Monday, May 30, 2011

Aku ke hantu?

Malam ni wirawati AW16 buat rondaan malam.

Diorang excited dapat pegang walkie talkie, 

laporkan kat jurulatih bertugas. 

Padahal gelabah je bila komandan minta laporan. 

Jam menunjukkan pukul 2 pagi. 

Tanda-tanda lembaga berterbangan memang tak dapat dikenal pasti.

Bulu roma meremang. 

Teringat yang wirawati AW09 pernah nampak lembaga putih kat atas pokok,

depan bilik menunggu giliran rondaan.

Semangat dan azam dikuatkan. 

Lokasi pertama: AW09 

Masa: 0205 pagi

Sasaran: Wirawati yang mempunyai sejarah penyakit kronik. 

Misi: Pastikan mereka tidak mengalami masalah ketika tidur. 

Wirawati yang ada sejarah penyakit kronik, 

di katil mereka dilekatkan kertas berwarna. 

Warna mengikut jenis penyakit. 

Katil dengan pelekat merah jambu, 

pesakit asma, terjaga. 

Terbangun, rambut menggerbang, 

tiada sebarang riak muka, tanpa sepatah kata.

"Wirawati! Wirawati! Kenapa ni?"

"Ada apa-apa masalah?"

".........................................." 

Pandangan tajam ke arah pasukan peronda. 

"Wirawati! Ada sakit apa-apa ke ni?"

Kembali merebahkan diri, lelapkan mata. 

Dengan serentak, pintu AW09 tertutup sendirinya. 

Muka yang pucat, panik, terus larikan diri. 

Keesokan hari..........

"Kenapa dengan ko semalam?"

"Aik? Apsal dengan aku?"

"Semalam ko terjaga. Bila kitorang panggil, ko tak menyahut. Takut kitorang!"

"Errr.... aku mamai kot. Perasan korang tapi aku malas nak jawab. Hehehe.."

"Sengal!!!!!! Kitorang ingatkan ada benda masuk dalam badan ko! Cettt!!!!"

"Hehehe...Lain kali aku buat lagi!" 


Kena cabut gigi

Seperti biasa, emak dan abah sabar menunggu giliran untuk aku di klinik pakar bedah mulut di hospital Melaka. Macam biasa gak, memang ramai yang tunggu giliran. Bukan klinik ni je, kat klinik lain pun sama. Sampai kat klinik pukul 9. Tunggu punya tunggu, pukul 10 lebih baru nama dipanggil. Pukul 11 baru doktor cek. Boleh pulak dia tanya kenapa gigi depan hilang. Dah tentu kena cabut. Takkan tikus curi buat koleksi. Haish~~

Pukul 11.15 camtu, pegi amik x-ray gigi. Tu pun kena tunggu giliran gak. 11.30, dapat x-ray dan terus ke klinik gigi balik. Nasib baik tak kena tunggu lagi. Cek punya cek, doktor pun kata "Adik, nanti kita cabut 2 gigi bongsu adik kat bahagian bawah kanan dan kiri. Gigi tu terbenam. Tak boleh tumbuh. Kena buat pembedahan. Potong sikit gusi. Kena bius tidur. Gigi atas pun kena cabut sebab nanti kena gusi bawah." 

Muka takde perasaan, tapi dalam hati, "3 gigi nak kena cabut! Rongak la aku!!!". Pukul 12.15 baru la selesai mendengar bebelan 2 orang doktor dan seorang nurse. Nampaknya dalam 2 bulan, kena tunggu panggilan untuk buat pembedahan kecil. Bakal pakai gigi palsu la gamaknya. Hmmm.....

p/s: Takde la pulak doktor tuh suruh pakai pendakap gigi.. hmm...

Friday, May 27, 2011

Swelling gum


waiting for small surgery next week....

Wednesday, May 25, 2011

25th May's list


Zuma Deluxe dah. 
Cooking Academy dah. 
Pure Hidden dah.
Plant vs Zombie dah. 

Angry Birds dah. 
Mary Celeste pun dah.
Layan The Sims 3 la pulak. dah setahun tak main. 

Rumah aku. cantik tak? :)


Ingat nak wat design camni jugak la..
p/s: Esok nak main game apa lak?

