Monday, December 13, 2010

Gigi oh gigi~~~

______________________________________________________________________


Usia dah nak mencecah 20 tahun, tapi aku masih ada gigi susu lagi....waaaaa~~~~~~
siapa sangka???memang sesuai dengan perangai ala kebudak-budakan...hahaha.....
Pada pagi 13 Disember 2010, siapa sangka pada mulanya hajat cuma nak cek gigi jek..tengok-tengok gigi gua kena cabut daa.. Aku masih punya 3 gigi susu. 1 dah rosak, kena cabut, tinggal lagi 2... lepas ni kalau amik gambar, aku tak nak senyum tunjuk gigi, tak cukup gigi di bahagian depan,so,tak boleh tunjuk kat orang. nak cakap pun kena cover bahagian gigi yang kena cabut tuh..doktor siap mengesyorkan aku rawatan Orthodontik gara-gara susunan gigi yang jarang. kena pakai pendakap gigi la lepas ni..

gigi besi...waaaa~~~~
Tak pasti la sama ada aku akan buat rawatan Orthodontik tuh...kena tunggu beberapa tahun dulu, kena ada duit, kena tahan sakit, kena berdisiplin jaga gigi,baru dapat gigi yang cantik...ngee~~~
Lepas ni,kena buat rawatan susulan. nak gigi yang cantik..tak sabarnya walaupun aku dah rongak kembali.... =)


Sekian....


______________________________________________________________________

Bukan ahli kaji batu

*****************************************************************

Mujur mood aku yang tak berapa baik gara-gara result yang tak memuaskan, dapat dihapuskan  dikurangkan lepas abah aku bawak pegi bercuti kat Port Dickson. Ada family day agrobank N.Sembilan/Melaka kat sana. Walaupun aku tak terlibat langsung dengan sukaneka tuh, cuma bertindak sebagai jurufoto rasmi tak rasmi keluarga, tapi aku gembira. Orang lain sibuk dengan sukaneka, pantai yang indah tak berapa cantik pada pandangan mata aku, kolam renang kat Seri Bulan, aku lak sibuk dengan batu..hahaha...
Aku bukan nak jadi ahli kaji batu, bukan juga ahli arkeologi..cuma terpesona dengan keunikan alam ciptaanNya.

Nak tahu??nah..tengoklah..

Pandangan dari jauh..

apakah??

unik tak??

kerang..kerang..kerang..

macam dalam cite night before christmas lak... 

kulit-kulit hidupan laut yang aku tak dapat kenalpasti...

boleh tak aku jadi ahli zoologi camni??ngee~~

sapo lak minah ni???haish...

Tak sanggup nak pijak atas mende ni...

Batu-batuan lagi........
Amacam??walaupun aku tak ada DSLR nak abadikan keindahan alam dan pantai di Port Dickson,memadai la dengan menggunakan kamera Nokia aku yang tak seberapa tuh...Aku bukan ahli kaji batu, hanya la seorang pelajar kejuruteraan kimia yang suka mengamati keindahan alam ciptaanNya...Sekian....

***************************************************************


Saturday, December 11, 2010

Padah bila ada syarat..


Menjelang keluarnya result peperiksaan, mesti ada yang mengucapkan sejuta kesyukuran atas kejayaan dunia yang telah diberi atas susah payah dan penat lelah yang dilalui..Tidak kurang juga ada yang mengeluh atas keputusan yang tidak mencapai sasaran yang disasarkan pada awal semester. Mana tidaknya,atas pengalaman sendiri. Pada mulanya memang cukup sedih dengan keputusan yang begitu teruk. Orang lain dapat dekan, aku masih tak dapat dekan. memang ada masalah la 2. Bila orang tanya pasal result, aku menangis. Tanya pasal result, menangis. Memang result masa sem 3 ni cukup mengguris hati. Aku tau ada hikmah atas setiap perkara yang berlaku. Namun,aku insan yang lemah, punya hati dan perasaan yang cukup kerdil. Masih sukar nak terima apa yang terjadi. Masa untuk muhasabah diri. Dah lama tak bermuhasabah diri. 

Pernah gak sampai berkata sebegini "Ya Allah,aku telah korbankan masa dan tenagaku untukMu. Bantulah aku untuk mendapat keputusan yang baik." Bila  keluar je result, memang tak seperti apa yang disangkakan.

Allah berfirman dalam surah Muhammad ayat 7:
"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." 

Sememangnya bila kita tolong agama kita, Allah akan bantu kita. Tapi, sedar tak sedar, kita dah letak syarat masa kita berdoa, masa buat solat hajat. Ye la. Buat sesuatu dengan meletakkan syarat. Sebab ini la kot aku tanggung kekecewaan yang amat sangat atas syarat yang aku letakkan untuk dapatkan DEAN LIST. Allah itu Maha Berkuasa, Maha Mengetahui. Sememangnya aku tak perlu letak apa-apa syarat semasa berdoa. Tak salah kalau memohon pertolonganNya. Sesungguhnya Allah itu sahaja tempat kita memohon pertolongan, memohon perlindungan. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. Mungkin bila tak dapat DEAN LIST, Allah bagi yang lebih baik dari itu, yang lebih baik dari apa yang kita minta dariNya. Memanglah kalau 
kata-kata ini hanya meniti di bibir, bunyinya seperti menerima ketentuan Allah, namun di hati, memang susah nak ubati hati yang terguris ini.

