Sunday, December 18, 2011

Tolak seribu untuk seorang!






Andai kata situasi di bawah berlaku:


Mak lelaki:
Dah bincang nak duit hantaran berapa?

Mak perempuan:
Alhamdulillah. Pagi tadi baru dapat kata putus. Memandangkan anak perempuan kami berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia kelas pertama, kami mintak RM 8k untuk duit hantaran. Itu minimum.

Mak lelaki:
Elok sangat la tuh. Kalau puan mintak kurang, nanti orang mengata tak setanding dengan kelulusan anak lak kan. Pasal duit hantaran tuh, anak lelaki kami akan uruskan.

Mak perempuan:
Alhamdulillah kalau begitu. Ada jugak yang bantah. Kata macam mak nak jual anak la. Macam-macam lagi la. Syukur urusan kita dipermudahkan.

Tiba-tiba, bakal pengantin lelaki mencelah.

Lelaki:
Saya minta maaf sebab tiba-tiba mencelah ni. Saya ada satu permintaan.

Mak lelaki:
Mak tak ajar pun ko camni. (nada berbisik. sekali-sekala senyum kepada pihak perempuan.)

Mak perempuan:
Takpe-takpe. Sila-sila.

Lelaki:
Hmmm...macam mana saya nak mulakan ea? Hmmm....bismillahirrahmanirrahim. Macam ni. Memandangkan saya tak tau saya ni lelaki ke berapa yang menduduki carta hati anak mak cik, saya ingat saya nak tau anak mak cik ni dah kapel berapa kali, bercinta berapa kali. Kalau dia tak pernah bercinta dengan sesiapa sebelum ni, alhamdulillah. Saya dengan rela hati, sanggup tambah nilai duit hantaran tuh. Kalau anak mak cik pernah bercinta dengan dua orang sebelum saya, saya ingat nak kurangkan duit hantaran. Seorang seribu. Maknanya duit hantaran yang semua dah setuju tuh, dari 8k turun jadi 6k. Deal?

Mak lelaki:
Hmmmm??????

Mak perempuan:
Hah?????????




Korang rasa camne? Kalau gua, gua taubat tak nak kapel or bercinta dengan sesiapa lagi lepas ni melainkan lelaki yang benar-benar akan nikahi gua. Btw, ada ke lelaki camtu?

*bercinta dengan kapel itu satu perkara yang berbeza. Kenapa? Cari mereka yang lebih pakar untuk merungkai persoalan ini. :)

*fikir berkali-kali sebelum serahkan hati kepada yang betul-betul berhak.

p/s: Walaupun gua student chemical engineering, gua tak pernah dapat first class pun. Harap UTM je la first class. -__-'

46 reader's comment(s):

bact. said... [Reply to comment]

lu kalo tak cukup nerd, spek tak cukup tebal
jgn harap la nk dapat 1st class dalam enginering neh.

mimpi jela!!!

Unknown said... [Reply to comment]

aik..button post comment pun invisible..xnmpak dahh..

nerd, spek tebal xsemestinya 1st class engineering..yg biasa2 pun ada dean list jugak..engineering..


bukan menghafal,..tetapi memahami problem..kita pun engineering gak..nampk skema..baik2..je..tapi pointer kita xlah macm gempak2..bawh 3 ..alhamdulilah..
asalkan soft skill tu ada juga..

amrlaqm said... [Reply to comment]

kalau sblum nie pompuan tu dh kapel dgn 8 lelaki macam mana?
kira free lah ye?
hahaha :P

Cik Sara said... [Reply to comment]

Hahaha..ada ek cenggitu?? Sabau jelah ..=D

Opps...
Dalam dunia ni, macam-macam ada dik.. Sebab pernah berlakulah, akak story dalam blog.. Sebab hal itu je, persahabatan jadi renggang...(-o,-)

nik lan nik mat said... [Reply to comment]

mantop2!

iela_fadila alias said... [Reply to comment]

erk. ternganga jap.
-_-" yalah,ada ka llki cmtu? if ada,nak lah. klu dia brni kata cmtu,msti dia xpng kple,hhhhiihi.
kita pmpn pun boley x cakap klu dia pnh cple,stiap seorang kna tmbah 10ribu,hihik*joking*

Izyan Balqis said... [Reply to comment]

pfffttt~~ xstuju!

bact. said... [Reply to comment]

Lu cakap macam tahik la IJA.
lu paham ke apa nama 1st class?

1st class tu 3.5 and above?
kalo lu setakat bwh 3. apa beza dgn gua?

manusia putih said... [Reply to comment]

cool lah lelaki ue...

kim heeruul said... [Reply to comment]

bg gua,lelaki tu mcm nak uji samada pihak perempuan mata duitan or tak.

