"Alhamdulillah..kalau tak dapat, aku kacau ko tiap-tiap malam? Nak?"
"Ish..taknak la aku..pindah la."
Gua cuti hari ni. Bos gua baik hati hari ni. Banyak untung la tuh. Kawan serumah gua pindah rumah baru. Katanya nak berdikari. Tak nak macam dulu-dulu. Beliau nak makan, beliau suruh gua masak. Beliau nak baju bersih lagi harum, gua yang basuhkan. Beliau nak berdengkur sampai subuh, gua yang temankan. Hidup beliau tak sempurna la tanpa gua. Beliau yang kata!
Pada mulanya, gua tak paksa pun beliau pindah. Gua tak kisah pun sebab selama ni pun barang-barang dalam rumah tuh semuanya pakai wang dollar beliau. Bila beliau kata je nak pindah, pilu hati gua. Pembaringan gua beliau yang belikan, beliau yang hiaskan. Susah la gua nak dapat mimpi-mimpi indah lepas ni.
Mujur beliau kata beliau nak beli yang lagi lawa untuk rumah baru beliau. Tak sempat nak kelipkan mata, gua rela beliau tinggalkan rumah gua.
Disebabkan beliau teman serumah gua, gua tolong keluarkan barang, susun atur barang kat rumah baru beliau. Beliau gembira. Gua pun pereka hias dalaman, cuma gua tak teringin nak jadi macam Eric Leong. Gua nak privasi. Gua hias kasi cantik ruang tamu rumah beliau, sehinggalah gua rasa gua tak larat nak balik rumah gua.
Gua pun ambik kesempatan lelapkan mata kat rumah baru beliau. Dapat gak merasa rumah baru. Badan penat-penat, memang sedap belayar malam ni. Gua pun lelapkan mata.
"Psstt............."
"Abaikan..tidur2!!"
Setengah jam kemudian.......
"Pssttt.........."
"Aish...bunyi apa pulak malam-malam ni?"
Selepas satu jam berlalu.....
"Pssstttt........"
"Aish...tak boleh caya rumah baru ni!"
Gua rasa malam tu, gua tidur-tidur ayam. Gua ingat bila badan penat, gua boleh tidur. Bunyi asing terus-menerus mengganggu tidur gua. Gua tak rasa ada manusia nak pecah masuk rumah ni. Takkan la nak masuk rumah orang, boleh main pssttt... Nak masuk, bagi salam la..Beliau masih lagi hanyut dengan mimpi-mimpi indah. Pelik.
"Boleh pulak dia tidur waktu-waktu kritikal macam ni."
Gua lemas dalam kegelapan malam. Gua menggigil kepanasan bawah selimut. Gua tak tahan. Gua selubung dengan selimut pun gua masih dengar bunyi-bunyi asing.
Semalaman gua tak tidur. Terbit fajar, gua mula rasa lega.
"Lena tak tidur kat rumah aku?"
"Lena apanya. Ko tengok muka aku ni. Boleh gantikan panda tak?"
"Mana boleh. Panda lagi comel dari ko. Apasal?"
"Malam tadi aku asyik dengar psssttt.....Konsisten lak tuh. Cukup setengah jam, ada bunyi."
"Rumah ko ni ada something ke? Aku tak nak datang sini lagi."
"Pssttt??"
"A'ah..bunyi tu la.."
"Psssttttt........."
"Dah siang pun ada bunyi lagi??Tak boleh jadi ni."
"Cuba ko tengok atas tuh!"
Gua tak perasan rumah beliau ada pasang Airwick automatik. Gua nak pasang satu la nanti.
p/s: Baru je tadi ada bunyi "pssttt....."
28 reader's comment(s):
hahaha.
airwick punye bunyi rupenye.
:P
naseb bek pssstttt, kalo proottt mcm mane? parah jgk tu
hahah...terbaik...ingt kan antu td.. :P
He3, x bau wangi ka?
Entry terbaru -> Veschopper Motorsikal Keluaran Terbaru Kat Dunia... (",)
cet, ingatkan ada makhluk alien lar td. xpun mmpi ke. itu pewangi bilik rupanya. shiato. Hahaha. This Pssssttttt........, thumbs up lar..!!
haha , wngi ? :P
urmm~ wangi.. hehe
ingtkn rumah baru tu ada penunggu ke apa ke..
buat saspen je..
hahahha
lawa header..ehehe nice blog
kuikuikui. la air freshener? sia-sia je hilang nikmat tidur 1 malam. haha ;)
Teka-teki Dari Cikgu
alamak....itu airwick memang bikin panas lar..saja buat orang takut..hihi
cehh
airwick rupaaanyaa
ahahahaah
@sergeant keroro
hehe...
@nik lan nik mat
pencemaran bau la nampaknya..
@kotak bulat
hantu dan alien takde kaitan dengan cerita ini.. :)
@Budak Botak
kalut sangat sampai hidung tersumbat..haha
@Mr.Thinker@Ali
thanks bro!
@nawal addina
tak cukup wangi... :p
@Firdaus Kasim
aik? mana tau ni?
@bact.
tuan rumah dah halau penunggu..
haha..anda terkena!!
@HARITH ISKANDAR
trimas!!
@Miss Y and Her World
kalau tau,dah tidur sampai pagi dah...haha
@M Fizan
Airwick tuh menghidupkan malam yang sunyi tau.. haha
@greeny
sampai penat baca...anda terkena!!
@zazaw
hehe.. :)
@kotak bulat
trimas KB!!
huwahahhaaaaaa GEMPAK!!!!! lawak lak aku bace!! hehehee best entry!!
@sengat
haha..trimas!!
Post a Comment