Saturday, November 27, 2010

Not expected

+  +
'
-----

Siapa sangka
orang california yang add
aku kat ym
rupa-rupanya
lesbian...
oh no!!!
nama samaran mrs. whooty..
nak tunjuk benda yang tak senonoh..
Astargfirullah...
what da????
tak pasal-pasal aku remove 
ko dari email address aku....

p/s: california bkn kulaifornia

Wednesday, November 24, 2010

Sifat membanding-bandingkan membawa kepada sifat tercela

Bila dah nak dekat-dekat hujung tahun ini,
banyak la undangan ke majlis perkahwinan yang kita terima...
hujung tahun dah stat cuti sekolah...
Bakal mempelai ambil kesempatan ini
untuk melangsungkan hari bahagia mereka....

Firman Allah dalam surah yassin ayat 36:
"Maha suci Allah yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri, mahupun dari apa yang mereka tidak ketahui"

Alam in diciptakan berpasang-pasang, bukan sahaja malam dan siang, langit dan bumi, haiwan dengan pasangannya,tumbuh-tumbuhan, manusia juga tidak terkecuali.

Allah juga berfirman dalam surah ar-rum ayat 21:
"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,dan kamu menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat (tanda-tanda kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir."

Maka, dapat dilihat dari kalam Allah ini bahawa untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berpasangan itu adalah melalui sesebuah perkahwinan. Perkahwinan yang dicipta atas dasar cinta dan agama, yang diharap bertahan sehingga ke akhir hayat. Jika kita buat satu penelitian terhadap majlis perkahwinan yang pernah dilangsungkan di sekeliling kita, kita dapat lihat bahawa kebanyakannya meletakkan jumlah hantaran yang tinggi, mas kahwin yang tinggi, majlis yang berlebih-lebihan. Adakah ini yang dituntut dalam Islam?
Ada yang membandingkan jumlah hantaran dengan hantaran majlis perkahwinan yang lain, ada yang meletakkan mas kahwin berdasarkan pada pendidikan. Kalau yang ada degree,hantarannya 8K. yang ada master, hantarannya 10K. Tidakkah ini bakal menimbulkan masalah bagi pihak lelaki yang bakal memimpin keluarga di alam yang baru? Tidakkah ini menimbulkan rasa takut bagi kaum adam yang ingin mendirikan rumah tangga dengan insan yang dicintai?

Kembali kepada matlamat perkahwinan. Sesebuah perkahwinan itu didirikan atas dasar ingin mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dengan pasangan yang ditentukan oleh Allah swt. Sementara itu majlis walimatulurus yang diadakan adalah bertujuan untuk menghebahkan kepada masyarakat sekeliling tentang ikatan sah satu-satu pasangan untuk mengelakkan fitnah masyarakat. Jika kita lihat situasi hari ini, majlis pertunangan itu sendiri dihebah-hebahkan, malah dilakukan secara besar-besaran. Situasi masyarakat hari ini yang hampir lupa pada matlamat asal sesebuah majlis perkahwinan, menggalakkan diri bersaing dalam mengadakan majlis perkahwinan yang besar-besaran, meriah, hantaran kahwin yang tinggi. Kita tidak juga dapat menyalahkan sesuatu pihak atas situasi ini. Kebanyakannya menganjurkan sesebuah majlis mengikut adat tradisi kaum. Tetapi adakah adat yang menyebabkan masyarakat hari ini berbangga dalam mengadakan majlis perkahwinan?

Jika diteliti kembali, adat tidaklah begitu membebankan. Kita sendiri dapat melihat perbezaan antara perkahwinan tradisional dan perkahwinan moden kini. Kalau dulu, majlis perkahwinan tidaklah begitu besar-besaran. Hanya sekadar menghebahkan ikatan ijab kabul dan bersedekah. Kemeriahan majlis tersebut diukur pada lancarnya acara pernikahan kedua-dua mempelai. Berbeza dengan perkahwinan moden, kemeriahan itu diukur pada kemewahan sesuatu majlis, hiburan sepanjang majlis, keindahan pelamin, kecantikan pengantin. Betul kan?

