Saturday, September 17, 2011

Jangan hanya bersabar,bersyukurlah!

Gua memberanikan diri gua pos entri sebegini. Dah lama gua peram entri ni sebagai draf. Gua tak kisah apa yang korang bakal fikir pasal gua.

Sebulan yang lepas, gua menerima ujian jiwa dari Allah. Sampai sekarang, gua masih lagi dalam proses mencari kesabaran dan keredhaan di sebalik ujian tersebut.

Gua pernah menyimpan perasaan cinta dan sayang terhadap seseorang. Sampai saat ini, gua masih lagi simpan perasaan tu walaupun ramai yang menasihati supaya lupakan si dia. Dulu, si dia antara orang yang amat sayangkan gua selain mak abah gua. Sampai satu saat, dia makan hati dengan gua. Perasaan sayang dalam hatinya semakin pudar sehingga dia bertindak lepaskan gua. Gua rasa apa yang teman-teman gua rasa dulu. Rasa sakit bukan? Dada terasa sangat sempit, air mata macam tak boleh berhenti mengalir. Lebih-lebih lagi gua yang memang kuat menangis.



"Missing someone you once had, is like removing a ring that you've worn for very long time. It feels like it's still there,but it's NOT!"


Gua masih rasa macam tuh sampai sekarang. Dalam sakit-sakit jiwa, kadang-kadang gua ada rasa nak gelakkan diri sendiri. Dulu, beria-ia sangat nak ingat dia, sekarang beria-ia sangat nak lupakan dia. Gua tak nafikan yang gua pernah harap gua tak punya hati dan perasaan. Gua tak nak sakit macam ni. Bukan hati dan jiwa je yang sakit, jasad pun merana.


"A heartbreak is a blessing from God. It's just his way of letting you realized he saved you from the wrong one."


"Allah dah simpan lelaki yang terbaik untuk kau. Sabar!" 

Gua tak pernah rasa yang gua cukup baik untuk sesiapa. Gua sendiri yang sakitkan hati si dia. Pada mulanya, si dia yang minta maaf atas apa yang berlaku. Padah ikut perasaan, gua berdendam dan gua janji yang gua takkan maafkan dia sampai bila-bila. Sekarang, gua sendiri yang tak boleh maafkan diri gua. Kenapa? He put my blame on him. Dalam situasi ni, siapa yang salah sebenarnya, dia atau gua?

Ada yang pernah baca entri gua yang bertajuk Man Shabara Zhafira! dan Tanda-tanda takut kepada Allah? Kedua-dua entri sebenarnya hasil muhasabah diri yang tak berapa menjadi. Kenapa? Sehingga kini, gua masih rasa gua belum lagi menjadi apa yang gua inginkan seperti dalam entri-entri berkenaan.

"Don't trust too much, don't love too much, and don't hope so much. Because that too much can hurt you so much."

Seriously, that too much freaking hurt you. Gua akui. Sampai gua rasa gua tak ada apa-apa perasaan pun. Gua rasa gua macam hampeh. Rasa teruk sangat.


"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal dia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal dia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." [Surah Al-Baqarah, ayat 216] 


Tak selamanya apa yang gua suka itu baik untuk gua dan apa yang gua benci selama ni, buruk buat gua. Gua akui kebahagiaan yang gua kecapi sebelum ni, mungkin hanya mendatangkan keburukan buat gua, bukan kebaikan yang gua selama ini harapkan. Gua tak tahu apa yang Allah tahu. Allah Maha Mengetahui.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri." [Surah al-Hadid, ayat 22-23]

Biarpun matahari tidak lagi mencurahkan sinarnya untuk bumi, tak bermakna akan terus berada dalam kegelapan. Biarpun pelangi tak menjelma lagi selepas hujan, bumi tetap meraikan kehadiran hujan. Matahari cuma satu, pelangi cuma satu. Akan kucari bintang yang lebih indah dari matahari yang bakal mengindahkan malam.

