Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Tuesday, February 28, 2012

Bulan di atas kota kecilku yang ditinggalkan zaman




Credit to: Google



Orang asing,
Orang asing,
Seseorang yang asing,
Berdiri di dalam cermin,
Tidak kupercaya aku pada pandanganku,
Begitu banyak cinta diambil daripadaku


Aku kesepian,
Aku kesepian dalam keramaian,
Mengeluarkanmu daripada ingatan,
Bak menceraikan angin dari awan.


Takut,
Takut,
Aku sangat takut,
Kehilangan seseorang yang tidak pernah aku miliki.


Gila,
Gila rasanya,
Gila kerana cemburu buta.


Yang tersisa hanya kenangan,
Saat kau meninggalkanku sendirian,
Di bawah rembulan yang menyinari
kota kecilku yang ditinggalkan zaman.


Sejauh yang dapat kukenang,
Cinta tidak pernah lagi datang,
Bulan di atas kota kecilku yang ditinggalkan zaman,
Bulan di atas kota kecilku yang ditinggalkan zaman.


Padang Bulan - Andrea Hirata


p/s: Macam ada kena-mengena dengan gua la.


Wednesday, November 10, 2010

Cintaku padamu



Sekian lama tidak ketemu,
Mata ini sudah dahagakan
Wajahmu yang begitu menggamit
perasaan dan jiwa nuraniku,
Hati ini meronta-ronta, 
menjerit-menjerit namamu.
Suaramu bermain-main
di kotak fikiranku,
Walau hati ini,jiwa ini
rindu mengenangkanmu,
namun inilah cinta yang 
cukup suci bagiku..

Pabila ketemu,
kulihat gerak matamu,
kulihat senyuman yang terukir di bibirmu,
gelak ketawamu penawar kegusaran
di hatiku,
air mata tangismu ibarat 
penamat duniaku,
wajahmu kudamba setiap waktu,
Mungkin di hadapanmu
aku kelihatan menyembunyikan sesuatu,
Mungkin di hadapanmu,
seakan-akan aku tidak 
endah dengan kehadiranmu,
Mungkin di hadapanmu,
aku seolah-olah bosan
dengan bait-bait katamu,
Tapi di belakangmu,
aku sentiasa menanti
kehadiranmu untuk kukongsikan 
kegembiraanku,
Di belakangmu,
aku sentiasa mendambakan
kehadiranmu di sisi,
di belakangmu,
Aku ternanti-nanti
amanah, nasihat darimu,
walaupun nasihat yang
beribu-ribu kali
aku dengar dari dulu.

Cintaku kepadamu,
mengajar aku erti kesabaran,
erti perjuangan di medan jihad,
erti kekuatan di medan kelemahan,
erti ketaatan di medan perjuangan,
aku julang panji-panji cinta ini
menempuh medan perang
yang tiada sempadan,
yang tiada norma-norma kemanusiaan.


Nikmatnya cinta ini,
sentiasa melabuhkan cintaku
padaMu ya Allah,
nikmatnya cinta ini,
sentiasa mensyukuri anugerahMu 
ya Allah,
Aku bersyukur kerana cinta ini,
aku tidak lari dari landasanMu,
sesungguhnya cinta ini hanyalah
cinta selepas cintaku padaMu
dan kekasihmu,
iaitu
cinta buat ibundaku,
cinta buat ayahandaku..


Apesal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...