Malam semalam saya sungguh berbangga dan berbesar hati menerima undangan dari MB N9, Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hassan untuk bersama-sama beliau meraikan anak N9 yang mendapat ijazah kepujian kelas pertama. Satu peluang yang tak dapat ditolak apabila MB sendiri yang mengundang. Kalau anak Johor dapat undangan setelah disampaikan oleh kawan-kawan, berbeza dengan anak N9 yang menerima undangan terus dari MB N9. Amacam? Jeles x?
Hidangan yang disediakan pada malam itu memang mampu buat anda terliur. Nasi tilau yang sungguh wangi, diserikan dengan lauk dalca, pajeri nenas, ayam masak merah, rendang daging dan puding karamel buat pemanis mulut. Ucapan Dato' Seri yang penuh dengan loghat nogoghi memang cukup melucukan walaupun ucapan beliau cukup panjang. Bagi sesetengah orang, mungkin majlis ini hanya bermakna bila dapat makan malam percuma. Bagi saya, yang cukup terkesan di hati ialah apabila penyampaian anugerah buat siswazah anak N9 yang mendapat ijazah kepujian kelas pertama. Memang bulu roma meremang (bukan sebab DSI sejuk =p ) waktu tu.
Waktu tu, bukan hanya penerima anugerah yang naik ke atas pentas, ibu bapa pun turut naik. Alangkah bangganya kalau mak abah saya yang naik ke atas pentas atas kejayaan saya. Dalam majlis tersebut, kita bukan sahaja dapat mengetahui nama dan latar belakang pendidikan penerima anugerah, bahkan kerjaya sekarang. Yang cukup terkesan apabila pasangan kembar menerima anugerah. Abangnya bekerja sebagai jurutera di Shell, adik perempuannya pula bertugas sebagai jurutera di Petronas. Memang cukup terkesan di hati. Bila saya boleh dapat 'first class' dengan berbekalkan keputusan yang tak seberapa baik sepanjang 3 sem pengajian? Bila dapat bawak mak abah naik ke atas pentas untuk terima anugerah?
Franceses, protestantes, turcos
5 years ago
2 reader's comment(s):
good luck utk org nogori (:
good luck tuk org melaka =p
jgn malu mengaku anak melaka..haha
Post a Comment