Tak guna bersedih untuk perkara yang lepas. Allah menetapkan segala sesuatu, bukan untuk gua sahaja, malah kita semua antara lainnya supaya kita tak terlalu bersedih atas apa-apa kehilangan dari diri kita. Lagi gua sedih, lagi tertekan gua nanti. Segalanya berasal dari Allah dan akan kembali kepadaNya. Don't worry. Allah is saving someone special for you.

"Ubudiyah kepada Allah dalam qada musibah ialah sabar menghadapinya kemudian redha menerimanya. Redha menerima musibah lebih tinggi kedudukannya daripada sabar. Kemudian mensyukuri musibah itu. Ini lebih tinggi daripada redha. Perasaan ini muncul kerana ada rasa cinta kepada Allah yang tumbuh di dalam hatinya, mengetahui pilihan terbaik buat dirinya, kasih sayang Allah dan kebaikannya dengan menimpakan musibah,sekalipun mungkin dia tidak menyukai musibah itu." - Ibnu Qayyim Al-Jauziyah

Buat apa mengeluh di sebalik semua musibah sedangkan Allah telah sediakan kemudahan di sebalik kesusahan.

Bukan untuk menunjuk-nunjuk apatah lagi berbangga kerana pernah memiliki hati seorang, tetapi untuk berkongsi apa yang gua alami dan ambil pengajaran dari pengalaman gua. Jangan jadi macam gua.

Rujukan : Bila Allah menduga kita - Syed Alwi Al-Attas

p/s: Komen la apa yang korang nak komen. Gua tak kisah.

38 reader's comment(s):

Cik Pulau said... [Reply to comment]

cik pulau pernah merasa..
yang penting.. kita kena ingat..
setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya..^^,

Firdaus Kasim said... [Reply to comment]

tahniah anyss.. sy suka header tu.. cantik

Cik Sara said... [Reply to comment]

Betul tu dik.. Akak pun pernah alami semua itu.. Sabar dan yakin dengan janji ALLAH..=D

ice cream said... [Reply to comment]

setiap kejadian pasti ada hikmahnya..bersabar ok??klu ada jodoh xkan kemana

Firdaus Life said... [Reply to comment]

apa pun bawak bersabar dan semoga tabah menghadapi semua ni..

Rean said... [Reply to comment]

hadapi dgn senyum dan sentiasa berdoa :)

Shafiq Izwan said... [Reply to comment]

sabar ye..

kotak bulat said... [Reply to comment]

no komen.. :)

nik lan nik mat said... [Reply to comment]

semua org akan soh kita sabar..
semua org akan akan cakap ade hikmah disebaliknya..
dan macam2 lg ayat2 yg biasa kita dgr..

tp..ntah la..bila da kene kat dr sendiri br kita faham..ayat2 tu mcm x bermakna je

Anonymous said... [Reply to comment]

chemay pon penah berada dalam situasi nie.
lama untuk lupa kan si dia.
tapi alhamdulillah chemay boleh lupakan.
:)

annyss try jugak oke?
jangan selalu engat dia
:)

Sofia Mazlan said... [Reply to comment]

Sedihnya baca :(


biasalah awal2 mmg susah nak terima. it's darn hurt. no worries, time will heal. Allah's love also will do. InshaAllah.


I may not a good person to advise u dear. banyak2 kn sabar. masa ni lah kita byk luangkn masa nak brdoa, bertaubat, minta ptolongan Allah, every single thing we rely on, redha n pasrah pada Allah.


semoga Anyyss dipertemukan dengan seseorang yg baik. InshaAllah.


