Wednesday, January 4, 2012

Sakit jasad boleh diubati,sakit hati ?!



"Barangsiapa ingin selamat daripada azab Allah, mendapatkan pahala dan rahmatNya dan masuk ke syurgaNya, hendaklah dia menahan nafsu daripada segala keinginan dunia, di samping sabar atas segala kesulitan dan musibahnya."


Gua baru selesai menjawab dua kertas. Kejuruteraan Tindakbalas Kimia dan Proses Pemisahan I. Dua hari berturut-turut. Menuntut ketabahan, kecekalan dan kesabaran dalam melukis graf, mereka proses pemisahan, mengira keseimbangan jisim dan tenaga sesuatu proses. Ok! Enough! 

Gua rasa lu orang mesti duk baca entry ni, with rolling eyes, while saying "Blablablabla..." Kan? Kalau tak, baguslah. Not going to tell about those freaking subjects that kinda make me sick. Frankly, I'm really sick. 

Mungkin ada yang kata minggu peperiksaan akhir adalah minggu paling mencabar dalam setiap sem. Sememangnya ya. Minggu di mana kita cuba sedaya upaya untuk dapat markah terbaik untuk sem tersebut. Gua rasa minggu tuh minggu paling tertekan bagi mereka yang "carry mark"nya rendah, dan peperiksaan akhir adalah jalan terakhir untuk dapat A. I guess. *ok. Itu gua sebenarnya.

Dan sepanjang minggu tersebut, gua terpaksa harungi dengan satu dugaan. "Exam Illness". Perumpamaan rekaan gua. Senang kata, gua mengalami sakit kepala sepanjang minggu. Koyok menjadi peneman gua. Gua tak tampal koyok Detox Patch kat kepala k! Gua tampal koyok yang memang khas untuk sakit kepala. Bayangkan dengan sakit kepala, gua paksa semua istilah penting, bentuk graf, persamaan mana yang boleh diguna, masuk dalam kepala. Gua rasa macam pudat masuk kain kat dalam mesin basuh yang sememangnya dah penuh. *Betul ke analogi ni?


Antara penyebab rambut beruban.

Dan terpaksa menduduki peperiksaan dalam keadaan demam. That was totally freak me out. Gua dah boleh ramal keputusan untuk dua-dua kertas berkenaan. Menjawab kedua-dua kertas tanpa kerasionalan pemikiran, ketidakstabilan emosi dan ketidakselesaan badan. Semua soalan dijawab tanpa menggunakan logik akal. Guna dalil apa pun tak tau. 

Baru gua rasa bagaimana sakitnya bila sakit masa ambil peperiksaan. Sememangnya menguji. Itu baru ujian yang sebenarnya. Ujian yang mengajar kita bagaimana mengharungi dugaan di saat kita ditimpa musibah. 

Sakit itu satu kesulitan. Di sebalik kesulitan, ada nikmat buat mereka yang sentiasa sabar menghadapinya. 

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih daripada dosa bagaikan ketika lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh."

Sakit jasad boleh ditahan-tahan dan diubati. Kalau akal kata tahan, pasti boleh tahan. Kalau sakit hati, lumpuh la segala anggota badan. Hati itu raja segala anggota. Kalau rosaklah hati, rosaklah segalanya. 

*Sememangnya peperiksaan di universiti itu cuma sebahagian daripada ujian kehidupan. Sebahagian kecil mungkin. Keputusan peperiksaan penting dalam penentuan kerjaya dan masa depan, sebaliknya usaha menghadapinya lebih penting dalam memacu hidup akan datang. 

p/s: Masih lagi demam. Gua rasa sebab tuh entry macam tak kena je. Lari tajuk kot.