Monday, May 23, 2011

Temui cara kurangkan rasa nak makan dan terlebih makan melalui sarapan anda


Seperti yang semua orang tahu, sarapan sangat penting dalam memulakan aktiviti seharian. Sarapan juga mungkin membantu anda dalam mengurangkan bunyi perut anda ketika anda kelaparan di pagi hari..*ye ke? 

Walaupun ramai yang tahu bahawa pengambilan sarapan itu penting tapi masih ada yang tidak ambil peduli. Para pengkaji luar negara percaya sarapan adalah strategi yang cukup berharga dalam mengawal nafsu makan dan menetapkan pengambilan jumlah makanan. 

Nafsu untuk makan menjadi tinggi apabila sarapan dilewatkan. Dengan erti kata lain, sarapan = makan tengah hari. Apabila sarapan dilewatkan, peratusan untuk mengambil makanan yang berkalori tinggi dengan banyak menjadi tinggi. Mungkin tiada masalah bagi orang yang memiliki berat 42 kg untuk mengambil makanan berkalori tinggi. 

Apabila kita mengambil makanan yang kaya dengan protein ketika sarapan, lapar pada waktu pagi berkurangan. Nafsu untuk mengambil makanan ringan atau snek yang tinggi kandungan garam, gula, dan lemak antara waktu makan juga kurang. Amalkan sarapan yang berprotein tinggi seperti susu, susu+bijirin dan roti. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak. 
  

p/s: Berat aku tak naik-naik dari 42 kg.. sakit ke apa? :(

[photo] Sepanjang Sungai Melaka

Sabtu, 21 Mei 2011

Bila mak dah muak tengok aku asyik melayan drama korea, she figured out something to make sure her lovely daughter keluar dari bilik. Beliau pun tanya " Nak pegi mana malam ni?"

Adik aku pun mula memerah otak nak pergi mana malam ni. 
[monolog dalaman] "JJ Melaka? hmm...boring. Dataran Pahlawan? Jammed malam-malam ni! Jonker Walk? Nothing interesting... Sungai Melaka? Lampu liplapliplap. Okey la!"

Then, we started our journey along Sungai Melaka. Kami berjalan kaki je sebab dah pernah cuba river cruise. Cuba benda baru, berjalan sejauh dalam anggaran 10 km.

Some pictures captured during the stroll... Kualiti gambar mungkin tak seberapa gara-gara guna kamera fon yang cikai tuh je.. :)











Next time mom. We should stroll along Jonker Walk la. Nak tengok barang-barang antik kat sana.. :)

p/s: Next time I should own DSLR for myself.. huhu...

Friday, May 20, 2011

Segmen " Chegu Zubir Promote Blog Anda"

terjumpa satu segmen ni kat blog Dzarief Zuhdi and Sergeant Keroro...
terbiasa lak dengan nama keroro tuh..heee....


Segmen ni akan berakhir pada pukul 11.59 Jumaat 20/5/2011.
jadi cepat-cepat klik header cz ni..

URL entry OMG: 

Hari Wanita Sedunia, Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Guru, Hari Jurutera

Arigato ne! :)

Jadi budak sekolah balik..haish

Ingatkan sepanjang cuti sem 4 bulan ni, aku berpeluang menggantikan waktu tidur yang telah terkorban sepanjang peperangan, makan tanpa halangan, tengok movie tanpa gangguan emosi.

Tak pasal-pasal kena study balik subjek fizik yang asyik-asyik duk tanya pasal daya bertindak di seluruh bahagian, subjek kimia yang membabitkan tindak balas yang dah lama aku lupakan, subjek add math yang kadangkala buat aku tak tidur malam. 

nak tidur lena macam kucing ni....

Aku dah dapat rasakan kalu aku study balik ni, ulang balik SPM, boleh dapat straight A++ tuh..hahaha...
Kalah adik aku yang nak ambil SPM tahun ni...

Sebenarnya, aku ditugaskan untuk menjadi guru tuisyen tanpa bayaran di rumah. Alang-alang cuti 4 bulan, belajar la balik subjek tingkatan 4 dan 5. Dah lupa kot apa yang aku belajar 4-5 tahun dulu. Padahal Laplace Transform yang aku belajar sem lepas pun dah lupa... ngeng~~~

Kalau korang pandai, cuba selesaikan soalan ni... :D
p/s: Belajar baiki printer, baiki basikal..nak belajar apa lak lepas ni?

