"Wahai anak Adam, janganlah (keterlaluan) gembira dengan kekayaan,
janganlah keterlaluan berputus asa dengan kefakiran, janganlah berduka
dengan bencana, jangan (keterlaluan) bersenang dengan kelapangan kerana
emas itu diuji dengan api. Seorang yang soleh diuji dengan bala. Sesungguhnya
engkau tidak akan mendapatkan apa yang kau inginkan kecuali dengan
meninggalkan semua yang kau inginkan. Engkau tidak akan mencapai
cita-citamu kecuali dengan bersabar menanggung apa yang tidak engkau
sukai. Kerahkan segenap kemampuanmu untuk memelihara yang difardukan."
Terimalah semua ketentuan itu dengan sederhana,wajar dan tidak berlebihan. Semua dugaan dan kesenangan adalah ujianNya buat hamba-hambaNya yang beriman. Emas yang tinggi nilainya takkan menjadi indah tanpa melalui api yang panas membakar. Sebaik-baik manusia itu adalah manusia yang sabar mengharungi dugaan yang datang melanda.
Dalam mendapatkan sesuatu yang diidam-idamkan, yang pahit terpaksa kita telan, yang susah terpaksa kita terima. Sesungguhnya kesenangan itu hanya muncul setelah perit-jerih ujian kita lalui.
Oleh itu, sebagai seorang Muslim, janganlah kita hanyut dibawa arus dugaan dan kesenangan. Janganlah berlebih-lebihan dengan kesenangan dan kesusahan di dunia. Fokuskan perhatian kepada segala kewajipan kita.
Man shabara zhafira! Siapa yang sabar akan beruntung.
Wallahualam.
p/s : Allah sentiasa bersama orang yang sabar.
13 reader's comment(s):
sabar membawa berkat..
hidup tak indah bila tak ada dugaan yang melintang..
sabar itu satu keberkatan :)
kesabaran itu juga pasti membawa kemanisan di akhirnya :)
lan setuju...
love this entry.mohon sharing ya? :)
betul :)
sabar itu perlu .. ^^
insyaAllah akn cuba bersabr hehehe
hurmmm .. tengah mencari kesabaran
betol2... lg pon sabartu kan sebahagian drp iman :)
@k e y r i
sila2..yang baik untuk dikongsi bersama.. :)
kesabaran mengajar erti ketabahan. hehe. nak curi ilmu kongsi dekat muka buku. :)
apa url tumblr? :)
@Mr.Thinker@Ali
silalah..
yang baik untuk dimanfaatkan. :)
darkmomoe.tumblr.com
Allah sentiasa bersama orang2 yang sabar... insyaallah.... =)
huhu..sebab itu sabar sebahagian daripada iman.. sabar subur, tak sabar masuk kubur.. huhu
Post a Comment