26 reader's comment(s):

iela_fadila alias said... [Reply to comment]

sabar ye anis..
akak pnah rasa smua tu.. masa pmr,spm dgn upsr.. ada ja yg sakit..
alhamdulillah ada hikmah sakit yg dapat time tu :)
dont be sad ok ! ;)

Aqiim said... [Reply to comment]

aku dpat rsakan apa yg kau cerita nie..
aku masa sem lepas, masa tgah jwab final exam, tiba2 selsema..
pehhh bersin aje sepanjang exam..
memang blur rsanya.. fuhh~

apa2 pun, gudluck n smoga cepat smbuh :)

J.Syazwana said... [Reply to comment]

alolo kesiannya demam.
samalah kite.
bezanya saya dah tade exam. huhu

get well soon dear :)

cik Kartun said... [Reply to comment]

ala cian nyew.. tgh2 ujian nie demam plak. mkan ubt!

Hanie_Dew said... [Reply to comment]

kene exam fever la ni. take k tau beb.

sakit jasad mintak doc ubat. sakit hati carik ubat dalam ayat al-quran. ustad aku bagi tau dulu.

Hanie_Dew said... [Reply to comment]

ramai jugak kenal blogger dari BP dan JB. tp tak penah jumpe je.

soooooour said... [Reply to comment]

relax sudah...hahhaaha..

CekbOlat-bOlat said... [Reply to comment]

gudluck babe =)
ase comel lak bce entry ni.. haha.. syafakillah =)

hassy chan said... [Reply to comment]

ak paling xska kalo dmm msa exam..
ak pena gak kne huhuhu..
bwk bsbar weyh...

kim heeruul said... [Reply to comment]

lu jawab final exam dlm keadaan demam?
kalau result lu terbaik. lu memang power..gud luck..

Original CikTeddy said... [Reply to comment]

xpe,tajuk x kesah..hehe
xpe la,sakit kan cara Allah nk hapuskan dosa2 kita..moga cpt sembuh ye :)

ijA said... [Reply to comment]

all the best..kita pun sebelum ne kejuruteraan kimia,,peneng,masa dip..sekarang kt uitm..s.alam..kejuruteraan minyak dan gas. utm pun ada minyak dan gas kan?.thanks sudi blog kita..ye..yang terbaik untuk exam tahun ini..amin..

ijA said... [Reply to comment]

all the best..kita pun sebelum ne kejuruteraan kimia,,peneng,masa dip..sekarang kt uitm..s.alam..kejuruteraan minyak dan gas. utm pun ada minyak dan gas kan?.thanks sudi blog kita..ye..yang terbaik untuk exam tahun ini..amin..

hamzah ian said... [Reply to comment]

sabar2.. semoga cepat baik dari demam

FIFIEY LYCHEE MARATION said... [Reply to comment]

insyallah, doa banyak, biar cepat sembuh!

aimie amalina said... [Reply to comment]

hayoooo
ciannye la
chayok2 taw :)
berusaha yg termampu
mnum air masak byk2 taw

get well soon :))

Emmet said... [Reply to comment]

wah, post yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work!

Teenager Housemaid said... [Reply to comment]

moga tetap dapat jawab soalan exam dengan baik...

dan moga cepat sembuh..:)

Jue said... [Reply to comment]

Oh exam yg aku (paling suka)
Besa la tu beb, pas exam nanti bole rs lega =)

iMBobo said... [Reply to comment]

semoga cpt sihat ye :)

teha said... [Reply to comment]

bersabar care yg paling baik kan :)

chemay said... [Reply to comment]

berserah pada Allah dear.
insyaallah semua akan jadi baik.
:)

hazz death said... [Reply to comment]

ni da sihat ka ni?.. b strong tau?.. ubat untuk sakit hati ada pada Dia.. ingat tu..

mimieux said... [Reply to comment]

nih sihat dak gi? sabar la eh..semua akan ok nanti..insyaallah..=)

Original CikTeddy said... [Reply to comment]

ya Allah,kau berikanlah kesembuhan pdnya..amin =)

haikal blank said... [Reply to comment]

wooh. dugaan tu. memang perit, tapi ada pengalaman melaluinya juga seronok. nanti member kau cerita pasal sakit masa exam,

" Hah, samalah macam aku kena dulu, tension habis. blablabla"

pengalaman tu menarik bila kita ceritakan. kehkeh :D

Apesal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...