Thursday, May 19, 2011

Jangan mengada-ngada bila sakit sikit..


Cuba bayangkan diri anda berada di dapur. Sedang memasukkan air ke dalam heater. Pasang plag, dengan cubaan ingin memanaskan air. Tiba-tiba dahaga, ambil cawan, cari air dalam peti ais. Tak nak minum air suam sebab cuaca panas. Prefer air sejuk. Godek-godek peti sejuk, tak jumpa air sejuk. Dalam tak sedar air dalam heater dah panas, menggelegak pada suhu 100 darjah Celcius, tuang air dari heater ke dalam cawan. Tiba-tiba heater tersangkut, air panas tak terus ke dalam cawan, tapi ke tangan. Apa perasaan anda?

Same thing happened to my little brother. Tangan kiri dia kena. Menjerit kesakitan bila air panas yang masih lagi mendidih tercurah ke tangan dia. Menangis sebab sakit. Menangis sebab takut mak abah marah. Tak pasal-pasal kena ceramah di malam Sabtu. "Moral of the story, pleasa listen to your mom and dad. They know better than you."

But my little bro, still got a sense of humour, still lead a happy life, struggle to make people laugh although he cannot do much things with his left hand. He's a left-handed. 

Kalau orang lain sakit sikit, mula la tak boleh buat tuh, tak boleh buat ni. But my little brother, only at 11-year-old, still volunteer himself to do anything.*kalau benda tuh dia suka buat la...:)

p/s: Serius takut nak tengok tangan dia masa nak sapu ubat.

Tuesday, May 17, 2011

Hari Wanita Sedunia, Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Guru, Hari Jurutera

Aku rasa mak aku patut sambut semua hari-hari tuh.



Hari Wanita Sedunia
Memandangkan beliau seorang wanita, takkan la beliau sambut Hari Jejaka Sedunia..eh..ada ke? 

Hari Pekerja 
Mak aku tiap-tiap hari bekerja.....kat rumah la....takde cuti mc, takde gaji, takde bonus.... Orang lain cuti Hari Pekerja, mak aku masih lagi meneruskan aktiviti seharian..

Hari Ibu 
Yang ni sudah semestinya beliau sambut memandangkan beliau seorang ibu emak.. Ke aku patut tukar Hari Emak? Aku panggil emak, tak panggil ibu... hmmmm........

Hari Guru
Biarpun profession beliau hanya la surirumah sepenuh masa, bukannya guru tadika, guru sekolah rendah mahupun guru besar, namun beliau juga mengajar di rumah. Bukan calang-calang subjek. Subjek-subjek yang beliau ajar setanding dengan subjek yang diambil oleh pelajar jurusan seni kulinari. 

Hari Jurutera
Beliau mengawal dan mengatur kebanyakkan proses dan sistem di rumah. Setanding dengan jurutera proses. 

p/s: Selamat Hari Guru buat semua yang telah mengajar dan mendidik diri ini.. :)

Majlis pertunangan Shahrill Effendy dan Dyana Razak

Pada 14 Mei 2011, kami sekeluarga menghadiri majlis pertunangan sepupu aku, Shahrill Effendy *tak tau nama penuh dia..hee..

Dari Seremban ke Labu, membawa hajat untuk mengikat Dyana Razak dengan Shahrill Effendy.
Taknak taip panjang-panjang. Let the pictures tell the story.. :)

Bionic womans in our family.


Our leaders in climbing stair to heaven


Bergambar dulu dengan hantaran


ce teka berapa orang yang pandang kamera? :)


mereka sentiasa menceriakan suasana..



rombongan dari pihak lelaki. yang mana 1 anyyss shuhaimi?



proses rundingan



Pak Lang (yang berbaju biru) wakil dari pihak lelaki..



Semuanya dah beruban..mujur aku takde dalam gambar ni...heee


Focussing on target...


yang ni pun tak ketinggalan..



Hantaran dari pihak Shahrill Effendy



Tak kena timing la masa ambil gambar ni. Aiseh...


Gambar si tudung oren tuh yang penting..hehe



Antara hidangan yang disediakan pada sebelah petang..


Kami memang tak boleh nampak kamera...ngeee~~~


Nak tahu kan siapa yang bertunang?