May Allah have mercy on us. Amin :)

Unknown said... [Reply to comment]

y pntg kne kuat huhu..
ak ska quote nih..
Don't trust too much, don't love too much, and don't hope so much. Because that too much can hurt you so much

Shew Sharif said... [Reply to comment]

talk to ur bestest fren. sing like you never sang. dance like there's no ground. sometimes being patient and do nothing will lead you nowhere. do something, move on, bebeh. (:

- said... [Reply to comment]

anyyss ,

aku speechless dgn entry ni .tapi kan, jgn dendam sbb org tu dulu penah hadir dlm hidup kau, penah membahagiakan kau :) .

aku tak tau nak ckp ape sebenarnya, hee . tapi ade ayat sikit nk kongsi kat entry aku dlm bulan ni , hee

''Kalau kita sukakan seseorang,jangan beritahu si dia.Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanyaTapi luahkan pada Allah,beritahulah Allah.Allah Maha Mengetahui siapa jodoh kita ..Amin''

''Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR, apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT, apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA, apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD dan apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHUK''


''Ya Allah,bilakah saatnya aku dipertemukan dengan pemilik tulang rusukku? Pasti aku tunggu saat indah itu Ya Khaliq.Titipkan salamku padanya walau di mana pun dia berada. Pertemukan kami dalam keadaan mulia penuh rahmat-Mu.~''

ehh, ayat tu mcm merepek je . heee.sebenarnya aku tak tau nak komen ape .. yg penting lembutkan hati memasing dan cubelah untuk berkawan . mungkin korg lebih sesuai berkawan :))

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@cik pulau
thanks for that advice. :)

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@Cik Sara
yup. Allah tak mungkir janji. :)

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@ice cream
absolutely..lagipun,usia masih belum jejak 21. :)

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@Freaky
sabar2..

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@iMBobo
doa itu satu kemestian buat seorang hamba yang lemah. :)

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@ShafiqIzwan
always..until now.

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@kotak bulat
gua pun no komen! :)

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@nik lan nik mat
betul2!! seriously,i felt the same. dah kena diri sendiri,mmg ayat2 tersebut takde makna even ckp dgn diri sendiri,suruh bersabar,mcm takde hasil je.

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@chemay
masih dalam cubaan but the problem is,dia coursemate anis.
kelas sama,program yg sama..haish

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@Sofia Mazlan
really damn hurt.sometimes feel bad for ourselves.
Alhamdulillah. Thanks to Allah.
I'm getting better.
Thanks dude!

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@sleeping_maniac90
kuat2! sampai mkn biskut tiger,nak jadi kuat. XD
thanks!

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@Syahirah
already done it.
rasa macam orang sakit jiwa pun ada..
i'm getting better.
thanks babe!

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@shalina
tak nafikan yang sebelum ni,memang berdendam. but, it's a waste of time because u let that person live in your mind for free. At last,try to forgive him.He deserves forgiveness.At the same time, ur heart will get some peace.

Thanks. rasa macam pernah baca sebelum ni.

We tried to be friends,walaupun aku rasa kekok. :)

Gary Asip said... [Reply to comment]

kekadang benda ni jadi, memang kena sabar.. tapi betul, tak ramai yang bersyukur... hhmmm... ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.. =)

Run Away said... [Reply to comment]

sabar jew k...mesti ada sesuatu yg tersembunyi...yg kita belum tahu...;d

M Fizan said... [Reply to comment]

welll..tajuk yang sangat berat.. tapi huraian mantap.. :)

saya penah rasa dulu.. sakit yang teramat merindui orang yang pernah kita miliki... semuanya salah saya jugak..

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@GaRy™
there's always a silver lining behind the dark cloud. :)

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@Run Away
maybe..Hanya Allah yang tahu. :)

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@M Fizan
mantap ke? ahaha...
hmm...not much i can say..
lagi cite,lagi kenangkan, lagi sakit jadinya..haish

K said... [Reply to comment]

pernah merasakan jugak.

sebab pernah buat. what goes around comes around

Firdaus Life said... [Reply to comment]

well said : "Don't trust too much, don't love too much, and don't hope so much. Because that too much can hurt you so much."

Afiqa Dayana said... [Reply to comment]

banyakkan berdoa k ?
tabahkan hati :)

Unknown said... [Reply to comment]

sabar sabar....tunggu la jodoh tak sampai lagi tu.....

Anonymous said... [Reply to comment]

be strong my dear.setiap dugaan untuk menjadikan kite lebih baik dan kesakitan untuk menggurkan dosa dosa kita.

Apesal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...