Sunday, October 31, 2010

Mengapa tidak percaya sebelum berjaya?


Sekali sekala, perasaan untuk mengubah diri muncul di celah-celah lamunan. Rasa ingin berubah sama ada daripada segi mental seperti memajukan diri di dalam bidang akademik, membuatkan kita berasa ingin masuk kolej semula. Inspirasi untuk berubah daripada segi material seperti ingin memperoleh kenaikan pangkat atau pendapatan tinggi juga akan menjadikan kita lebih rajin bekerja. Begitu juga, bila keinginan untuk berubah daripada segi spiritual muncul, kita menyimpan iltizam agar diri kita bertukar daripada seseorang yang pemarah kepada seseorang yang penyabar.
Mungkin kita pernah menemui Albert, kawan sekolah yang kita gelar si kepala samseng dahulu, rupa-rupanya sudah menjadi jutawan. Atau terpandang Azman yang dahulunya kaki ponteng di sekolah, kini muncul sebagai seorang motivator di kaca TV. Ataupun, Ee Mei, yang dikenali begitu pemalu di sekolah kini sudah menjadi seorang ahli politik yang begitu petah berucap di Parlimen.
Kejayaan-kejayaan sebilangan daripada mereka di sekeliling kita ini kadangkalanya tidak terjangkau oleh pemikiran kita. Bila mengingati diri mereka yang dahulunya kita kenal sebagai jahat, culas mahupun pemalu, kita tidak menyangka mereka telah berubah menjadi lebih baik, rajin mahupun petah.
Apabila kita merenung ke dalam diri, kita mungkin terasa mengapakah mereka yang toya di zaman persekolahan dahulu kini sudah menyerlah lebih hebat daripada kita sendiri. Mereka yang di zaman persekolahan dahulu menyanjung atau menghormati kita kerana lebih handal daripada mereka, kini telah mendahului kita dalam maraton kehidupan.
Ke manakah langkah yang hendak dibawa dan selaju manakah larian hendak dicuba bila melihat teman-teman sudah jauh lebih hebat daripada kita? Yang pasti, kita tahu yang kita lebih handal daripada mereka dahulu, tetapi mengapa kini sebaliknya? Roda kehidupan yang berputar mengajar kita apa itu realiti. Justeru, bagaimanakah kita boleh mengutip kekuatan-kekuatan diri yang tercicir di sepanjang lorong kehidupan?
Sebelum memulakan langkah, kita harus menyedari bahawa selama ini kita hanya percayakan sesuatu apabila telah berjaya menggapainya. Sikap inilah yang menjadikan kita terhenti-henti meranduk arus kehidupan. Ibarat berundur setapak setiap kali menapak dua langkah ke hadapan. Puncanya ialah kerana kita tidak percaya sebelum berjaya mencapai sesuatu.
Di zaman persekolahan dahulu, kita berasa alangkah sukarnya untuk lulus PMR kerana terpaksa menghafal matapelajaran untuk tiga tahun iaitu daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga. Kebolehan mengasah pensel dengan pengorek pun harus diketepikan kerana kita perlu belajar mengasah pensel menggunakan pisau agar lorekan di kotak-kotak jawapan objektif dapat dilakukan dengan kemas. Akhirnya kita melangkah ke dewan peperiksaan dengan seribu kegusaran.
Namun, setelah keputusan PMR diumumkan, kita yang tidak begitu rajin, dapat juga kelulusan yang baik, setanding dengan teman-teman lain. Ketika itu, baru kita percaya yang rupa-rupanya kita sepandai rakan-rakan sekelas. Menjelang peperiksaan SPM pun, minda kita memahat perasaan bahawa peperiksaan SPM itu sukar. Namun setelah keputusan peperiksaan diumumkan, kita berjaya juga. Untuk kali kedua di dalam hidup, kita percaya setelah berjaya.
Merentasi kehidupan, kita lalui pelbagai kejayaan yang lain. Mendapat ijazah di universiti, kemudian berkasih dan akhirnya melangkah ke jinjang pelamin adalah di antara kejayaan hidup yang dilalui bagai mimpi. Kita hanya tersedar bahawa ia benar-benar terjadi hanya setelah kita berjaya mengharunginya.
Bagi kaum wanita, kemampuan mengandung dan melahirkan anak adalah sesuatu yang sukar dipercayai sehinggalah suara bayi sendiri nyaring mengetuk ke gegendang telinga. Bagi kaum lelaki, kejayaan menjadi ayah hanya dimengerti setelah melihat senyuman si kecil.
Jelas sekali, sikap percaya setelah berjaya, sudah kita lalui berkali-kali dalam kehidupan. Apabila kita melalui pola ini secara berkali-kali, mengapa tidak kita ubah pola pemikiran untuk cuba percaya sebelum berjaya? Samada kejayaan itu berbentuk material, emosional mahupun spiritual, sedarilah, seandainya berjuta-juta insan yang lain telah lalui apa yang kita bakal harungi, hampir mustahil kita pula yang akan gagal.
Ada perbezaan di antara mereka yang percaya setelah berjaya atau mereka yang percaya sebelum berjaya. Yang pertama hanya melahirkan manusia tidak apa-apa. Yang kedua melahirkan manusia yang apa-apa.