Shahrill Effendy. ni masa zaman dia belajar dulu. curi dari akaun fb beliau..hehe


Dyana Razak. sama padan tak dengan Effendy?


Tunggu siapa ni??


Gambar-gambar di atas adalah hasil bidikan 

Noorfadzli Noorhaidi. SHO Infineon Technologies. Mempunyai seorang isteri.



Roziasyahira Mutazah. Pelajar tahun 1 Kimia Industri UMP. Peminat siri Supernatural. :)



Anyyss Shuhaimi. Masih lagi mempelajari teknik fotografi.

Sunday, May 15, 2011

Bloglist Itik Kuning :)


Saya dalam kategori C.
^_^

(" ",)

Itik kuning yg comey tuk nad...

Saya Ming.. hehehe...selamat berkenalan..
mau tag 

yang kena tag, sila-sila la rajin-rajinkan klik banner atas itu ea.. :)

p/s: tak tau la diorang minat join bloglist org x..hehe

Thursday, May 12, 2011

Cukup la sekali....


Hari ini, menghabiskan masa kat rumah.. Bangun pagi je, dah kena mop lantai. Tak pasal-pasal je sebab salur paip mesin basuh tiba-tiba je terbuka, air sabun pun melimpah keluar. Memang penat la nak mengemop dan mengelap lantai. Mujur air sabun. Kalau air ikan dalam akuarium tuh yang melimpah, memang aku mengalah la. Tak terdaya nak mop berkali-kali.

Ok. Kembali ke tajuk entri aku tuh. Ada seorang mamat ni, dak fakulti aku, 1 negeri dengan aku, cuma tak 1 kos je la. Dan tahun ni, dia ada latihan industri (LI). Yang menjadi satu isu di sini, dia ni memang tak ingat atau saja buat-buat tak ingat yang aku ni masih lagi berada di tahun 2. Hmm~~~

Sebelum-sebelum ni dia ada tanya aku pasal test pc. Memang waktu tuh aku rasa nak hentak kepala dia kat dinding. Mujur aku baik lagi.....*baik ke? :p

Sekali lagi, hari ini, tanpa ragu-ragu dia boleh lak tanya "dah balik ker? Ko LI kat ane?"
Sila teka apa perasaan gua...

p/s: LI tahun depan. sem 2 tahun 3..



Monday, May 9, 2011

Isu hangat hari ini

Harga gula naik dari RM2.10 sekilogram kepada RM2.30.
Ada dakwaan pihak tertentu ingin jadikan agama
Kristian sebagai agama rasmi.
Media Britain mendakwa air zamzam di Mekah tercemar.

Sumber: Utusan Malaysia

Sunday, May 8, 2011

Hah!! Meragau...

Tak tahu nak buat apa bila dah exam..
Masa ada exam, ada paper exam,
sibuk la merungut....
"Bila la aku boleh akhiri hidup aku
tanpa tension-tension?

Bila dah abis last paper,
mula la meragau nak buat apa.
Selalunya masa terisi dengan mengadap
buku 24 jam..termasuk muka buku.. :)
Sibuk la merancang aktiviti untuk
menyibukkan diri dengan aktiviti yang
tak dapat atau jarang dilakukan
apabila menjelang peperiksaan mahupun
ada tugasan dan projek yang perlu diselesaikan.

Sama seperti orang yang menghasilkan
entry ini. Bila sibuk, merungut.
Tak sibuk pun merungut.
Nak tunggu bila nak berhenti merungut.

Ok. cukup la entry yang penuh dengan
ayat skema ni.. Bak kata adik aku, skema gilerr...
Nak sambung pelayaran di lautan mimpi.
Tak cukup puas belayar semalam
sebab ada paper pagi tadi..

p/s: Maaf sebab tak keluar hari ini. Penat.. :(

Friday, May 6, 2011

One LoveLy BLog AWard




Here are the rules to abide accepting this award:
1. Post linking back to the person that gave you the award.
2. Share 7 random things about yourself
3. Award 15 recently discovered blogs
4. Drop them a note and tell them about it

Rules no 1.
Domo arigato IQ-chan. Anata wa yasashii desu. Hehe..

Rules no 2.
1. Really love singing. I think when I'm home, everybody will said "Oh God!!! Why she's here??" Hahaha!! I bet nobody will love my voice. Sounds euwwww.........

