Thursday, June 30, 2011

Atan nak pergi azan je.

Maghrib dah nak menjelma. Walaupun pasukan Godang menang 3 kali main konda-kondi, Atan tetap sedar dia kena balik mandi sebelum suara emaknya memecahkan kesunyian senja. Atan mandi, dan terus bersiap ke surau.

Mak : Nak poie mano tuh Atan?

Atan : Atan nak poie azan kek sughau. Nak poie ajak oghang sembahyang.

Mak : Elok bona la tuh daghi duk tercongok kek dopan tv! Dah! Poie copek!

Laungan azan  kedengaran, memuji kebesaran Yang Maha Esa. 

10 minit kemudian.....

Mak : Awal bona ekau balik? Bukan tadi ekau koba an nak poie sembahyang kek sughau?

Atan : Atan nak poie azan jo.

Mak : Apo kono la anak aku ni? Aish...


p/s : Gum swelling for 3rd time...

Friday, June 24, 2011

Masterpiece

Dah 11 tahun gua hidup dengan adik gua.

Gua tak tau pun beliau ada bakat terpendam. 

Ada idea bernas, hasilkan rekaan yang lain dari yang lain.

Gua rasa fesyen Lady Gaga tak dapat tandingi rekaan terulung adik gua. 

Cuma rekaan yang ni dah bangkitkan kemarahan mak gua.

Berdarah je telinga bila dengar kata-kata mak gua.


Bahan utama kain-kain yang hendak dibasuh.
Komik sebagai  bahan tambahan. gadgetspage
*kalau anda faham, tak payah gua terangkan. hahaha

p/s: Rekaan tersebut takde hak cipta.

Monday, June 20, 2011

Pssssttttt........


"Bertuah dapat rumah baru!"

"Alhamdulillah..kalau tak dapat, aku kacau ko tiap-tiap malam? Nak?"

"Ish..taknak la aku..pindah la."

Gua cuti hari ni. Bos gua baik hati hari ni. Banyak untung la tuh. Kawan serumah gua pindah rumah baru. Katanya nak berdikari. Tak nak macam dulu-dulu. Beliau nak makan, beliau suruh gua masak. Beliau nak baju bersih lagi harum, gua yang basuhkan. Beliau nak berdengkur sampai subuh, gua yang temankan. Hidup beliau tak sempurna la tanpa gua. Beliau yang kata!

Pada mulanya, gua tak paksa pun beliau pindah. Gua tak kisah pun sebab selama ni pun barang-barang dalam rumah tuh semuanya pakai wang dollar beliau. Bila beliau kata je nak pindah, pilu hati gua. Pembaringan gua beliau yang belikan, beliau yang hiaskan. Susah la gua nak dapat mimpi-mimpi indah lepas ni. 

Mujur beliau kata beliau nak beli yang lagi lawa untuk rumah baru beliau. Tak sempat nak kelipkan mata, gua rela beliau tinggalkan rumah gua. 

Disebabkan beliau teman serumah gua, gua tolong keluarkan barang, susun atur barang kat rumah baru beliau. Beliau gembira. Gua pun pereka hias dalaman, cuma gua tak teringin nak jadi macam Eric Leong. Gua nak privasi. Gua hias kasi cantik ruang tamu rumah beliau, sehinggalah gua rasa gua tak larat nak balik rumah gua.

Gua pun ambik kesempatan lelapkan mata kat rumah baru beliau. Dapat gak merasa rumah baru. Badan penat-penat, memang sedap belayar malam ni. Gua pun lelapkan mata. 

"Psstt............."

"Abaikan..tidur2!!"

Setengah jam kemudian.......

"Pssttt.........."

"Aish...bunyi apa pulak malam-malam ni?"

Selepas satu jam berlalu.....

"Pssstttt........"

"Aish...tak boleh caya rumah baru ni!"

Gua rasa malam tu, gua tidur-tidur ayam. Gua ingat bila badan penat, gua boleh tidur. Bunyi asing terus-menerus mengganggu tidur gua. Gua tak rasa ada manusia nak pecah masuk rumah ni. Takkan la nak masuk rumah orang, boleh main pssttt... Nak masuk, bagi salam la..Beliau masih lagi hanyut dengan mimpi-mimpi indah. Pelik. 

"Boleh pulak dia tidur waktu-waktu kritikal macam ni."

Gua lemas dalam kegelapan malam. Gua menggigil kepanasan bawah selimut. Gua tak tahan. Gua selubung dengan selimut pun gua masih dengar bunyi-bunyi asing. 

Semalaman gua tak tidur. Terbit fajar, gua mula rasa lega. 

"Lena tak tidur kat rumah aku?"

"Lena apanya. Ko tengok muka aku ni. Boleh gantikan panda tak?"

"Mana boleh. Panda lagi comel dari ko. Apasal?"

"Malam tadi aku asyik dengar psssttt.....Konsisten lak tuh. Cukup setengah jam, ada bunyi."

"Rumah ko ni ada something ke? Aku tak nak datang sini lagi."

 "Pssttt??"

"A'ah..bunyi tu la.."

"Psssttttt........."