Saturday, October 23, 2010

Permulaan minggu yang sibuk..

Assalamualaikum wbt....
Dah lama dah xpos kat blog ni...
dah bersawang dah...

Menjelang 18 Oktober 2010,bermulanya
kesibukan buat diriku pada minggu lepas.
UTM menerima kunjungan mesra daripada
delegasi Badan Eksekutif Mahasiswa
Universitas Gadjah Mada.
Mereka menginap di Scholar's Inn,KP.
Mula2 aku tertanya2 gak..camne
nak g KP ni??mujur akak kesayangan aku
ada..terima kasih kak aida..

berbekalkan motor kak aida,
aku bersama-sama kak aida
meluncur dgn motosikal beliau
menuju ke KP
ketibaan kami disambut oleh
saudara Mohamad Ariff bin Makhfudz
dan Ng Kemp Hoo...
hahahaha....
kami bukan delegasi yang disambut..
jeng3......

aku,kak aida,ariff,kemp,din
menanti dan terus menanti
xmuncul2 gak
delegasi2 ni
haish......

mengikut tentatif yg aku dpt
mereka dijangka tiba di utm
pada pukul 6 ptg
rupa-rupanya
baru mendarat di singapura
pada pukul 6 ptg
aiseh......
lama gila tggu
kesian rumetku yang sentiasa
menanti perkembangan aku....hahahaha
delegasi2 bem ugm
sampai kat utm pada pukul 10.30 mlm
lama ke xlama kami semua tunggu.....
haish.....

seramai 20 org delegasi bersama pengiring..
aku pun terpaksa la
menukar cara berkata-kata
daripada cakap melayu
kena la cakap indon...
masalah bagi aku
mereka bukan guna bahasa nasional indonesia
tapi bahasa indonesia dengan dialek djogja
pening gak aku kat c2....

Amik masa gak nk fhm
apa yang mereka cakap...
smpai ada yg kena cakap bi
dgn aku....
hahahaha.....
nama je 1 nusantara
1 bumi melayu
tapi hampeh
aku tak faham
apa yang mereka cakap..
disebabkan penantian ini,
diskusi bi aku terpaksa dibatalkan..

sekian dari aku..
nanti aku sambung lagi ek.....

wassalam...

Sunday, October 17, 2010

Suatu Masa


M.Nasir
Suatu Masa

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima

p/s: memang menusuk kalbu....

