Monday, December 13, 2010

Gigi oh gigi~~~

______________________________________________________________________


Usia dah nak mencecah 20 tahun, tapi aku masih ada gigi susu lagi....waaaaa~~~~~~
siapa sangka???memang sesuai dengan perangai ala kebudak-budakan...hahaha.....
Pada pagi 13 Disember 2010, siapa sangka pada mulanya hajat cuma nak cek gigi jek..tengok-tengok gigi gua kena cabut daa.. Aku masih punya 3 gigi susu. 1 dah rosak, kena cabut, tinggal lagi 2... lepas ni kalau amik gambar, aku tak nak senyum tunjuk gigi, tak cukup gigi di bahagian depan,so,tak boleh tunjuk kat orang. nak cakap pun kena cover bahagian gigi yang kena cabut tuh..doktor siap mengesyorkan aku rawatan Orthodontik gara-gara susunan gigi yang jarang. kena pakai pendakap gigi la lepas ni..

gigi besi...waaaa~~~~
Tak pasti la sama ada aku akan buat rawatan Orthodontik tuh...kena tunggu beberapa tahun dulu, kena ada duit, kena tahan sakit, kena berdisiplin jaga gigi,baru dapat gigi yang cantik...ngee~~~
Lepas ni,kena buat rawatan susulan. nak gigi yang cantik..tak sabarnya walaupun aku dah rongak kembali.... =)


Sekian....


______________________________________________________________________

Bukan ahli kaji batu

*****************************************************************

Mujur mood aku yang tak berapa baik gara-gara result yang tak memuaskan, dapat dihapuskan  dikurangkan lepas abah aku bawak pegi bercuti kat Port Dickson. Ada family day agrobank N.Sembilan/Melaka kat sana. Walaupun aku tak terlibat langsung dengan sukaneka tuh, cuma bertindak sebagai jurufoto rasmi tak rasmi keluarga, tapi aku gembira. Orang lain sibuk dengan sukaneka, pantai yang indah tak berapa cantik pada pandangan mata aku, kolam renang kat Seri Bulan, aku lak sibuk dengan batu..hahaha...
Aku bukan nak jadi ahli kaji batu, bukan juga ahli arkeologi..cuma terpesona dengan keunikan alam ciptaanNya.

Nak tahu??nah..tengoklah..

Pandangan dari jauh..

apakah??

unik tak??

kerang..kerang..kerang..

macam dalam cite night before christmas lak... 

kulit-kulit hidupan laut yang aku tak dapat kenalpasti...

boleh tak aku jadi ahli zoologi camni??ngee~~

sapo lak minah ni???haish...

Tak sanggup nak pijak atas mende ni...

Batu-batuan lagi........
Amacam??walaupun aku tak ada DSLR nak abadikan keindahan alam dan pantai di Port Dickson,memadai la dengan menggunakan kamera Nokia aku yang tak seberapa tuh...Aku bukan ahli kaji batu, hanya la seorang pelajar kejuruteraan kimia yang suka mengamati keindahan alam ciptaanNya...Sekian....

***************************************************************


Saturday, December 11, 2010

Padah bila ada syarat..


Menjelang keluarnya result peperiksaan, mesti ada yang mengucapkan sejuta kesyukuran atas kejayaan dunia yang telah diberi atas susah payah dan penat lelah yang dilalui..Tidak kurang juga ada yang mengeluh atas keputusan yang tidak mencapai sasaran yang disasarkan pada awal semester. Mana tidaknya,atas pengalaman sendiri. Pada mulanya memang cukup sedih dengan keputusan yang begitu teruk. Orang lain dapat dekan, aku masih tak dapat dekan. memang ada masalah la 2. Bila orang tanya pasal result, aku menangis. Tanya pasal result, menangis. Memang result masa sem 3 ni cukup mengguris hati. Aku tau ada hikmah atas setiap perkara yang berlaku. Namun,aku insan yang lemah, punya hati dan perasaan yang cukup kerdil. Masih sukar nak terima apa yang terjadi. Masa untuk muhasabah diri. Dah lama tak bermuhasabah diri. 

Pernah gak sampai berkata sebegini "Ya Allah,aku telah korbankan masa dan tenagaku untukMu. Bantulah aku untuk mendapat keputusan yang baik." Bila  keluar je result, memang tak seperti apa yang disangkakan.

Allah berfirman dalam surah Muhammad ayat 7:
"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." 

Sememangnya bila kita tolong agama kita, Allah akan bantu kita. Tapi, sedar tak sedar, kita dah letak syarat masa kita berdoa, masa buat solat hajat. Ye la. Buat sesuatu dengan meletakkan syarat. Sebab ini la kot aku tanggung kekecewaan yang amat sangat atas syarat yang aku letakkan untuk dapatkan DEAN LIST. Allah itu Maha Berkuasa, Maha Mengetahui. Sememangnya aku tak perlu letak apa-apa syarat semasa berdoa. Tak salah kalau memohon pertolonganNya. Sesungguhnya Allah itu sahaja tempat kita memohon pertolongan, memohon perlindungan. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. Mungkin bila tak dapat DEAN LIST, Allah bagi yang lebih baik dari itu, yang lebih baik dari apa yang kita minta dariNya. Memanglah kalau 
kata-kata ini hanya meniti di bibir, bunyinya seperti menerima ketentuan Allah, namun di hati, memang susah nak ubati hati yang terguris ini.

Kadang-kadang,bila kita flashback balik doa kita, ada nada keikhlasan. Bila diteliti balik, ada syarat yang diletakkan. Allah itu tidak memungkiri janji. Yakinlah apa yang kita korbankan atas namaNya, dengan penuh keikhlasan, seperti semut hitam di atas batu yang berwarna hitam pada malam yang kelam, pasti tidak akan disia-siakan. Pujuk balik hati yang runsing ni, yang terguris pasti ada penawar. Teruskan pengorbanan walaupun diri ini rasa begitu hina sekali. Pemimpin harus berkorban. =)

Wallahualam...

Apesal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...