Apabila difikirkan kembali, sebenarnya situasi ini berpunca dari diri kita sendiri. Mungkin anda yang membaca tertanya-tanya bagaimana. Dalam sedar tidak sedar, kita sebenarnya kerap kali membanding-bandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Membandingkan jumlah hantaran, membandingkan kemewahan, membandingkan kecantikan. Seolah-olah kita bermegah-megah dalam berbuat sesuatu. Membuat perbandingan dengan majlis yang sebelumnya supaya majlis yang bakal dilangsungkan menjdai bualan ramai, dan ingin menunjukkan kemewahan dan keindahan sesebuah majlis. Bukan sahaja dari pihak penganjur perkahwinan, malah hal ini berlaku jua dalam kalangan tetamu yang hadir.... Tengah-tengah menjamu selera, "Banyaknya lauk,sedap pulak tuh. Mesti orang ni banyak duit kan?" Semasa pengantin bersanding di atas pelamin, "Kenapa diorang pakai baju warna tuh? Tak matching la dengan pelamin. Masa anak si K kahwin, lagi cantik dari ni." Dalam tengah-tengah majlis, "Apasal tuan rumah tak panggil dj ke, pasang lagu ke, ada tarian ke? Ish. Suram la macam ni. Tak meriah je."

Pernah tak berlaku sebegini? Secara tidak langsung kita membandingkan majlis tersebut dengan majlis yang lebih grand dan memperlekehkan pihak tuan rumah. Kalau diikutkan apa yang pihak tuan rumah lakukan sebenarnya tidak ada langsung kaitannya dengan kita. Biarlah baju pengantin tidak cantik di mata kita, namun mungkin cantik pada pandangan pasangan mempelai. Biarlah wang hantarannya tidaklah begitu sesuai bagi perempuan yang berkelulusan luar negeri, namun bagi pengantin lelaki, hantaran itu hanyalah hadiah semata-mata bukan kayu pengukur kebahagiaan rumah tangganya di kemudian hari. Sifat membanding-bandingkan menjerumuskan diri kita kepada mencela orang lain dan berlakunya riak dalam diri apabila berjaya menyaingi orang lain dan bermegah-megah dengan apa yang kita ada. Memperlekehkan orang lain, membuat ulasan negatif terhadap orang sekeliling, mempersoalkan apa jua yang disediakan oleh tuan rumah biarpun tidak ada cacat celanya.

Dalam Al-Quran, Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 58 yang bermaksud,
"Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti orang-orang yang beriman tanpa kesalahan yang mereka buat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata."

Sesungguhnya aku menyeru diri aku sendiri supaya tidak membanding-bandingkan,bukan sahaja membanding-bandingkan sesebuah majlis perkahwinan malah perkara yang lain supaya tidak terjerumus kepada sifat tercela.

Itu sahaja dari diri ini. Yang baik semuanya dari Allah, yang kurang datang dari hamba Allah yang lemah ini..

Wallahualam..

Tuesday, November 23, 2010

Amalan doa untuk perlindungan angin ahmar/strok

Doa ni aku dapat dari blog usrah jemaah anak muda untuk perkongsian bersama...





Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.


Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.



Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.



Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.



Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.



Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.



Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.



Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.



Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.



Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amin…




Fadhilatnya.

1. Selamat Dari Terkena Penyakit.
 
Barangsiapa membaca doa Angin Ahmar ini walaupun sekali dalam seumur hidupnya, Insya Allah nescaya terselamat dari terkena penyakit Angin Ahmar.

2. Selamat Dari Mengalami Penyakit Angin Ahmar Dari Berterusan.
 
Diriwayatkan bahawa ketika cucunda Rasulullah SAW Saidina Hasan sakit, Rasulullah SAW membaca doa Angin Ahmar dengan sebentar sahaja ia sembuh, dapat bangun dan berdiri serta hilang dari sakit yang dialaminya. Rasulullah SAW lalu menyuruh pada sahabatnya agar membaca doa Angin Ahmar ini dan mengajarnya kepada umat Islam.