II.  Chocoholic. Freaking love chocolate. So passionate with chocolate. Not only chocolate, kinda love sweet snacks. Lollipops, candy bars, desserts. Everyday craving for sweet snacks.Urmmmm....

III. Really love my lovely mom, my admirable dad, my thoughtful siblings, my prince charming*hehe,
and my beloved friends... :)

IV. Currently I'm a vice president of chemical engineering student society but not acting like one.
=.="

V. Kinda love anime, cartoons, fantasy films. 
Can't wait for Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2.
"You need preparing. You need arming. But most of all, you need constant,
never ceasing vigilance" ~ Mad Eye Moody-Crouch Jr.

VI. Wanna have PS3, DSLR, Android Xperia, Xbox 360.. Never mind..Next time...

VII. Nerd? Who said that? Actually, I really dunno what kind of rules to be nerd.. Am I nerd?

Rules no. 3:
15 blogs? Oh no!!! I wanna change this rules. Wanna award anybody that I wanna. 
shew
lan
n my other followers. :)

Rules no.4:
Don't worry.. Already told them..Haha.

p/s: Sorry... My English sucks~

Wednesday, May 4, 2011

Anggun


Masa otak tengah ligat menyelesaikan persamaan matematik, 
tiba-tiba dengar lagu ni. Wah!! Nice!
Lirik dia memang menarik.

Check this out!




Anggun pandangan di mataku
Ayu cantik tutur bahasamu
Sayu lebur hatiku berpalu
Terpaku ingin ku tahu
Siapa yang menghantui diriku

(Verse 1 # Zizan)
KL KL kosa nostra yang bicara
Ramai ternoda dan ramai yang tergoda
Ini kisah teruna dan juga dara
Bertemu tak sengaja ketika ronda-ronda
Bermula Subaru kelabu berpacu
Tersekat pandangan ke arah sesuatu
Tertanya di hati inikah ratu melayu
Bersama ibu nyata dia ku mahu tahu
Harapku temu di destinasiku
Jodoh tak ke mana takdir bertemu juga
Merisik tanya siapakah dalam kebaya
Bolehku add Facebook dan Twitter nya
Ibu memandang ku senyum sahaja
Sayonara ku undur sebentar ya
Malu ku mahu harus bagaimana
Silakan Altimet wakilkan bicara
(Verse 2 # Altimet)
Salam si anggun apa khabar
Wajah seperti yang terpampang di layar
Lesung pipit hitam manis petunjuk salasilah
Pekerti seperti Saidatina Khadijah
Tumpang tanya siapa yang jadi teman
Jawapan tepat Tuhan rasul dan qur’an
Tak marah terkilan pun bukan
Kerna mereka 3 dan aku pun sepasukan
Maaf jika hamba kurang sopan
Tapi sehidup menatap sudah tentu tak bosan
Maaf jika hamba terlebih melopong
Tapi pusingan ini hamba kalah satu kosong
Mungkin juga ada pusingan kedua
Mungkin ada jalan untuk anakku ke syurga,
Maaf jika kita di cemburui masa,
Kalau aku tuannya kita bicara lebih lama
Diri kamu memukau ku
Biarkan kau dan aku bersatu (bagaimana)
Beri yang terhebat dari yang dulu-dulu (harus)
Wahai ibu izinkan aku lalu (ayuh)
Bina hidup bina hasrat yang baru
Biarkan kau dan aku bersatu
Beri yang terhebat dari yang dulu-dulu
Wahai ibu izinkan aku lalu
Bina hidup bina hasrat yang baru



Tuesday, May 3, 2011

Pengakuan Berani Mati

"Uish!! Gila la. Orang dah clash pun, takde maknanya contact-contact lagi!"
"Ish. Tak suka la camtu. Kesian kat you punya boyfie"

Antara kata-kata teman-teman yang tak sangka aku masih lagi contact kekasih-kekasih lama. Jangan terkejut lak bila aku taip "KEKASIH-KEKASIH LAMA". Tak bermaksud aku pernah couple dengan ramai lelaki sebelum ni. Ish!! Tolong la...

