Wednesday, March 7, 2012

Saya dah cantik!

Mak teringin nak makan buah. Demi kasihkan ibu, Lisa ambil keputusan. Biar Lisa yang pergi beli buah hari ni. Mak terkejut. Selalunya urusan jual beli, bayar bil diuruskan adik. Jarang sekali Lisa merelakan diri. Disuruh beri lauk masak lemak cili padi kat jiran sebelah, pun susah. Pelik juga.

Lisa beria-ia nak belikan mak buah. Mak benarkan. Lisa bersiap-siap. Kenakan blouse berwarna biru, skirt kuning. Mungkin tak sepadan bagi orang lain, namun cantik bagi Lisa. Biar orang kata Lisa pakai bendera Perlis, yang penting Lisa puas.


Lebih kurang camni. Credit to: Google

Satu-satunya kedai yang menjual buah di bandar ialah di kedai Tauke Yong. Tak berapa jauh dari rumah. Hanya 1 km sahaja. Sebagai seorang pencinta alam sekitar, Lisa ke kedai Tauke Yong dengan berjalan kaki. Hanya itu sahaja cara untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke udara, di samping mengurangkan pembentukan rumah hijau.


Rasa bahagia bila menyumbang kepada pengurangan kadar pelepasan gas beracun terhadap alam sekitar. Bila bahagia, senyum pun makin menawan, yang melihat pun tertawan. Tak dapat dinafikan, jejaka-jejaka yang melewati Lisa, pasti tak sempat mengelipkan mata. Cantiknya Lisa!


Setibanya di kedai Tauke Yong, Lisa terus mencari-cari buah yang diidam-idamkan maknya. Buah apa? Buah yang banyak biji dalam, isinya berwarna merah. Pelanggan-pelanggan yang ingin membeli buah, harus memilih sendiri. Mana tidaknya, Tauke Yong sibuk membelek-belek basikal. Takkan Tauke Yong nak baiki gerabak kereta api sedangkan dia membuka perusahaan basikal. Ya! Kedai basikal. Di bandar ini, buah hanya boleh didapati di kedai Tauke Yong selain di atas pokok, di atas tanah.

Ketika khusyuk memilih buah, tiba-tiba ada suara perempuan menegur. Lisa menoleh.

"Eh, Nab! Buat apa kat sini?"

"Nab nak belikan adik Ben 10. Lalu sini, terserempak dengan Lisa. Cantiklah Lisa sekarang."

"Terima kasih. Lisa sama macam dulu."

"Lain la. Ni mesti ada rahsia. Cerita la."

"Air wudhu je Nab. Wajah bercahaya kan? Hehe."

"Wudhu? Rasa macam susah nak percaya je ni."

"Hehe. Ye la. Lisa nak bagitau la ni. Nab tengok iklan kat tv kejap lagi. Nanti Nab tau la."

Iklan berkenaan ialah:




p/s: Gua minta maaf. Model dalam iklan berkenaan tak reti nak tutup aurat.

29 reader's comment(s):

Aqiim said... [Reply to comment]

iklan apa tu?
arghhh apasal aku takbleh tgok?
grrrr
bencii
haha

NadiRah said... [Reply to comment]

adobe potosop! huhuhu

chemay said... [Reply to comment]

hahah make up terbaik ni!

hassy chan said... [Reply to comment]

guna potoshop, hidung penyek leh jdi mancung hahaha

Jue said... [Reply to comment]

dgn adobe apa pun bole hehehe

nak g beli dragon fruit eh!

Liza Razak said... [Reply to comment]

nak cantik..sila guna photoshop..hehe

kim heeruul said... [Reply to comment]

Skrg semua nye edit2 belaka..

J.Syazwana said... [Reply to comment]

alamak iklan ape tuh. aku takley tengok kat opis ni ha. huhuhu

Hanie Dew said... [Reply to comment]

ada adobe, ada segalanya. ahahahahaha..

buah dragonfruit ke buah delima

ghost writer said... [Reply to comment]

buah delima rasanya.. :)

CekbOlat-bOlat said... [Reply to comment]

wewwitt.. anda mmg cntik !

eita said... [Reply to comment]

dasat tu....yang tak tahan yang tua kerepot jadi comel lote....

yad'z said... [Reply to comment]

humangaiii kemainnn produk ps.. dah macam mekap. hahahahaa...

M Fizan said... [Reply to comment]

iklan apa???? tak nampak apa.... huhuhu

Boni JLL3 said... [Reply to comment]

wah...terkesan entri ni..ada pengajaran

teha said... [Reply to comment]

hahha ! semua sbb ps..

O CIKTEDDY said... [Reply to comment]

xyah beli mekap mahal2..kui3

Teenager Housemaid said... [Reply to comment]

hahaha!
my skin feels like plastic!
haha

ShafiqIzwan said... [Reply to comment]

serius kreatif. HAHA

Miss Lady Iena Nazir said... [Reply to comment]

Boleh pulak macam 2 kan.
Kalau macam 2, sy pon boleh cantik jugak. hahahaha

Btw, indah penulisanmu.

:)

Hanie Dew said... [Reply to comment]

hai. =)..thanks for the comment. kembang kuncup hidung aku. iisshhh ko ni..hahaha..aku pun tak pandai begaya keperempuanan jugak. mix and match belaja dari Jue. hihi.

Munnafendy said... [Reply to comment]

hahahahahaha patut la cantik! edit lebih!

haikal blank said... [Reply to comment]

ya, aku dah try. bukan sahaja tampak lebih muda, malah perut tiada lagi menggeleber!

saya syorkan Adobe FS! sangat berkesan!

kahkah

FIFIEY LYCHEE MARATION said... [Reply to comment]

comel lah!

syafiqakarim said... [Reply to comment]

hahah dengan teknologi,
apa pun bolehhhh

syAzAnA said... [Reply to comment]

iklan guna photoshop. dah tengokk! hik3

♥AieN ChoiN♥ said... [Reply to comment]

teknologi kaaaannn..mcm2 boley dah sekarang..(",)..

si robot comel said... [Reply to comment]

photoshop adalah segalanya.hahaha

O CIKTEDDY said... [Reply to comment]

bile nak update,cayang?haha ♥

Apesal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...