Barangsiapa yang pernah mengalami penyakit Angin Ahmar, maka hendaklah sentiasa mambaca doa ini agar dapat diringankan atau disembuhkan dengan izin Allah SWT.


Cara lain untuk merawat penyakit Angin Ahmar ialah dengan menulis doa ini dengan dakwat yang bersih pada cawan atau pinggan putih, kemudian basuhkan dengan air bersih, lalu sebagainya diminum, disapu atau diusap pada seluruh anggota tubuh badan yang terkena atau dibuat mandi. Insya Allah dapat disembuhkan denga izin Allah SWT.





Wallahualam....

Monday, November 22, 2010

Please...


Please....
tolong r jgn bg harapan palsu,
harapan yg xpasti..

I don't get it...
Hell don't like it...

Saturday, November 20, 2010

Last day

Assalamualaikum....
Alhamdulillah..aku dah selamat smpai kat utm..
Jutaan terima kasih diucapkan buat
saudara Taufiq Zainal Abidin
atas undangan dan layanan di
rumahnya siang tadi..

Sebenarnya pos ni nk cte psl
last day kat rumah..
ye la..menjelang je 20/11,
pada pukul 10.30 pg,
kne bertolak balik ke utm...
(lengkap 2...wawawa)

Atas permintaan
Anis Syafiqa binti Shuhaimi (siapa 2??)
mak dan abah dgn rela hati
bawak kami semua g tgk wyg...
sporting la abah!!

bkn takat sanggup g tgk wyg,
sanggup gak lyn cte
Harry Potter and the Deathly Hallow..
xsia2 r tgk cte 2...
mak dan abah pun lyn cte 2...
best r!!

Friday, November 19, 2010

Baca 7 kali sehari, Insya-Allah keinginan dimakbulkan



حَسبِىَ اللُه لا إله إلا هو عَلَيهِ تَوَكَلتُ وَهُوَ رَبُّ العَرْشِ العَظِيمِ
 "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai 'Arasy yang agung.



(surah at-Taubah,ayat 129)


Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ath-Thabarani  daripada Anas,
sabda Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam:

من قال في كل يوم حين يصبح وحين يمس حسبي الله لا إله إلا هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم سبع مرات كفاه الله ما أهمه من أمر الدنيا والآخرة
(أخرجه ابن السنى وابن عساكر مرفوعا، وأخرجه أبو داود موقوفا على أبي الدرداء)


Maksudnya : “Sesiapa yang membaca pada setiap hari ketika pagi dan petang sebanyak tujuh kali nescaya Allah akan memeliharanya daripada sesuatu yang menyusahkannya daripada urusan dunia dan akhirat.”


Tagged???

Assalamualaikum...Selamat petang...こんばんは。(konbanwa)
Dalam keadaan bermalas-malasan,aku terpaksa la
menjawab tag2 ni..haish...

benda yg paling pnting dalam hidup korang
bagi aku,sumenya penting tapi yang paling penting antara yang terpenting, agama la..=)
tanpa agama,xbermakna la hidup ni...

benda terakhir yg dibeli guna duit korang
hmm...kfc smlm..kali ke 2 belanja family mkn kfc..hehe

dimanakah tmpat korg akan melangsungkn perkahwinan korg dan temanya
errr.....alahai ada pulak temanya...aku ni ssh sgt nk wat keputusan, so terpulanglah
kepada mak dan abah aku or si dia nak wat kat mana...anis xkisah...=p

adakah korg sedang bercinta skrg nie
hmmm...ntah...hehe.

berapa lama korg akan mncintai kekasih korg
 as long as u love me..cewahh
harap2 cinta terakhir aku...

dimanakah korg salu jumpa kekasih korg
UTM lor..mne lg...hehe

novel/buku/majalah terakhir yg korg beli
majalah terakhir yang aku beli zaman sekolah dulu..dewan masyarakat kot...
novel terakhir novel "negeri 5 menara" n "lafaz-lafaz cinta"
buku terakhir, "menyangkal kiamat 2012"...2pun xabis baca lagi..haish

apakah nama penuh korg
nama penuh dari lahir sampai skg, 
Anis Syazwani binti Shuhaimi

antara mak dan ayah, mana korg lebih mesra
.hmm...disebabkan aku anak yang sulung,
mesra dgn mak dan abah lor...
tapi kalau ada pape,mesti cari mak dulu...betul x??