Masih lagi mesej tanya khabar, tanya study macam mana, chatting kat facebook, no heart feeling.. Sama macam kawan-kawan lain. Mesti ada rasa pelik kan. Sebab dari pengalaman kawan-kawan yang punya kekasih hati, mereka takkan berhubung dengan mantan kekasih hati mereka. Mereka sendiri tertanya-tanya macam mana aku boleh buat macam tu.

Untuk entry kali ini, bukan niat untuk berbangga-bangga sebab pernah mempunyai kekasih hati. Tak pernah sekali rasa bangga tuh muncul. Rasa malu lagi ada la. Cuma ingin mengatakan di sini tak kisah la dia tuh bekas kekasih kita ke, musuh ke, yang penting berbaik la sesama saudara Islam. Tak mau gaduh-gaduh tau!

Chill~~ ^_^

p/s: teringat kat cincin pemberian seseorang.. :)

Monday, May 2, 2011

Ujian itu perlu


Bukan la manusia kalau hidup tak dilanda ombak musibah, bukan la manusia kalau hidup tak ada masalah. Sesuai dengan musim peperiksaan bagi pelajar UTM (memandangkan pelajar U lain dah boleh balik dengan senang hati~), bukan sekadar ujian di atas kertas, malah menguji mental dan rohani kita.

Teringat pada firman Allah dalam surah A-Baqarah ayat 214 yang bermaksud
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya,"Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."


Manusia itu tidak dapat lari sebarang ujian. Sebagai seorang muslimah, dapat merasai begitu banyak ujian yang diharungi untuk semester kali ini berbanding semester yang lepas. Sakit yang sampai kini masih lagi dapat dirasai, masa yang tidak pernah dirasakan cukup untuk melakukan segala-galanya, masalah yang tidak pernah dirasakan akan selesai, pergolakan hubungan dengan teman-teman seperjuangan. Itu semua adalah ujian. Yang pasti apa yang menimpa kita itu adalah ujian daripada Allah s.w.t kepada hambaNya yang dikasihi lagi disayangi. Buat hambaNya yang sabar menempuh ujianNya, Allah menjanjikan berita gembira, pahala dan jalan keluar. 

Disebut juga dalam surah Al-Ankabuut ayat 2-3:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

Kesemua hambaNya yang beriman tetap akan diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan. Apatah lagi bagi hambaNya ini yang imannya lebih nipis dari kulit bawang. Tabahkan dan terus sabar dalam menghadap ujianNya. 

Kerana disebut dalam firmanNya dalam surah Ali-Imran, ayat 146, yang membawa maksud:

"Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut(nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar."

Jadikanlah ujian dan dugaan itu sebagai satu langkah permulaan, titik-tolak dalam terus memperbaiki diri dan melakukan anjakan paradigma. Sesungguhnya kita mampu menempuh ujianNya dan Allah Maha Mengetahui kemampuan hambaNya.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa dan berkata) " Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan berilah Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap orang-orang kafir."

Wallahualam...

Sunday, May 1, 2011

DIY: When is my birthday!!

Ini bukan entry untuk promote aku punya tarikh lahir k!

Juz wanna join bloglist nur dhiya aida, a cute blogger. :)
Tahu pasal ni pun masa singgah blog uzairkate: 


Date of Birth: 27 December 1990

hmm...blog dhiya simple. kinda like it! segmen yang ringkas,
bloglist based on blogger's birthday.
that's it! kepada sesiapa yang teringin atau apa pun,
sila-silalah klik banner di atas. :)

p/s: Selamat Hari Pekerja.. :)

New header,new environment..

Minggu ni memang susah nak update entry bila banyak sangat masa dihabiskan untuk 3 subjek kritikal yang berturut-turut hujung minggu nanti. By da way, thank you very much to miss IQ for a such a nice header. I know it's not a piece of chocolate to make up with this header. Arigato gozaimasu! Suki yo! Anata wa totemo yasashii desu. (Translation: Thank you very much! Really like it! You're so kind.)

nampak macam blues tak? hee...

Jom jenguk tuan punya blog yang menghasilkan header kat atas tuh. 

Miss IQ. Still single but not available. :p
Klik je kat header tuh untuk terus ke blognye ea. Promote blog die ni...heee~~
Sampai cni je. Masa untuk Numerical Method. See ya~~

p/s: Terima kasih kepada yang bagi tips tuk paper akan datang.. :)

Apesal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...