Kadang-kadang,bila kita flashback balik doa kita, ada nada keikhlasan. Bila diteliti balik, ada syarat yang diletakkan. Allah itu tidak memungkiri janji. Yakinlah apa yang kita korbankan atas namaNya, dengan penuh keikhlasan, seperti semut hitam di atas batu yang berwarna hitam pada malam yang kelam, pasti tidak akan disia-siakan. Pujuk balik hati yang runsing ni, yang terguris pasti ada penawar. Teruskan pengorbanan walaupun diri ini rasa begitu hina sekali. Pemimpin harus berkorban. =)

Wallahualam...

Saturday, December 4, 2010

Masih dalam belenggu

Assalamualaikum.....
Alhamdulillah..akhirnya sampai gak kat rumah..
Love to be here again..dah bpe ari dah melekat kat dalam dewan,dengar ceramah,seminar kepimpinan, dekat 3 ari kot..bertahan dalam kesejukan di tahap melampau, bertahan daripada hanyut dibawa ombak mimpi, bertahan daripada hirisan pedang yang sedikit menghiris hati...memang menguji betul.. dah nama pun kursus pengurusan persatuan, yang terlibat pun kebanyakannya daripada majlis tertinggi kelab,persatuan kat UTM..memang menguji keimanan dan kesabaran...memang nak menguji pemimpin-pemimpin mahasiswa sama ada tahan dengan ujian, onak dan duri, nak uji sama ada pemimpin-pemimpin muda ini mempunyai sifat kepimpinan yang sejati...memang tak terkata apa-apa la..lepas kursus ni..ye la...Bila dilihat dari sudut Islam,kepimpinan itu adalah satu amanah..Aku pun tak tahu sama ada aku benar-benar mampu menyandang amanah di bahu. Kalau tak mampu, letak jawatan. Risau seandainya kalau tak dapat jalankan tugas dengan baik..semua orang adalah pemimpin tapi bukan semua orang adalah pemimpin yang sejati. Aku banyak belajar dari kursus pengurusan ni..Walaupun sepatutnya safar yang sepatutnya pegi tapi satu peluang bagi aku mencari nilai tambah dalam diri aku,timba ilmu baru..mungkin aku bukan pemimpin yang baik, yang memiliki keberanian,yang mampu bangun dari kegagalan,yang teruja dalam melakukan sesuatu..


Namun,Allah berfirman dalam surah Al-Anbiiya ayat 73:


"Kami (Allah) menjadikan mereka itu imam-imam (pemimpin-pemimpin) yang memimpin dengan perintah Kami (Allah); dan Kami (Allah) wahyukan kepada mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kami (Allah) mereka mengabdikan diri."


Kita semua adalah pemimpin, memimpin berdasarkan apa yang telah disyariatkan. Aku masih lagi mencari-cari kekuatan dan kelemahan aku supaya dapat dijadikan sebagai pedang dan pelindung di medan jihad. Sahabat-sahabat yang berada di sekelilingku,bantulah aku untuk menjadi pemimpin seperti yang anda semua mahukan dan harapkan dari diri ini.

Thursday, December 2, 2010

rela atau paksa rela

Assalamualaikum....
Well, as all u know that i had to attend a course. Not my will but it's force...
Bila fikir balik pasal hal ni,kadang-kadang aku fikir rugi gak kalau aku
tak dapat join. Jadi, jutaan terima kasih buat mr. pres, safar aka blackwhite
kerna ketidakhadiran beliau dan aku terpaksa menggantikannya..
Rugi gila ko tak pegi kursus 2....hahahaha!!!
Daripada kena paksa pegi,jadi paksa rela..
aku relakan hati pegi kursus tu..Alhamdulillah..
Buat shew n cda yg really annoying n irritated,
mujur ada korang...hahaha....
kalau tak,sunyi la dewan jamuan 2...
hahaha...
that's all...esok dah nak pegi melaka..
So, daaa!!!!!
Wassalam

Wednesday, December 1, 2010

Renungan



“Sesungguhnya jika Allah mahu menghancurkan seorang hambaNya maka ia akan menghilangkan rasa malunya, maka jika telah dicabut rasa malunya kamu tidak akan menjumpainya lagi kecuali ia membenci dan dibenci dan dicabutlah rasa amanah darinya. Maka jika dicabut rasa amanah darinya engkau tidak akan menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dan jika engkau tidak menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dicabutlah rasa kasih saying daripadanya. Dan jika kasih sayang dicabut darinya maka engkau tidak menjumpainya melainkan ia dikutuk dan dilaknat. Maka dicabutlah keislaman darinya.” (Ibnu Majah:4054)

Apesal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...