Monday, June 13, 2011

Gua kipas Hazama.


2 minggu cuti. Gua tak sangka cuti mematangkan gua. Dulu gua ingat SPM tu takat pekse cikai-cikai je. Kakak gua yang cakap la. Mak gua suruh gua pergi menimba ilmu dengan anak jiran sebelah rumah. Spek tebal, pelajar terbaik sekolah. Gua tak kenan. Dia lelaki. Kalau perempuan, comel la walaupun spek tebal. Sape kata budak perempuan skema tak comel. Abang gua pesan tak payah belajar kuat-kuat. Tumpukan sepenuh perhatian dalam kelas dah cukup. Gua sahut cabaran tu. Gua nak SPM gua gempak, lebih sikit dari kakak gua. Yang penting lebih dari dia. 

Gua siapkan diri, pegi sekolah. Member-member gua pesan, hari ni mesti cikgu Sarip jaga kat depan pintu pagar sekolah. Lantak apa. Gua dah berubah. Dulu-dulu je gua tackle anak dara dia. Sekarang, anak dara dia pun gua tak tau ke mana. Member-member gua berbulu. 

"Lekk luuuuuu...Wak luuu......"

"Gila apa ko ni nak pegi sekolah macam ni?"

"Apa hal? Tak puas hati cakap depan la."

"Ah sudah!!"

Gua pegi dulu. Cikgu Sarip nampak gua. Gua bagi salam. Dahi cikgu Sarip berkerut. 

"Jangan buat macam tu cikgu. Nanti makin tua."

"Kamu ni nak pergi mana?"

"Pergi sekolah,cikgu. Takkan la nak pergi clubbing camni."

Cikgu Sarip terus-menerus mengeluarkan perkataan yang sepatah haram gua tak faham. Dia guna kod rahsia pengawas kot. Gua pergi masuk kelas. Gua eksaited nak belajar dengan cikgu Ayu. Setanding dengan namanya, gua harap subjek kimia pun ayu macam dia. 

"Nak ke mana tu? Tunggu kat sini!!"

"Saya nak masuk kelas. Saya dah tak jumpa anak cikgu lagi!!" 

Gua jawab. Cikgu Sarip kejar gua. Gua lari. Siapa suruh dia kejar gua. Gua lompat atas meja. Cikgu Sarip pun lompat. Gua terjun dari tangga. Cikgu pun terjun jugak. 

"Apsal cikgu ni? Ni bukan scene KL Gengster!! Saya tak buat onar kat sekolah ni!!"

"Kamu tak ikut peraturan sekolah!!"

Gua lari laju-laju. Cikgu Sarip dah macam lembu naik minyak. Gua tackle anak dara dia, dia marah. Gua nak masuk kelas, nak belajar, dia marah jugak. Apsal die ni? 

Gua berhenti. Bayang-bayang cikgu Sarip dah takde lagi. 

"Ishhh....Buang masa betul. Gua baru nak layan subjek kimia, cikgu Sarip pulak macam ni."

"Masuk kelas la camni. Subjek cikgu Zaki lepas ni. Gua masuk lambat kang, dia attack gua pulak."

Tangan gua direntap. Cikgu Sarip kat depan mata gua. Gua buat-buat cool, semua awek tengah pandang ni. 

"Kenapa kamu lari?"

"Dah cikgu kejar saya, saya lari la."

"A'ah. Lupa la pulak. Dah! Ikut cikgu!"

"Nak pergi mana ni cikgu? Saya baru nak masuk kelas."

"Pergi kedai gunting. Rambut tak ikut spesifikasi yang ditetapkan."

Gua lupa rambut gua macam rambut Hazama. Gua pun tengok AF, fan Hazama.

Gua suka rambut dia.

p/s: Tuan punya blog takde kaitan dengan cerita ni..

32 reader's comment(s):

nik lan nik mat said... [Reply to comment]

hampeh...gua igt cite lu...hahaha

honey amour said... [Reply to comment]

hi dear..salam kenal ..nice blog..oredy follou u :)))

M Fizan said... [Reply to comment]

hahah..semenjak hazama masuk AF balik, ramai yg jadi kipas-susah-mati rambut dia tu

Sofia Mazlan said... [Reply to comment]

teringat rmbut ku. tskk ;(

Anonymous said... [Reply to comment]

Damn, x ada kena mengena dgn tuan punya blog??! Hahahaha. So tricky lar ini orang. Pandai2. I Like It yo!!! >.<

Unknown said... [Reply to comment]

wah ayat macam kl gangster la..

Muhamad Syafiq said... [Reply to comment]

kipas susah betul nak mati ni..

btw, follow here.. :D

Fathiah Hamim said... [Reply to comment]

memang tak dapat la fren g sekolah macam rambut hazama. haha

Budak Botak said... [Reply to comment]

Ha3, tekun Budak Botak baca...

Entry terbaru -> Gambar Keadaan Jepun Selepas 3 Bulan Dilanda Tsunami... (",)

JMR said... [Reply to comment]

mata celak2 hitam x??

kotak bulat said... [Reply to comment]

hahaha.. abis lah pasni semua nk tiru rambut hazama tu..

Luqeem™ said... [Reply to comment]

haha..mmg lpas ni jd trend la..

littledolphin said... [Reply to comment]

dgn penuh semangat sy membaca rupa-rupanya takde kena mengena dgn tuan blog.hahahaha. patutlah bila baca bwh sikit,aik asal cam laki je..tapi tuan blognya perempuan? LOL

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@nik lan nik mat
lekk luuu.....haha..lepas ni anis wat cite yg ada kena-mengena ea.. :p

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@honey amour
thanks dear.. :)

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@M Fizan
tau xpe..mujur adik yang kecik tu minat rambut aaron aziz.. :p

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@Sofia Mazlan
uik? macam rambut Hazama ke? :p

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@Mr.Thinker@Ali
tricky?haha...baru belajar karang cite macam ni..Thanks yo!

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@syaz@rozelt
tak dapat tengok,buat ayat macam tu pun cukup la.. :)

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@Muhamad Syafiq
susah2..haha..thanks bro!

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@Fathiah Hamim
dapat2..kalau anda bertudung la.. :)

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@Budak Botak
terharunya...haha..terima kasih..

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@JMR
pergi masjid je baru pakai celak.. :)

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@kotak bulat
cik kotak bulat nak tiru ke? :)

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@Luq At Your Words™
trend rambut takpe..akhlak yang kita jaga..:)

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@hana sudradjat
hehe..selalu wat cite pasal diri sendiri..yang ni wat pasal orang lain pulak...:)

cik azeya said... [Reply to comment]

tak suke hazama, tak suke AF. ahaha. btw, cikgu sarip ensem! -.-

Ghab Van Hal said... [Reply to comment]

<----lg sorang terkene..keke..igt pasal tuanblog tadi..keke..

HaNa Hani said... [Reply to comment]

tu plek tuh...bkan tuan belog pompuan kaa..
upenye cite jee
^_^

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@cik azeya
tak la...Cikgu Zaki la ensem.. :p

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@ghab van hal
tuan punya blog bukan peminat Hazama..:)

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@HaNa Hani
heheh...sorang lagi dah terkena! :)

Apesal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...