Friday, June 10, 2011

Temuduga terbuka



KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli syurga dari awal
B. Ahli neraka dari awal
C. Ahli neraka sementara kemudian akan dilantik jadi ahli syurga. 


EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur. 
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat. 
4. Syurga yang kekal abadi. 

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.


LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).


KELAYAKAN: 
Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil kokurikulum ataupun sijil saham.
Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit. 
Sila bawa dokumen asal iaitu Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.  


PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir. 


ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa saudara anda? 


CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu untuk dijemput oleh yang berkaliber dan terpilih. Akan menjemput anda pada bila-bila masa sahaja (mungkin sekejap lagi), tanpa anda duga. Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. 

Ia diberi nama Izrail. 

Sila uar-uarkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.  

Wallahualam. Semoga berjaya dalam temuduga ini. 

Sama-samalah kita saling mengingati bersama...



p/s: Mak saudara aku meninggal dunia akibat kanser malam semalam. Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan rohnya ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang soleh.. Al-Fatihah.. 

12 reader's comment(s):

kotak bulat said... [Reply to comment]

al-fatihah..
semoga arwah ditempatkan di golongan yg beriman,..

ainur said... [Reply to comment]

i'm sorry bout ur mak saudara. may she rest in peace.

nik lan nik mat said... [Reply to comment]

gerun2...

anywy..takziah..lan turut simpati

M Fizan said... [Reply to comment]

salam takziah..al-fatihah..gerunnya temuduga nie..cukup dah ke amalam saya?? v_v

iela_fadila alias said... [Reply to comment]

semoga akan mendapat hidayahNya dan dapat jwatan A

btw,takziah jugakk..

emieysandra said... [Reply to comment]

risau klu xlulus tmuduga ni, ermm..mmg ptut risau pun =.='

takziah buat awk sekeluarga^^

Luqeem™ said... [Reply to comment]

alfatihah kepadanya.

kta sbgai mnusia, kna sntiasa peka dgn tmuduga ni. tiap2 hri akn ada. kta je kna slalu ambil perhatian.

Amirul Faiz said... [Reply to comment]

gmbr bwk jenazah 2 scary laa..tkutnye mati...

Budak Botak said... [Reply to comment]

Semua orang akan mati, semoga dimatikan dalam iman...

Entry terbaru -> Ini Jadinya Kalau Tak Belajar Jawi... (",)

Firdaus Kasim said... [Reply to comment]

aminnnnnn

HALIM said... [Reply to comment]

takziah buat Anyyss dan keluarga...

CECOMEL said... [Reply to comment]

Salam Takziah. Dan terima kasih atas perkongsian ilmu.

Apesal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...