. Mak terkejut. Selalunya urusan jual beli, bayar bil diuruskan adik. Jarang sekali Lisa merelakan diri. Disuruh beri lauk masak lemak cili padi kat jiran sebelah, pun susah. Pelik juga.

Lisa beria-ia nak belikan mak buah. Mak benarkan. Lisa bersiap-siap. Kenakan blouse berwarna biru, skirt kuning. Mungkin tak sepadan bagi orang lain, namun cantik bagi Lisa. Biar orang kata Lisa pakai bendera Perlis, yang penting Lisa puas.


Lebih kurang camni. Credit to: Google

Satu-satunya kedai yang menjual buah di bandar ialah di kedai Tauke Yong. Tak berapa jauh dari rumah. Hanya 1 km sahaja. Sebagai seorang pencinta alam sekitar, Lisa ke kedai Tauke Yong dengan berjalan kaki. Hanya itu sahaja cara untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke udara, di samping mengurangkan pembentukan rumah hijau.


Rasa bahagia bila menyumbang kepada pengurangan kadar pelepasan gas beracun terhadap alam sekitar. Bila bahagia, senyum pun makin menawan, yang melihat pun tertawan. Tak dapat dinafikan, jejaka-jejaka yang melewati Lisa, pasti tak sempat mengelipkan mata. Cantiknya Lisa!


Setibanya di kedai Tauke Yong, Lisa terus mencari-cari buah yang diidam-idamkan maknya. Buah apa? Buah yang banyak biji dalam, isinya berwarna merah. Pelanggan-pelanggan yang ingin membeli buah, harus memilih sendiri. Mana tidaknya, Tauke Yong sibuk membelek-belek basikal. Takkan Tauke Yong nak baiki gerabak kereta api sedangkan dia membuka perusahaan basikal. Ya! Kedai basikal. Di bandar ini, buah hanya boleh didapati di kedai Tauke Yong selain di atas pokok, di atas tanah.

Ketika khusyuk memilih buah, tiba-tiba ada suara perempuan menegur. Lisa menoleh.

"Eh, Nab! Buat apa kat sini?"

"Nab nak belikan adik Ben 10. Lalu sini, terserempak dengan Lisa. Cantiklah Lisa sekarang."

"Terima kasih. Lisa sama macam dulu."

"Lain la. Ni mesti ada rahsia. Cerita la."

"Air wudhu je Nab. Wajah bercahaya kan? Hehe."

"Wudhu? Rasa macam susah nak percaya je ni."

"Hehe. Ye la. Lisa nak bagitau la ni. Nab tengok iklan kat tv kejap lagi. Nanti Nab tau la."

Iklan berkenaan ialah:




p/s: Gua minta maaf. Model dalam iklan berkenaan tak reti nak tutup aurat.

Tuesday, February 28, 2012

Bulan di atas kota kecilku yang ditinggalkan zaman




Credit to: Google



Orang asing,
Orang asing,
Seseorang yang asing,
Berdiri di dalam cermin,
Tidak kupercaya aku pada pandanganku,
Begitu banyak cinta diambil daripadaku


Aku kesepian,
Aku kesepian dalam keramaian,
Mengeluarkanmu daripada ingatan,
Bak menceraikan angin dari awan.


Takut,
Takut,
Aku sangat takut,
Kehilangan seseorang yang tidak pernah aku miliki.


Gila,
Gila rasanya,
Gila kerana cemburu buta.


Yang tersisa hanya kenangan,
Saat kau meninggalkanku sendirian,
Di bawah rembulan yang menyinari
kota kecilku yang ditinggalkan zaman.


Sejauh yang dapat kukenang,
Cinta tidak pernah lagi datang,
Bulan di atas kota kecilku yang ditinggalkan zaman,
Bulan di atas kota kecilku yang ditinggalkan zaman.


Padang Bulan - Andrea Hirata


p/s: Macam ada kena-mengena dengan gua la.


Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednesday #1

Hoho!!



p/s: Tidak memiliki DSLR.

Monday, February 20, 2012

Contest Happy Faces by Capt. Keon Alhan dan Oh Daus

Ada yang nampak macam tak happy ke dalam banner ni?

Awal-awal sem, bila belum ada assigment/projek yang kena disiapkan, gua rasa rajin pulak nak join contest. Gua telah dipaksa join contest oleh saudari Iez Qis-chan. Gua selongkar-selongkar folder gua, tetiba gua jumpa gambar ni dalam memory card kamera. *camne boleh jumpa dalm MC, padahal selongkar folder lappy?

Jeng jeng jeng...


Ini bukan anak gua dengan sesiapa. Ini anak jiran gua. Atiya Insyirah. Pengunjung setia
rumah gua. Masa ni Atiya baru lepas elok demam. 

Aksi beliau ketawa sempat dirakamkan lensa kamera gua. Fotogenik jugak budak ni. 
Suka sangat dapat main dengan adik lelaki gua. :)


Gua rasa nak tag 

*yang kena tag, jangan buat-buat lupa nak tekan banner atas tuh.

p/s: Terkejut dengar kawan menjerit, bukan terkejut tengok hantunya. Sumpahan Kum Kum

BLOGLIST PUTERI KASIH



Gua nak jadi sahabat Puteri Kasih!

Done!

*Nak join? klik banner kat atas kuat-kuat!


p/s: Banner ni buat blog gua liplapliplap la. XD

Wednesday, February 15, 2012

Permintaan buat mama.

Gua adalah anak sulung dari 3 adik-beradik. Anak sulung dan anak perempuan sulung. Gua juga antara anak yang paling manja dalam keluarga. Mungkin itu antara sebab mengapa sahabat-sahabat gua ingat gua anak bongsu masa mula-mula dulu kenal gua.

Memandangkan gua anak sulung, segala harapan mama dan papa gua diletakkan di bahu gua. Bagaimana ibu bapa meletakkan harapan di bahu anak mereka? Macam letak buku atas meja? Letak cawan dalam sinki? Gua tak pernah dapat jawapan bagi persoalan yang selalu berlegar-legar di kepala gua sejak tadika lagi.

Gua teringin juga nak seorang abang atau kakak. Mengapa? Kenapa? Sepanjang cuti semester, cuti umum mahupun cuti sekolah, gua sentiasa dikerah menguruskan kerja-kerja rumah. Ini semua angkara status "anak sulung perempuan". Jemur kain, kemas rumah, lap tingkap, masak kat dapur, betulkan paip tersumbat, jaga adik. Gua akui gua antara anak perempuan yang takkan buat apa-apa selagi tak disuruh. Disuruh buat 1, gua buat 1. Disuruh buat 2, gua buat 2. Realitinya, gua lurus bendul.

Terkejut la kan. Kata anak manja, tapi kena buat semua benda. Itulah gua.

Di sini gua sertakan bersama permintaan buat mama gua.


1. Setiap ruangan rumah dilengkapi aircond. Cuaca panas menyebabkan mood nak angkat kain jemuran jatuh ke tahap paling malas. Bila semua cool, hati pun cool je nak buat semua kerja. Insya-Allah tiada bantahan atas segala arahan yang diberikan.

2. Ruang dapur perlu dibesarkan. Kebarangkalian untuk dapur yang kecil menghasilkan produk yang berkuantiti dan berkualiti tinggi adalah rendah.

3. Duit saku bulanan perlu ditambah. Sekiranya permintaan ini ditunaikan, jaminan untuk kerja yang berkualiti dan tahap integriti yang tinggi sepanjang cuti. *Semenjak dapat JPA, segala keinginan perlu diperoleh sendiri.

4. Pakej Astro Supersport dilanggan semula. Perlawanan bpl tidak dapat disaksikan secara langsung di rumah. Kebarangkalian untuk menonton perlawanan bpl di kedai mamak adalah 0. Antara penyebab stress di pagi hari.