"Dah siang pun ada bunyi lagi??Tak boleh jadi ni."

"Cuba ko tengok atas tuh!"

Gua tak perasan rumah beliau ada pasang Airwick automatik. Gua nak pasang satu la nanti.

p/s: Baru je tadi ada bunyi "pssttt....."

Thursday, June 16, 2011

Takde feel la

Lauk sedap, takde feel nak makan.

Drama best, takde feel nak layan. 

Sejuk, nyaman, takde feel nak tidur. 

Sebab apa?

Sakit gigi, sakit kepala...

Bala, bala!!

Silap! 

Ujian, ujian!!

p/s: Semuanya kena ada feeling..haish..

Monday, June 13, 2011

Gua kipas Hazama.


2 minggu cuti. Gua tak sangka cuti mematangkan gua. Dulu gua ingat SPM tu takat pekse cikai-cikai je. Kakak gua yang cakap la. Mak gua suruh gua pergi menimba ilmu dengan anak jiran sebelah rumah. Spek tebal, pelajar terbaik sekolah. Gua tak kenan. Dia lelaki. Kalau perempuan, comel la walaupun spek tebal. Sape kata budak perempuan skema tak comel. Abang gua pesan tak payah belajar kuat-kuat. Tumpukan sepenuh perhatian dalam kelas dah cukup. Gua sahut cabaran tu. Gua nak SPM gua gempak, lebih sikit dari kakak gua. Yang penting lebih dari dia. 

Gua siapkan diri, pegi sekolah. Member-member gua pesan, hari ni mesti cikgu Sarip jaga kat depan pintu pagar sekolah. Lantak apa. Gua dah berubah. Dulu-dulu je gua tackle anak dara dia. Sekarang, anak dara dia pun gua tak tau ke mana. Member-member gua berbulu. 

"Lekk luuuuuu...Wak luuu......"

"Gila apa ko ni nak pegi sekolah macam ni?"

"Apa hal? Tak puas hati cakap depan la."

"Ah sudah!!"

Gua pegi dulu. Cikgu Sarip nampak gua. Gua bagi salam. Dahi cikgu Sarip berkerut. 

"Jangan buat macam tu cikgu. Nanti makin tua."

"Kamu ni nak pergi mana?"

"Pergi sekolah,cikgu. Takkan la nak pergi clubbing camni."

Cikgu Sarip terus-menerus mengeluarkan perkataan yang sepatah haram gua tak faham. Dia guna kod rahsia pengawas kot. Gua pergi masuk kelas. Gua eksaited nak belajar dengan cikgu Ayu. Setanding dengan namanya, gua harap subjek kimia pun ayu macam dia. 

"Nak ke mana tu? Tunggu kat sini!!"

"Saya nak masuk kelas. Saya dah tak jumpa anak cikgu lagi!!" 

Gua jawab. Cikgu Sarip kejar gua. Gua lari. Siapa suruh dia kejar gua. Gua lompat atas meja. Cikgu Sarip pun lompat. Gua terjun dari tangga. Cikgu pun terjun jugak. 

"Apsal cikgu ni? Ni bukan scene KL Gengster!! Saya tak buat onar kat sekolah ni!!"

"Kamu tak ikut peraturan sekolah!!"

Gua lari laju-laju. Cikgu Sarip dah macam lembu naik minyak. Gua tackle anak dara dia, dia marah. Gua nak masuk kelas, nak belajar, dia marah jugak. Apsal die ni? 

Gua berhenti. Bayang-bayang cikgu Sarip dah takde lagi. 

"Ishhh....Buang masa betul. Gua baru nak layan subjek kimia, cikgu Sarip pulak macam ni."

"Masuk kelas la camni. Subjek cikgu Zaki lepas ni. Gua masuk lambat kang, dia attack gua pulak."

Tangan gua direntap. Cikgu Sarip kat depan mata gua. Gua buat-buat cool, semua awek tengah pandang ni. 

"Kenapa kamu lari?"

"Dah cikgu kejar saya, saya lari la."

"A'ah. Lupa la pulak. Dah! Ikut cikgu!"

"Nak pergi mana ni cikgu? Saya baru nak masuk kelas."

"Pergi kedai gunting. Rambut tak ikut spesifikasi yang ditetapkan."

Gua lupa rambut gua macam rambut Hazama. Gua pun tengok AF, fan Hazama.

Gua suka rambut dia.

p/s: Tuan punya blog takde kaitan dengan cerita ni..

Friday, June 10, 2011

Temuduga terbuka



KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli syurga dari awal
B. Ahli neraka dari awal
C. Ahli neraka sementara kemudian akan dilantik jadi ahli syurga. 


EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur. 
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat. 
4. Syurga yang kekal abadi. 

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.


LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).


KELAYAKAN: 
Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil kokurikulum ataupun sijil saham.
Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit. 
Sila bawa dokumen asal iaitu Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.  


PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir. 


ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa saudara anda? 


CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu untuk dijemput oleh yang berkaliber dan terpilih. Akan menjemput anda pada bila-bila masa sahaja (mungkin sekejap lagi), tanpa anda duga. Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. 