Mesej-mesej

Ombak yang berlalu
memecah keriuhan pengunjung di pantai
membawa pasir-pasir pantai
menghanyutkan khazanah lautan

Aku mencari-cari
suara-suara ombak
yang tidak lama di pantai
yang cuba membisikkan sesuatu
yang cuba menyampaikan kod-kod alam
matahari memancarkan cahayanya
tatkala aku berlarian di gigi air
mencari ombak yang menghilang

Tercarik-carik khazanah lautan
di sebalik pasir-pasir pantai yang memutih
ku temui
namun tidak kesemuanya
baik keadaannya
ada yang tidak dapat dikenal pasti
spesiesnya
ada yang tinggal sebahagian sahaja
tidak kurang juga 
masih ada yang terserlah keindahannya
yang masih terpelihara rupa bentuknya

Jenuh memilih yang terbaik
yang cantik itu aku bawa pulang
yang rosak itu aku tinggalkan
bayu laut meniupkan melodi merdu
dahan-dahan menyambung dengan irama yang padu
aku termangu-mangu
memahami suara-suara alam
yang tidak pernah aku cuba fahami
yang tidak pernah aku renungi

aku terkedu seketika
betapa Allah Maha Berkuasa
Maha Mengetahui
mengatur perjalanan alam 
begitu lancar sekali
lontaran pesanan bertalu-talu
melalui alam yang terbentang
tidak sampai ke lubuk hati
ke kotak fikiran
khalifah di bumiNYA


p/s: aku bukan baru balik dari pantai....

Friday, October 15, 2010

Nikah Khitbah

Assalamualaikum warahmatullah.....


Pos kali ini mungkin nampak
macam pelik bagi seseorang macam 
aku nak pos kat blog..


Sebelum tu,nak tanya la..apa yang kita faham pasal nikah khitbah ni?
aku cuba kupas sikit2 la pasal nikah khitbah ni..bukan kupas buah ea....
daripada apa yang aku faham sebelum ni,
nikah membawa maksud suatu akad yang membawa implikasi kepada seseorang itu melakukan persetubuhan dengan menggunakan sebab lafaz nikah manakala khitbah pula membawa maksud kepada pertunangan iaitu menuntut untuk berkahwin dengan perempuan dan menurut syafi’iyah pertunangan membawa maksud menuntut pihak lelaki untuk berkawhin dalam ikatan pertunangan. 


Namun, nikah khitbah bukan la satu perjanjian untuk berkahwin atau pertunangan. Nikah khitbah sama seperti nikah biasa, rukunnya seperti rukun nikah biasa yang memerlukan suami,isteri,wali,saksi dan akad (ijab kabul). Yang membezakan nikah khitbah dan nikah biasa ialah bagi pasangan suami isteri yang tidak tinggal bersama atau tinggal berasingan atas beberapa keadaan:

  • Masih menuntut atau belajar
  • Tidak mampu dari segi material
  • Tidak bersedia untuk menjalankan kehidupan berumah tangga
Dalam masyarakat Melayu, nikah khitbah dikenali sebagai nikah gantung. Gerun tak gelaran "nikah gantung" tu? Dulu pun aku tak berapa faham bila orang sebut pasal nikah gantung.Nikah khitbah pernah dilaksanakan dalam masyarakat arab. Menurut amalan tersebut, sewaktu majlis pertunangan, ia dilangsungkan sekali dengan majlis akad nikah (haflun nikah) tapi pasangan pengantin tadi tak boleh tinggal bersama (serumah) sehingga berlangsungnya majlis perkahwinan (haflul Qiran).


Nikah khitbah bukanlah kita kena beli rumah,bagi isteri makan,beli barang keperluan rumah..nikah untuk menghalalkan hubungan..kalau sekadar cakap,tulis kat blog ni,memang la macam senang je kan?tapi nak laksanakan pada zaman ni,mungkin agak sukar la. Kalau aku cakap kat mak aku yang aku nak kawin atas sebab-sebab tertentu yang dah wajibkan aku untuk berkahwin,mesti aku kena pelangkung dek mak aku la.
Korang pun,bila baca pos ni,mesti akan kata "ingat senang ke kalau kahwin?",

"macam mana nak tanggung isteri kalau diri sendiri tak mampu nak tanggung diri sendiri?",
"belajar pun tak habis lagi," dan bla,bla, bla,bla... betul tak??