Yang benar: Riris Carissa


Walau bagaimanapun, gua tidak berharap mama gua mengandungkan abang atau kakak untuk gua. Gua bersyukur kerana di sebalik status "kakak sulung", gua punya banyak kelebihan dari adik-adik gua.

Anak sulung memang ikut peraturan ni. Sumber: Google.


*Hati kena ikhlas kerana Allah.
*Mak, ummi, mama, ibu adalah insan paling istimewa di dunia ni. Dalam apa keadaan sekalipun, beliau tetap tabah dan istiqamah dalam apa yang mereka lakukan. Mengharapkan yang terbaik buat anak-anak. :)

p/s: Single tapi tak forever alone.

Saturday, February 4, 2012

Propaganda semata-mata

#Entry mengarut tahunan

Mendapat title janda di usia 20-an bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Dikurniakan 3 anak yang tidak berbapa, memberikan banyak erti dalam hidup. Meniti hari-hari yang akan datang tanpa tempat bergantung, janda muda ini tidak pernah kenal apa itu putus asa, mahupun putus harapan. Mengharapkan sesuatu yang tidak pasti itu tak salah, yang salah cuma mengharapkan simpati orang sekeliling. 

Gua tidak menyesal biarpun "janda muda" itu ialah diri gua sendiri. Propaganda adik lelaki gua memberi gua inspirasi untuk terus berkarya walaupun tiada satu karya gua diterima bekas-bekas peminat gua. Gua akui, gua bukan A.Samad Said yang masih utuh berkarya biarpun gelarannya ditarik, gua bukan Tun Dr. Mahathir yang penuh dengan visi dan misi yang jelas lagi kelas. Gua cuma "janda muda" yang masih lagi mengenal makna hari-hari pelayaran ke akhirat. 

Anak kucing jagaan gua.

Kadangkala, gua pernah mempunyai hasrat untuk meletakkan noktah dari terus terumbang-ambing dalam karya blog gua. Gua sendiri terpaku membaca entri-entri lama gua. Bukan dek kemantapan tatabahasa dan kosa kata yang bombastik. Gua terpaku dengan imaginasi yang ditampilkan dalam setiap perkataan yang mewakili keseluruhan entri gua. *Gua rasa ini tipu semata-mata. 

Persoalan yang berlegar-legar di fikiran, perlukah gua berhenti "berblogging"?

p/s: Terbiasa taip entri macam karangan SPM. Biar maksud tak sampai,asalkan panjang berjela. =D

Thursday, January 26, 2012

Janda vs Dara



Cuti tahun baru cina adalah masa terbaik untuk turunkan ilmu kat adik-adik. Dah lama tak balik rumah. Terperap kat UTM dengan exam sebelum ni. Masa ni la nak bermesra dengan adik-adik tersayang. 

Gua turunkan ilmu dan teknik-teknik semasa gua berguru dengan mak gua lama dulu.


Nak sepahkan bilik, kena ada teknik jugak.
Kakak : Akak dah ajar adik teknik cuci baju dengan tangan, basuh kasut, sidai kain. Malu tau kalau tak tau buat semua tuh. *adik bongsu gua lelaki. Usia 11 tahun 4 bulan.

Adik : Nanti adik buat la semua tuh masa adik bujang nanti. Duduk serumah dengan kawan-kawan adik.

Emak : Takkan masa sekolah lagi nanti, adik nak duduk kat rumah lain pulak. 

Adik : Sebab tu adik kata masa adik bujang nanti. 

Kakak : La.. Adik, kakak, kak abby, bujang la ni. Semua tak kahwin lagi. 

Adik : Bukan la. Adik bujang, akak janda, kak abby janda! 

Kakak : Hah?????

