Walaupun suasana agak tegang pada mulanya, namun aku bangga memiliki sahabat-sahabat yang tidak cepat melenting bila kesabaran tercabar. Mungkin aku tak pernah lihat seorang ketua yang selalunya cakap baik-baik dengan aku tiba-tiba mengeluarkan kata-kata yang agak memedihkan telinga aku. Mungkin kata-kata itu tidak ditujukan khas kepada aku namun hati aku cukup kuat merasakan yang kata-kata itu tidak perlu diluahkan kepada sahabat-sahabat perjuangan yang mampu berfikir dan membuat keputusan.
Aku mungkin tidak berada di situasi di mana program aku tiba-tiba dipengaruhi unsur lain bukan atas kerelaan sendiri. Geram dan pedih hati memikirkannya. Sampai pening kepala dibuatnya. Mana tidaknya, apa-apa yang berlaku kelak walaupun bukan atas keputusan kita, kita yang menerima kesalahannya kerana program itu di bawah kelolaan kita. Memang kita ada hak terhadap program kita, namun dengar la luahan anak buah yang bakal melakukan gerak kerja untuk program.
Namun, bukan juga salah mereka yang cuba mendapatkan sesuatu yang terbaik buat diri mereka. Tak salah bagi pendapat yang munasabah dan membina. Bukannya apa. Mereka berhak mengatakan sesuatu untuk perkara yang bakal mereka lakukan. Lagipun, setiap program ada risiko dan tak semua orang sanggup tanggung risiko. Jadi mereka tak mahu banyak risiko yang perlu ditanggung.
Aku bukanlah insan yang pandai menilai kepimpinan orang lain. Diri aku sendiri pun entah ke mana. Cuma sebagai seorang pemimpin, biarpun sesuatu perkara itu mencabar kewibawaan kita, jangan biarkan perkara itu terus menyelubungi kita. Atasi dengan bijak. Jangan biarkan orang lain nampak kita sebagai pemimpin yang tak mampu mengawal perasaan. Bagi yang dipimpin, anda tak salah memberi pendapat cuma pastikan cara anda itu betul Tak nak la ketua kita salah faham ye..=)
Toco la tierra
5 years ago
3 reader's comment(s):
malas nk ckp ape. tp nk komen gak. haha
ko mmg ngada2 safar...haish
haha. biar r
Post a Comment