namakn org yg btul2 korg nk jumpa dalam hidup korg
1st: junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w
2nd: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad
3rd: Barack Hussien Obama, (tapi apsal ek??)

adakah korg basuh baju korg sndiri..
err...kalau rajin,basuh tangan la...
kalau malas, mesin basuh la jawabnya...kih3

dimanakah tmpat yg btul2 korg nk pegi..
hmmm....selain 2 kota suci Islam,
tempat yang betul2 mengujakan aku skg Disneyland n Universal Studio..

pilih salah satu, peluk atau cium
nak 2-2...bley x?? prefer peluk la....ngee~~~

beritahu 3 benda tntg org yg tag korg
nama die Mohd Safar Md Kassim..bley pggil safar,sopa,sapa
n sewaktu dgnnya...jgn mrh mr.pres...kih3
merangkap presiden PPKK 2010/2011
tahap kesengalan beliau sebagai seorng presiden 
melepasi paras berjaga-jaga setakat ni...muahahaha
meroyan xtentu pasal kalau duduk diam2...ye ke??

5 benda yg plg disayangi dalam hidup anda
1st: Laptop HP model Compaq Presario CQ40
2nd: Telefon bimbit jenama Nokia yang dibeli oleh abah yang tercinta
3rd: Novel2 dan buku2 bukan fiksyen
4th: kasut B.U.M Equipment
5th: 7 koleksi teddy bear yg comey2

lagu yg paling anda suka dgr dan salu dgr
dari dulu sampai skg, Call Me When You are Sober by Evanescence
dan Ku Harap Cinta oleh Nowseeheart
latest, Open Your Eyes n Insya-Allah 

bila tarikh lahir dan kat mana korg smbut tahun lepas
dilahirkan pada 27 Disember 1990..tarikh 2 juga 
bersempena hari kemangkatan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan..
last year, kat rumah n UTM...wif my beloved family.....
dapat teddy bear yg comey2...hehe

5 rakan blogger yg anda nk tag
Puncak Akasia
Awan Terpilu
Ana Nyza
Saeed
Cik Na

Itu saja dari Anyyss Shuhaimi...daa....た(mata)
salam....

Tuesday, November 16, 2010

I'm loving it!!


Di petang yg xbpe indah ini,
inginku ucapkan 
terima kasih buat
ibunda yang tercinta
atas rendang daging,
dendeng daging,
dan sup daging
tuk mantai raya haji
kali ini...

Bukan senang nak mkn
dendeng daging spesel
dari mak aku..
dapat masa mantai raya puasa
dgn raya haji jek...
papepun,terbaik la mak...
masakan mak mmg xde org
bley lwn...
mak da best chef in da world...
masakan mak....
fuiyoo......
meleleh air liur beb....
i'm loving it.. ^_^

Monday, November 15, 2010

Edisi balik rumah!!

Hati riang xterkata,
nak salam,cium tangan mak abah,
ketemu adik2 yang disayangi,
sampai tidur pun kul 3 pagi...
punya la semangat nak
balik kul 9 pagi tue.....

terima kasih wat si dia
yg sanggup belanja minum pagi,
tolong anta ke sri putri,
n temankan aku sampai
bas ke melaka tiba...
thx a lot... ^_^

sampai2 kat melaka sentral,
jmpe mak abah,
cium tangan mereka,
n terus g jln2...
ke mana????
ke johor kembali....
wawawa....
dari skudai ke melaka,
dari melaka ke muar....
mak abah kepingin nk pekena
mee bandung muar..
aku follow jek..
walaupun xminat mee bandung...
hentam je la....

makan2 kat tanjung emas,
sempat la menikmati pemandangan
kat tanjung emas..
sedikit kenangan dari muar....
masa naik muar river cruise..

Adik2 yg disayangi...

