Takde siapa tanya nak makan apa tengah hari nanti. Takde siapa yang merungut perut menangis mintak nasi.
Patut la. Semua orang puasa.
Bila semua berpuasa, gua dah pakat dengan mak gua.
Nak masak apa untuk berbuka puasa nanti.
Dapur rumah sebelah dengar-dengar bunyi anak-anak merengek.
Macam nak mintak izin mak pergi main kat luar.
Dapur rumah gua, meriah sakan la.
Gua tunjuk skill memotong bawang kat adik gua.
Mak gua memang tak pandang la.
Setakat potong bawang, apa la sangat.
Juadah pun dah tersedia. Berbuka puasa dengan penuh kesyukuran.
Tunaikan solat. Sambil-sambil tunggu isyak, gua layan berita.
Tiba-tiba adik gua bertelekung, ajak gua pergi surau.
"Aik? Tak pernah-pernah nak solat isyak kat surau?"
"Pergi terawih la kak!"
"Hari ni baru 9 Syabaan,belum 9 Ramadhan la!"
"Owh...ye ke? Hehehe...."
Ni mesti sebab semua orang puasa hari ini. Kalau tak, takde la dia fikir sampai camtu sekali.
p/s : Mood memang malas nak update blog. Sedih. 4-0.