Allah berfirman dalam surah An-nur ayat 32:
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah SWT Maha Luas Rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui"


Tengok!!
Allah dah berjanji dalam Al-Quran. segala urusan yang baik kerana Allah Taala akan dipermudahkanNya.
Jangan risau pasal tak mampu nak tanggung isteri,rezeki di tangan Allah. Kalau ada gaji banyak sekali pun,
kalau takde rezeki,Allah tak izinkan,camne??


"Mas kahwin? Hantaran? Orang2 sekarang nak hantaran paling kurang RM 10K."


“Di antara kebaikan wanita adalah memudahkan maharnya dan memudahkan rahimnya.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 23957. Dihasankan oleh Sheikh al-Albani di dalam Shahih al-Jami’, 2/251)

“Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah” (Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab an-Nikah, no. 2117. Disahihkan oleh Sheikh al-Albani di dalam al-Irwaa’, 5/345)


Mungkin orang takut nak kahwin disebabkan adat, budaya..macam apa yang berlaku sekarang ni..Hantaran nak beribu-ribu,buat pelamin besar-besar,kalau boleh nak kalahkan pelamin Siti Nurhaliza..Nak wat majlis resepsi la...Apakah??
Satu pembaziran semata-mata..Mana perginya niat asal nak kahwin tadi..


Permudahkan,jangan dipersulitkan..


Berbalik semula pada nikah khitbah..
mungkin ada yang bertanya pasal nafkah..
nafkah keluarga tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku.
Namun,tak timbul halangan  kalau suami isteri keluar bersama..keluar makan,dating,belajar bersama..
Mungkin bagi sesetengah ibu bapa, perkahwinan semasa sedang melanjutkan pengajian bakal menimbulkan risiko dalam perhubungan, baik suami isteri atau pun kedua-dua belah keluarga..Senang la bagi aku nak tulis kat blog camni..Padahal nak cakap dengan mak pasal hal ni pun, aku belum ada kekuatan lagi.


Kesimpulannya, buat pasangan yang sedang hangat bercinta (termasuklah diri aku sendiri), nikah khitbah adalah satu alternatif kepada coupling. Sampai bila nak terus couple? kalau nak bercinta pun,biarlah bercinta dengan ikatan yang suci iaitu ikatan pernikahan.....


yang baik semuanya daripada Allah,yang kurang baik dari diri aku sendiri...


http://khalifash.blogspot.com/2010/02/alternatif-nikah-khitbah.html
http://pemuda.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=135:nikah-khitbah-gantung-boleh-mencegah-penzinaan&catid=37:kenyataan-media&Itemid=61
http://an-nawawi.blogspot.com/search/label/Cinta



Thursday, October 14, 2010

Nasihat buat diriku yang tidak sempurna

Assalamualaikum warahmatullah...

Di kala ini,
aku masih lagi dalam keadaan lalok,
gara-gara ubat selsema dan panadol,
namun kerja tetap kena diteruskan..
kepada rumet aku yang tengah tension tu,
lek2...jangan stress...
bukan tension sebab study 2,
tapi tension sebab dia tak boleh study..
terbaik la!

Dalam beberapa hari ini,
aku bermuhasabah diri..
tanya diri aku balik
kenapa result test aku
kurang memberansangkan?
apakah sebab kurang fokus dalam kelas?
(memang pun..selalu berangan kat dalam kelas,
tak pun tidur..hehe)
banyak sangat tidur??
(antara faktor-faktor aku kurang ulang kaji..
tidur untuk hidup..wawawa)
over-confident?
(mungkin jugak..siapa tahu? Allah yang tahu..)

Oleh sebab itu,
aku cuba yang terbaik
untuk tidak terus berada
di takuk yang lama..
jangan teruskan tabiat-tabiat buruk..
memang la susah nak singkirkan,
namun cuba yang terbaik
kurangkan apa-apa yang tak baik..
Insya-Allah..
Allah sentiasa berada di sisi hambaNya
yang sentiasa memerlukan pertolongan dariNya..
Terus fokus pada matlamat,
niat ikhlas kerana Allah,
ingat harapan mak dan abah,
jangan lari dari landasan Islam..