Ia diberi nama Izrail. 

Sila uar-uarkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.  

Wallahualam. Semoga berjaya dalam temuduga ini. 

Sama-samalah kita saling mengingati bersama...



p/s: Mak saudara aku meninggal dunia akibat kanser malam semalam. Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan rohnya ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang soleh.. Al-Fatihah.. 

Thursday, June 9, 2011

Segmen Hitam Putih bersama friendster

Kebuntuan idea? Bosan dengan facebook? Layan segmen ni.. ^_^


Disebabkan segmen bakal tamat sebentar lagi, aku malas nak taip panjang-panjang. Nak tau siapa punya segmen, baca kat banner ni, takpun klik je banner tuh sampai hilang..hahaha

Mula bergiat aktif dengan friendster semenjak tamat kursus Anti-Dadah Kebangsaan pada tahun 2006. Masa tuh umur aku 16 tahun. Kiranya dah hampir 5 tahun la jadi pengunjung tegar laman sosial berkenaan. Masa tu pun, aku tak kenal pun blog tu apa..hehe..

Friendster ni jadi medan perkenalan aku dengan pelajar kursus lain kat KMNS (Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan). Maklum la tak kenal pun budak kuliah lain an. Budak kuliah sendiri pun aku tak kenal..haha
Nak dijadikan satu cerita, aku kenal seorang mamat ni melalui fs. Satu matrik dengan aku tapi tak satu kuliah. Dah habis matrik, tak tau pulak dia masuk UTM gak, satu kursus dengan aku, kursus kejuruteraan kimia. Masuk kelas yang sama, belajar subjek yang sama tapi tak tau lak mamat tuh satu KMNS dengan aku dulu. Mujur dia komen kat profile aku. Kalau tak, sampai habis satu sem la aku tak tau dia dak batch aku..haha..

p/s: Done b4 0000..

Moh join bloglist Sembang Kemas


Petang-petang ni kekontangan idea. Jadi, hasil persinggahan dari satu laman ke satu laman yang lain, aku telah menjumpai satu entri ni. Then, join la..


Tuan punya bloglist tak mintak pape bayaran pun untuk pecah masuk dia punya bloglist. Cuma klik banner atas ni, wat entri, tepek banner, linkkan.. ^_^


Tuesday, June 7, 2011

They're just shit!

"Animal's intestines?"

"Yup! Wanna try some? Don't worry. Safe to eat."

"Ok. I try."

Mine tasted OK, as long as I didn't think too much about it. 

Mushier than liver. Intestinal consistency tend to give me bad thoughts.

Did well with the dish until I trying to think that it actually doesn't look like intestines.

Really looks like tapeworms.. Euuwwwwww.....

Pushed it aside and asked for a salad. 

"Salad? Oh, no! I could die because of mutant E-Coli."

"Chicken soup please!"

"You don't like it?"

"I bet my neighbour will never ever ate this in his life!"

"He could. Why not?"

"No, he couldn't have. He's a veggie!"

"But veggie can eat this. Intestines aren't even meat."

"They're just shit."

Want some?


p/s: I don't know why I post this entry.. :-o

Ben Ashaari ajak tukar link


Abg Ben ajak tukar-tukar link. nak join?
Tekan sini :)

p/s: tamat pukul 10 malam ni..

Blogging itu aku suka!!


Saat-saat aku malas nak pos entry baru, godek-godek
group UTM bloggers, jumpa segmen ni.
jadi join la..

Kepada sesiapa yang ingin tuan punya segmen 
review blog anda, sila klik header di atas 
dan join. Segmen yang ringkas!

Mula-mula ikut kawan, dalam rasa blog ni macam apa entah, 
 lama-lama jadi suka. 
Dah lama tak buat karangan, jurnal, cerita mengarut 
macam zaman hingusan dulu-dulu, 
jadi sekarang, blog tempat lempiaskan gian menaip karangan la..

p/s: Sesiapa pun boleh join segmen ni.. :)

Sunday, June 5, 2011

Problem solved?



Is it supposed to be like this? 

Think about it...

p/s : tend to improve my faulty language.. :(

Saturday, June 4, 2011

Yakin ke?


"Puan, boleh saya bercakap dengan puan berdua?"

Sambil senyum mereka menjawab.

"Sudah tentu!" 

"Puan berdua ini agama apa?"

Mereka tersentak. 

"Kami berdua beragama Islam."

"Betulkah? Yakinkah puan berdua beragama Islam?"

Terkejut bercampur hairan seraya cuba memberi jawapan dengan penuh keyakinan. 

"Jika begitu, mengapa puan berdua meniru cara perempuan ateis Barat berpakaian? Saya hairanlah."

Terkejut dengan soalan begitu. 

"Tapi kami takkan sesekali menjadi ateis."

"Oh, jika begitu kamu berdua masih lagi menjalankan tuntutan agama la ea?"

Mungkin bingung dan tersinggung dengan soalan sedemikian. Namun, kasihan dengan mereka. 

Seolah-olah tidak tahu dengan keadaan umat yang di tahap membimbangkan..

Apesal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...