Monday, May 30, 2011

Kena cabut gigi

Seperti biasa, emak dan abah sabar menunggu giliran untuk aku di klinik pakar bedah mulut di hospital Melaka. Macam biasa gak, memang ramai yang tunggu giliran. Bukan klinik ni je, kat klinik lain pun sama. Sampai kat klinik pukul 9. Tunggu punya tunggu, pukul 10 lebih baru nama dipanggil. Pukul 11 baru doktor cek. Boleh pulak dia tanya kenapa gigi depan hilang. Dah tentu kena cabut. Takkan tikus curi buat koleksi. Haish~~

Pukul 11.15 camtu, pegi amik x-ray gigi. Tu pun kena tunggu giliran gak. 11.30, dapat x-ray dan terus ke klinik gigi balik. Nasib baik tak kena tunggu lagi. Cek punya cek, doktor pun kata "Adik, nanti kita cabut 2 gigi bongsu adik kat bahagian bawah kanan dan kiri. Gigi tu terbenam. Tak boleh tumbuh. Kena buat pembedahan. Potong sikit gusi. Kena bius tidur. Gigi atas pun kena cabut sebab nanti kena gusi bawah." 

Muka takde perasaan, tapi dalam hati, "3 gigi nak kena cabut! Rongak la aku!!!". Pukul 12.15 baru la selesai mendengar bebelan 2 orang doktor dan seorang nurse. Nampaknya dalam 2 bulan, kena tunggu panggilan untuk buat pembedahan kecil. Bakal pakai gigi palsu la gamaknya. Hmmm.....

p/s: Takde la pulak doktor tuh suruh pakai pendakap gigi.. hmm...

4 reader's comment(s):

nik lan nik mat said... [Reply to comment]

ooo..da bc da dulu entri ni..lupa..da buat surgery lom?

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@nik lan nik mat
blm lagi..kne tggu hospital call dlu..

NHd said... [Reply to comment]

dah bedah ke? huhu,sy pon kes mcm awk gak! huhu,aritu jmpa doktor dia tny nk bedah or x,ckp x sbb xberani lg.huhu..

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@NHd
belum cabut lagi. tetiba ada gigi baru tumbuh. i guess,lepas ni,kena cabut 4 batang gigi. huhu

Apesal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...