Allahuakbar!!!!

Wednesday, October 13, 2010

Rahsia 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1.
Niat Solat - sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 
2. Berdiri Betul - ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
 
3. Takbirratul Ihram - sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
 
4. Surah al-Fatihah - sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
 
5. Ruqu’- sebagai tikar kita di dalam kubur.
 
6. I’tidal - akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
 
7. Sujud - memagari kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
 
8. Duduk antara 2 Sujud - akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
 
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) - menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
 
10.Tahhiyat Akhir - sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
 
11.Selawat ke atas Nabi saw - sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
 
12.Salam - memelihara kita di dalam kubur.
 
13.Tertib - akan pertemukan kita dengan Allah S.W.T.
 

“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat." Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!


Wallahualam...



Wassalam.

Oh tidak!! aku down!!


Assalamualaikum wbt...
Pos kali ini aku dapatkan dari blog usrah jemaah anak muda untuk dikongsikan bersama...
Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.
Pertama, ini adalah peringatan untuk diri ana yang lemah ketika merasakan masih tidak layak sebenarnya untuk menitipkan ayat-ayat ini.Namun kelemahan itu sebenarnya menjadi punca untuk kita bangun mempersiapkan diri bagi mengatakan bahawa kita perlu kuat untuk berhadapan dengan apa sahaja mehnah kehidupan.
Kelemahan juga mempunyai maksud tersirat sebagai pendorong untuk kita bangkit dan adakalanya manusia tersilap mengatakan kelemahan itu adalah sifat yang tidak baik dan perlu dielakkan.Kelemahan bukanlah kehendak kita , ia hadir tanpa dijemput tetapi sebenarnya ia adalah hikmah bagi orang-orang yang mahu berfikir.
Ana mohon maaf dari awal kerana ini adalah tulisan ikhlas yang ana titipkan tanpa sempadan agar ianya menjadi hasil yang tulus tanpa terselindung oleh apa-apa maksud yang tidak ikhlas.Malah sebenarnya ia peringatan untuk diri ana sendiri.
Apa yang mengesankan jiwa kita ialah apa yang kita fikirkan dan lihat terus di dalam Qalbu kita, kerana akal dan nafsu tidak akan selari dalam membuat keputusan , kecuali Qalbu yang telah dibasuh dan dididik semahunya dengan zikrullah yang berpanjangan dan istiqamah.Untuk mencapai kata-kata sebegitu agar menjadi realiti amat payah sekali jika difikirkan ianya payah dan ianya menjadi mudah apabila dipermudahkan.
Zikir memberikan kesan yang mendalam kepada jiwa yang lemah.Kita merasakan makanan kepada makhluk selain manusia dan jin adalah apa yang kita belajar dari buku sains , namun jika dirujuk kepada firman Allah.
“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Hadid : Ayat 1
“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah
Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.” Surah Al Israa’ : Ayat 44
Zikir membuatkan makhluk itu terus hidup.... , photosynthesis , Cahaya matahari , rantaian karnivor atau herbivor dan lain2 yang di rujuk sebagai sains adalah sekadar pengetahuan dan kajian. Namun hikmah zikir sebenarnya bagaikan nyawa dan makanan kepada makhluk2 itu.
Firman Allah,
“Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa), sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.” Surah An Nuur : Ayat 41

Sehinggakan guruh dan petir juga adalah memuji Allah;

“Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya.” Surah Ar Ra’d : Ayat 13
Bayangkan makhluk yang tidak dikurniakan akal , hanya berzikir setiap saat tanpa jemu kepada Allah S.W.T . Apatah kita sebagai manusia , bukan sahaja beroleh pahala tetapi ia mampu mengubat jiwa yang laqha dan lara.
Hati buat orang-orang yang beriman adalah ladang yang harus dirawat dan disiram dengan zikir. Dari zikirlah, ladang hati menjadi hijau segar dan tumbuh subur. Akan banyak buah yang akan dihasilkan. Sebaliknya, jika hati jauh dari zikir; ia akan tumbuh liar. Jangankan buah, ladang hati seperti itu akan menjadi sarang ular, semak samun dan tidak terurus
Hamba-hamba Allah yang beriman akan selalu menjaga kesegaran hatinya dengan lantunan zikrullah. Seperti itulah firman Allah swt. dalam surah Ar-Ra’d ayat 28. “(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram.“
Firman Allah...
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (ingat Allah)”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” Surah Ar Ra’d : Ayat 28
Kesimpulan kepada keresahan jiwa ialah : Zikrullah.
Rasulullah saw. pernah memberi nasihat, “Perumpamaan orang yang berzikir kepada Rabbnya dan yang tidak, seumpama orang hidup dan orang mati.” (Bukhari dan Muslim)
Sahabatku ,
Menjadi sifat manusia seperti kita membalikkan pemikiran duka kepada suka , walau apapun caranya agar dapat kita merasakan kebahagian yang kita inginkan.Kita merasakan ada cara lain yang kita sendiri ciptakan untuk mencapai cita-cita kebahagiaan.Kita mencipta sesuatu keadaan agar orang lain juga boleh memberikan kebahagiaan kepada kita , sahabat-sahabat dikatakan dapat memberikan kebahagiaan.Pujian , dorongan , motivasi dalam pelbagai bentuk dikatakan dapat memberi kebahagiaan
Sesungguhnya kebahagiaan selalunya datang secara kebetulan saja. Kebahagiaan bukan seperti sebuah rumah yang dapat dibangunkan dengan tangan. Kebahagiaan itu . laksana lagu merdu yang didengari ketika sedang memanjat tanah tinggi dan apabila turun dari sebelah sana bunyi itu akan lenyap dari telinga kita. Dan hidup bahagia yang abadi ialah hidup yang diredai Allah dan Rasul-Nya serta disenangi semua manusia.
Kalau kebahagiaan bukan terletak pada harta yang banyak, anak, pangkat, dan kebendaan lainnya, maka kalau begitu ia adalah sesuatu yang maknawy (abstrak) tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Kebahagiaan yang sebenarnya ialah sesuatu yang muncul dari dalam diri insan karena keimanannya kepada Allah SWT. Tidak seorangpun mampu mencabutnya dari seseorang jika Allah berkehendak memberikan kepadanya.
Sahabatku...
Allah tidak membebani seseorang di luar batas kemampuannya. sebagaiman dikatakan Al-Qur’an,
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…” (Al-Baqarah: 286)
Setiap dari kita mahukan yang terbaik untuk memenuhi kehendak diri sendiri , tanpa kita memikirkan adakah kita telah melakukan yang terbaik untuk taat kepada yang maha pencipta?dan siapa kita untuk mengatakan bahawa inilah yang telah kulakukan yang terbaik?
Wallahu'alam....