*Tak tau nak salahkan siapa bila adik tak tau perbezaan janda dan anak dara. Gua yang baru nak mengenali alam ciptaan Allah ni, dikatakan janda. Alahai~


p/s: Baucer RM200 gua masih belum digunakan. Takde idea nak beli apa. 

Wednesday, January 4, 2012

Sakit jasad boleh diubati,sakit hati ?!



"Barangsiapa ingin selamat daripada azab Allah, mendapatkan pahala dan rahmatNya dan masuk ke syurgaNya, hendaklah dia menahan nafsu daripada segala keinginan dunia, di samping sabar atas segala kesulitan dan musibahnya."


Gua baru selesai menjawab dua kertas. Kejuruteraan Tindakbalas Kimia dan Proses Pemisahan I. Dua hari berturut-turut. Menuntut ketabahan, kecekalan dan kesabaran dalam melukis graf, mereka proses pemisahan, mengira keseimbangan jisim dan tenaga sesuatu proses. Ok! Enough! 

Gua rasa lu orang mesti duk baca entry ni, with rolling eyes, while saying "Blablablabla..." Kan? Kalau tak, baguslah. Not going to tell about those freaking subjects that kinda make me sick. Frankly, I'm really sick. 

Mungkin ada yang kata minggu peperiksaan akhir adalah minggu paling mencabar dalam setiap sem. Sememangnya ya. Minggu di mana kita cuba sedaya upaya untuk dapat markah terbaik untuk sem tersebut. Gua rasa minggu tuh minggu paling tertekan bagi mereka yang "carry mark"nya rendah, dan peperiksaan akhir adalah jalan terakhir untuk dapat A. I guess. *ok. Itu gua sebenarnya.

Dan sepanjang minggu tersebut, gua terpaksa harungi dengan satu dugaan. "Exam Illness". Perumpamaan rekaan gua. Senang kata, gua mengalami sakit kepala sepanjang minggu. Koyok menjadi peneman gua. Gua tak tampal koyok Detox Patch kat kepala k! Gua tampal koyok yang memang khas untuk sakit kepala. Bayangkan dengan sakit kepala, gua paksa semua istilah penting, bentuk graf, persamaan mana yang boleh diguna, masuk dalam kepala. Gua rasa macam pudat masuk kain kat dalam mesin basuh yang sememangnya dah penuh. *Betul ke analogi ni?


Antara penyebab rambut beruban.

Dan terpaksa menduduki peperiksaan dalam keadaan demam. That was totally freak me out. Gua dah boleh ramal keputusan untuk dua-dua kertas berkenaan. Menjawab kedua-dua kertas tanpa kerasionalan pemikiran, ketidakstabilan emosi dan ketidakselesaan badan. Semua soalan dijawab tanpa menggunakan logik akal. Guna dalil apa pun tak tau. 

Baru gua rasa bagaimana sakitnya bila sakit masa ambil peperiksaan. Sememangnya menguji. Itu baru ujian yang sebenarnya. Ujian yang mengajar kita bagaimana mengharungi dugaan di saat kita ditimpa musibah. 

Sakit itu satu kesulitan. Di sebalik kesulitan, ada nikmat buat mereka yang sentiasa sabar menghadapinya. 

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih daripada dosa bagaikan ketika lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh."

Sakit jasad boleh ditahan-tahan dan diubati. Kalau akal kata tahan, pasti boleh tahan. Kalau sakit hati, lumpuh la segala anggota badan. Hati itu raja segala anggota. Kalau rosaklah hati, rosaklah segalanya. 

*Sememangnya peperiksaan di universiti itu cuma sebahagian daripada ujian kehidupan. Sebahagian kecil mungkin. Keputusan peperiksaan penting dalam penentuan kerjaya dan masa depan, sebaliknya usaha menghadapinya lebih penting dalam memacu hidup akan datang. 

p/s: Masih lagi demam. Gua rasa sebab tuh entry macam tak kena je. Lari tajuk kot.

Apesal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...