Unknown said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
Zehan Ilyana said... [Reply to comment]

hehehe..
nasib baik saya tak pernah couple..:)))

mimieux said... [Reply to comment]

ahahha..ganas nihhh....seorang tolak 1k...kalau macam to0 kena letak puluh2 ribu la..senang nk tolak nanty..ahha

J.Syazwana said... [Reply to comment]

hahaha. kelakar lah entry ni.
kalau ceni kesian lah sape yg dah kapel banyak kali. keh keh keh.

teha said... [Reply to comment]

aku nak kapel lps kawen :) hehe

@ Syima Raaif @ said... [Reply to comment]

haha yes..makan dalam kpd yg terasa =)

iAmCekbolat said... [Reply to comment]

wow ! mmg btui !! yeahh.. setuju !!!!

Anonymous said... [Reply to comment]

bercinta dan berkapel?
kapel : status
cinta : perasaan
(^^,)

Anonymous said... [Reply to comment]

errrrr.
habislah duet hantaranh kalau jumpe laki macam nieee
T____T

Anonymous said... [Reply to comment]

nice man..ssh nak jumpa laki cmni..hahaha...

aamalinaazman said... [Reply to comment]

pehhh
kalo ade laki cm ni
mentakotkan je
huhuhuhuhu

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@bact.
bact,soft skills lebih penting kot even dapat second upper class honour.
first class dpt tolong ko amik Ph.D tanpa amik master jek.

*pointer gua lebih 3. :)

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@ijA
yeah2! betul jugak.
tapi kebanyakkannya yg dpt first class honour sumenya spek tebal. diorg punya soft skills pun mantap!

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@Aqiim
haha! takde free2. terus tak jadi kahwin! XD

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@Cik Sara
tak tau la ada ke tak. sebenarnya refleks pada diri sendiri. hati bukan sebarangan organ or somewhat yang boleh bagi kat sesiapa je yg kita nak. beri kepada yg betul2 berhak. :)

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@nik lan nik mat
kan? XD

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@iela_fadila alias
haha! terus lelaki tu mintak putus.
tak payah kahwin! XD

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@IQ = Iez Qis
me 2! X)

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@bact.
1st class kat fakulti aku 3.75 ke atas.

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@mazni md said
cool? ahaha! gua rasa dia bajet dia hot! pfffttt

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@kim heeruul
iye ke? mungkin ya,mungkin tak.

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@Teenager Housemaid
Alhamdulillah.
Berita baik tuh! :)

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@mimieux
dah macam nak jual anak la camtu! XD

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@J.Syazwana
kesian kan? kapel lepas kawin sudah. XD

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@teha
Bagusnya awak ni! :)

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@@ Syima Raaif @
even pemilik blog ni. :)

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@CekbOlat-bOlat
setuju yang mana 1 nih?

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@cik Kartun
err....mungkin betul.
cuma tak berapa tepat

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@chemay
persoalan yang bermain di fikiran.
ada ke lelaki camni? hmmm,......

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@soooooour
sort of. tak pernah jumpa lagi. =__=

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@aimie amalina
haha! betul! seram pun ada!

.::Nuruljannah::. said... [Reply to comment]

ermm... kalu camtu, kantoi la ng perangai pompuan tu... xpasai2 sume org tw dia kapel bnyak mana... kan3.

Obat Pembesar said... [Reply to comment]

nice post, thanks

cikji said... [Reply to comment]

yerrrrr sangat setuju!

Aura Besi said... [Reply to comment]

Bunyi sinis ^^

Cinta itu fitrah. Pengurusan cinta yang salah yang jadikan cinta itu fitnah.-Respon nak kodem budak2 skrg yang mengisi masa yang tak byk untuk study tu dgn couple.

"Nak mencari perempuan solehah abad ini ibarat mencari gagak putih"- ayat awal novel mana ntah.Respon kepentingan menjadi wanita solehah di kurun ini. Boleh demand lebih. x gitu??

"Keaiban itu bukan untuk diheboh2kan. Sekiranya seseorang muslim menutup aib muslim yang lain, walaupun dirinya sendiri, maka Allah akan menutup aib kita diakhirat kelak"-respon kpd lelaki tu yang tanya berapa kali couple.

bagusla, dah pandai guna meta cognitive skills. Reflection diri tahap tinggi. -Bagus untuk menjadi muslimah yang solehah dan meraih syurga Allah.

dari;
Senior yang sayang kamu fillah.
TA kelas IE ^^


P/S: i like this entry. kasi sentap sikit~woha!!

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@Aura Besi
terima kasih kak fazira. :)
saya sendiri sebenarnya terasa dengan entry ni.

Apesal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...