credit to:
http://u-jam.blogspot.com/

Monday, October 11, 2010

Dalam sejarah

Salam wbt..selamat petang..
di kala ini aku baru tiba di utm tercinta..
penat,letih,badan pun sakit2..penat sandang beg,duk kt dlm bas
selama 2 jam setengah, dgn smlm tido pd pukul 3 pagi.
nak cite pe yg berlaku semalam ni..
kesemua ahli keluarga,
saudara mara pegi anta
bapa dan mak saudara aku,
Uncle Nor and Aunty Siah,
pergi menunaikan haji.
kami anta mereka ke Kelana Jaya..
bile tgk mereka yg 
dah terima seruan Ilahi,
terfikir gak bila la giliran aku?
sempat ke x nak menjejakkan kaki ke tanah suci?
bagi mak saudara aku yg lain2 yg dh tunaikan haji,
mereka rasa nak pegi lagi..seronok kata mereka..
1 nikmat bila kita dpt jadi tetamu Allah,
bukan semua orang bley dpt..
moga aku dpt jd tetamu Allah la nti..
kami sume bertolak balik ke rumah masing2,
ambil jalan masing2,
dlm pukul 10 mlm,
dlm perjalanan balik ke melaka,
berhampiran dgn tol pedas linggi,
tiba2 terperangkap dlm traffic jam..
aiseh man!! dah la nk balik pagi...
xtau pe sebab sesak
ble dgr info trafik kat sinar fm,
bru tau pe sebab tol pedas linggi sesak
sepanjang 5-7km..
mmg tak dpt nk pusing balik
sebab dh smpai kat tol pedas linggi
terpaksa la redah jek
bagi sesiapa yg baca surat khabar
pg td
mesti tau ada kemalangan maut
berhampiran dengan
tol pedas linggi dgn 
tol simpang ampat...
tersangkut dlm traffic jam
lebih kurang dalam 4 jam..
sampai2  rumah je,
tengok jam
dah pukul 3 pg..
sebelum2 ni kami tak pernah pun
tersangkut dlm kesesakan lalu lintas
yang sebegitu teruk...
kesian kat abah tido kul 3 lbey
pagi tuh
dah kena pegi keje..
tabik r kat abah yang memang selalu tabah dan sabar
dalam apa jua keadaan,
credit to abah!!
adik2 pulak
tak pegi sekolah
mak pulak
bila dah bangun kul 6 pg
mmg dah tak bley tido lagi lepas tuh
cian kat mak,
by the way, 
mak yang terbaik..
sayang kat emak..
walaupun x cukup tido,
mak masih lagi bangun,
kemas rumah,kejutkan akak..
hehehe....
pengalaman yang terbaik..
memang kadang2 buat aku terfikir gak
macam mana nak harungi sume benda ni
namunsume tu ujian dari Allah
terima la dengan reda
Hanya Allah tau yang terbaik buat hambaNya...

Wassalam...

Saturday, October 9, 2010

Puas!!!

Salam dan selamat pagi...

selepas berakhirnya 8 hb Oktober 2010,memang hati ni rasa sangat puas.
Test fluid buat aku rasa teruk,menyebabkan aku mengambil keputusan belajar oc pada hari rabu smpi la ke hembusan nafas terakhir (sebelum test oc aku semput sebab cuak sgt...hahaha!!!)
xpe2..test oc dah berakhir.dan aku kini berada di samping keluarga yg tercinta..
pe lagi??kt rumah la..Pengkalan,Alor Gajah..
puas sehingga tak terkata bile dapat menjejakkan kaki
ke bumi Melaka...walaupun aku bukan org Melaka, tapi syg r kat Melaka...

habis jer test oc,terus balik bilik..tunaikan solat maghrib,kemas barang..
mohamad dzulfadzli tolong hantarkan ke sri putri..
terima kasih yang tak terhingga wat mohamad dzulfadzli yang telah bersusah payah membelikan tiket bas,menghantar aku ke sri putri, dan yang paling membuat aku terharu, teman aku sampai aku naik bas...

terima kasih awk..hehe..

dah3..jiwang2 lak ai mlm2 ni..
moga hari sabtu ni jadi hari yang lebih baik dari hari2 yang sebelumnya..
Insya-Allah..

daa....Mata ne!! Salam..

Thursday, October 7, 2010

Tak disangka-sangka

Tanggal 7 Oktober 2010,aku telah pun mengambil keputusan untuk mempunyai blog sendiri. Tak tau dari mana datangnya idea untuk menghasilkan blog sendiri ni..Mungkin sebab tadi aku duk baca blog teman-teman lain. Terkejut jugak sebenarnya macam mana aku boleh pulak duduk depan laptop buat blog padahal tak abis lagi study kimia organik..pe nak jadi la dgn aku ni..

Walau apa pun,semoga dengan terhasilnya blog ni,ia akan menjadi batu loncatan untuk aku menghasilkan artikel yang baik tak lama lagi..

Salam perkenalan buat blogger..daa...

Apesal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...