3 beradik yg comey2!!! hehehe ^_^




Wednesday, November 10, 2010

Rindu yang telah terbalas

Balik-balik je dari K11,
masuk bilik, amik laptop,
on9,terus call adik.

suruh die install skype.
semangat gila waktu 2,
punya la rindu nak tengok
muka mak,abah,
Labby,haiqal..

problemnya,
adik aku ni agak ...
Sorry to say that
die ni kurang ckit dlm 
bidang IT...
so,tolong la die
semata-mata nak die install skype...
xpe2..sabar2..

Alhamdulillah..berjaya gak akhirnya..
masa adik aku tengah
download skype,
tiba-tiba abahku berkata
"nak tengok muka akak,
tembam ke x.."
suara abah penuh dengan kerinduan
memang tak terbayang la
bila abah kata camtu..
bila dah abis download,
dah sign in,
terpampang la muka
adik aku yang xbpe comey tu,
hahahaha.....
memang masa tu rasa nak
menangis la..punya la
nikmat dapat tgk muka mak abah,
adik-adik aku yang 2-2 tu 
sememangnya nakal tahap cipan,
tapi best..
takpe2..tinggal lagi 2 hari lagi
pasni boleh balik rumah....
yey!!!!!!!!!!!!
terbalas gak rindu nak tengok
muka mak aku yg comey,
abahku yang sentiasa hensem...
hehehe...

Cintaku padamu



Sekian lama tidak ketemu,
Mata ini sudah dahagakan
Wajahmu yang begitu menggamit
perasaan dan jiwa nuraniku,
Hati ini meronta-ronta, 
menjerit-menjerit namamu.
Suaramu bermain-main
di kotak fikiranku,
Walau hati ini,jiwa ini
rindu mengenangkanmu,
namun inilah cinta yang 
cukup suci bagiku..

Pabila ketemu,
kulihat gerak matamu,
kulihat senyuman yang terukir di bibirmu,
gelak ketawamu penawar kegusaran
di hatiku,
air mata tangismu ibarat 
penamat duniaku,
wajahmu kudamba setiap waktu,
Mungkin di hadapanmu
aku kelihatan menyembunyikan sesuatu,
Mungkin di hadapanmu,
seakan-akan aku tidak 
endah dengan kehadiranmu,
Mungkin di hadapanmu,
aku seolah-olah bosan
dengan bait-bait katamu,
Tapi di belakangmu,
aku sentiasa menanti
kehadiranmu untuk kukongsikan 
kegembiraanku,
Di belakangmu,
aku sentiasa mendambakan
kehadiranmu di sisi,
di belakangmu,
Aku ternanti-nanti
amanah, nasihat darimu,
walaupun nasihat yang
beribu-ribu kali
aku dengar dari dulu.

Cintaku kepadamu,
mengajar aku erti kesabaran,
erti perjuangan di medan jihad,
erti kekuatan di medan kelemahan,
erti ketaatan di medan perjuangan,
aku julang panji-panji cinta ini
menempuh medan perang
yang tiada sempadan,
yang tiada norma-norma kemanusiaan.


Nikmatnya cinta ini,
sentiasa melabuhkan cintaku
padaMu ya Allah,
nikmatnya cinta ini,
sentiasa mensyukuri anugerahMu 
ya Allah,
Aku bersyukur kerana cinta ini,
aku tidak lari dari landasanMu,
sesungguhnya cinta ini hanyalah
cinta selepas cintaku padaMu
dan kekasihmu,
iaitu
cinta buat ibundaku,
cinta buat ayahandaku..


Monday, November 1, 2010

Jangan la main terjah jer....

Ketika tengah sibuk menyelesaikan tugasan,
sambil2 2 biar jek facebook on9,
tiba2 pulak ada yang menyapa..


