Thursday, May 12, 2011

Cukup la sekali....


Hari ini, menghabiskan masa kat rumah.. Bangun pagi je, dah kena mop lantai. Tak pasal-pasal je sebab salur paip mesin basuh tiba-tiba je terbuka, air sabun pun melimpah keluar. Memang penat la nak mengemop dan mengelap lantai. Mujur air sabun. Kalau air ikan dalam akuarium tuh yang melimpah, memang aku mengalah la. Tak terdaya nak mop berkali-kali.

Ok. Kembali ke tajuk entri aku tuh. Ada seorang mamat ni, dak fakulti aku, 1 negeri dengan aku, cuma tak 1 kos je la. Dan tahun ni, dia ada latihan industri (LI). Yang menjadi satu isu di sini, dia ni memang tak ingat atau saja buat-buat tak ingat yang aku ni masih lagi berada di tahun 2. Hmm~~~

Sebelum-sebelum ni dia ada tanya aku pasal test pc. Memang waktu tuh aku rasa nak hentak kepala dia kat dinding. Mujur aku baik lagi.....*baik ke? :p

Sekali lagi, hari ini, tanpa ragu-ragu dia boleh lak tanya "dah balik ker? Ko LI kat ane?"
Sila teka apa perasaan gua...

p/s: LI tahun depan. sem 2 tahun 3..



Apesal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...