Dah la xbagi salam, tiba2 je;


anonymous: wei...ko masuk skul baru kan? best x skul 2?


aku: sape ni?


sambil2 2 cari la profile die.
tgk sape gerangan dak ni..


anonymous: ko dulu skul skuj kan?


aku : a'a.....ish..salah org ni... 
(xkan la dak yang lahir taun 1994 kata kat aku camtu)


anonymous : ko xkan xkenal kwn sdri kot..


aku : salah org ni....ni kwn anis syafiqa kan? ni kakak die...


anonymous : kang aku belasah ko kang!!! kwn sdri pn xkenal..
(garang lak ai..)


aku : betul...salah orang ni...cbe tgk profile pic 2 betul2...


anonymous : eh?? sori...tbe2 men terjah jer...anis xon9 ke??
(sah!!kwn sekolah adik aku dulu)


aku : xtau la..akak die kat utm,die kat melaka..ne la tau die on9 ke x...


langsung dak 2 off9...hahaha


lawak2...dah byk kali aku kena camni..
aku ni kembar adik aku ke?
xkan la xkenal kwn sdri kot...hahaha


disebabkan hal yg sebegini, aku mmg selalu off9 chat aku 2...
sebab mende2 camni la...haish


konklusinya, jangan main terjah jer..pastikan dulu sape org 2...
kalau x, free2 je "mempopularkan" diri..
hahaha!!!!


p/s: boleh wat segmen terjah pasni.... = )

Miss my family!!

Assalamualaikum....
Hai semua..

1hb November 2010, hari pertama bagi minggu ulangkaji
atau lebih dikenali sebagai "study week". Selalunya,
kebiasaannya sejak dari matrikulasi lagi sampai semester 1
tahun 2,aku memang tak balik ke rumah. Kononnya nak
dapat ketenangan belajar kat UTM. Padahal, sebenarnya
study week macam tak ada erti bagi aku. Tak tau la kenapa.
Kalau ikutkan dari sem lepas, aku main game sampai larut malam,
tengok movie la,online la...Sem ni pulak sibuk dengan siapkan 
assignment energy balance,bi...entah bila nak siap ea??

Sebenarnya dalam sibuk-sibuk kat sini, teringat mak,abah,
adik-adik kat rumah. Sihat ke tak diorang, cukup makan ke tak?
(Padahal lebih dari cukup...hahahaha!!!)
Rindu kat mak abah. Kalau aku kat rumah, macam-macam 
cerita yang aku dapat tau.(Akak je yang tau,adik-adik tak tau..hehehe)
Mak abah suka bercerita. Kalau cerita kat adik aku, Anis Syafiqa aka Labby,
memang die tak faham la. 

Aku kat rumah memang dengar sume orang bercerita la. Daripada mak ke abah,
abah ke Labby, Labby ke Haiqal..Memang aku akan jadi pendengar yang baik
r kat rumah 2. Labby tak habis-habis dengan cerita selebriti-selebriti,
susahnya amik sains tulen, baju berjenama, kasut berjenama dan 
sume yang berjenama la...tapi die tak heran pn dengan gucci,LV,CK..
yang die nak adidas,nike...tak faham betul dengan adik aku ni..

Kalau Haiqal lak, memang tak sah kalau tak wat aku membebel kat rumah tu.
 Amik alih tugas mak aku lak..hehe...
Walaupun Haiqal tu nakal, tapi suka berbual dengan die. Kebanyakan 
benda yang aku suka,die suka. Antaranya, Naruto, Bleach, Avatar, 
games..Maher Zain pun die suka..jangan main-main..
adik aku yang 10 tahun 2 pun tau nak hayati 
lagu Maher Zain. terbaik la adik!!

Kalau abah lak, memang best dapat berkongsi isu-isu terkini.
Kisah pasal saham la, kereta la, karier la,politik la..
Oppss!! aku tak berpihak pada sesiapa..
Memang best la kalau berborak dengan abah. Yela,
abah tu workaholic. Banyak pengalaman die..
Kalau nak diikutkan, aku rapat dengan sume 
ahli keluarga aku walaupun Labby tu anti-Haiqal..
hahaha...Anak sulung kena rapat dengan sume..


Rasa nak balik tapi mak suruh duk kat UTM,
study. Raya Haji nanti baru balik. 
tak sabar nak tunggu raya haji.
boleh balik rumah....yey!!!!


Always miss u mak,abah,Labby,Haiqal..
Wanna hug u'all...
Always love u'all...

Apesal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...