Saturday, October 13, 2012

Hujan


Dulu aku punya seseorang kekasih. Tapi sayang, bukan yang halal bagiku. Dibawa ke hulu ke hilir. Makan bersama. Banyak luangkan masa bersama. Cinta dirasakan milik berdua. Tapi aku lupa cinta Yang Maha Mencintai itu meliputi segala-galanya.


Bila bersua dengan teman-teman, segan. Malu. Kadang-kadang hati kecil ini pernah mengajukan persoalan.


"Mengapa kau malu dengan manusia? Apakah kau tidak malu dengan TuhanMu?" 


Terdiam aku. Bukan aku tidak punya jawapan tetapi jawapan itu bakal berbalik kepada diriku. Jawapan yang bakal memakan diri sendiri.


Tak lama dari itu, cinta seorang lelaki ditarik dariku. Sedih. Ketika itu, aku rasakan dunia itu, beban yang berat bagi aku. Aku terlupa bahawa doaku suatu ketika dahulu telah dimakbulkan.


"Ya Allah, jika cinta manusia itu melalaikan aku, jika cinta manusia itu buat aku lupa padaMu, aku rela cinta itu ditarik daripadaku. Biar aku kehilangan cintanya, jangan aku kehilangan cintaMu." 


Dan aku bersyukur, Allah masih sayangkan aku. Allah selamatkan aku dari terus lenyap dalam dunia kegelapan. Allah selamatkan aku dari terus lemas dalam lautan kehinaan. Terima kasih Allah.


Aku bukan malaikat. 
Yang imannya sentiasa meningkat. 
Dan aku bukan Iblis. 
Yang imannya sentiasa tergelincir, tertumpah habis. 
Aku cuma manusia. 
Imanku, ada pasang surutnya.


Aku masih manusia biasa. Yang mahu memiliki cinta manusia. Dan aku akui aku menyimpan perasaan terhadap seorang lelaki. Lelaki yang tidak begitu kukenali. Istikharah? Solat istikharah berturut-turut setiap malam. Dan aku temukan jawapan. Rujuk kepada naqibah. Tanya kepada mak abah. Keputusannya, teruskan pengajian, serahkan urusan jodoh kepada Allah.


Mengapa aku bertindak sedemikian?


Ketika itu, aku hendak menunaikan solat. Bersolat di dalam bilik, hujan lebat di luar. Aku tiba-tiba terkenangkannya. Pada masa yang sama, aku tersedar yang aku sedang 'bertemu janji' denganNya. Masakan kau boleh terkenangkan yang lain ketika kau bertemu janji dengan yang kau cintai. Hatiku menangis. Air mataku mengalir.


"Ya Allah, jika perasaan ini mengganggu ibadatku kepadaMu, aku rela kau hapuskan perasaan ini dari hatiku. Biar aku sengsara kerana cinta yang tidak halal ini, jangan aku sengsara kerana cintaMu."




Terima kasih buat yang sentiasa mendoakan dan mengingatkan diri ini.


From His love seeker.

A story from a friend of mine.

8 reader's comment(s):

iAmCekbolat said... [Reply to comment]

cinta manusia pasti ade perpisahan . cinta Allah hingga khiamat :)

Anonymous said... [Reply to comment]

tersentuh baca entry nih.
kadang2 terlalu sayangkan insan.
sampai terlupa kasih sayang Allah je yang kekal selamanya.
:'(

puteri kasih said... [Reply to comment]

puteri suka entri ini..buat puteri tersentuh

cintailah sesama insan seadanya jangan sesekali melebihi dari cinta kepadaNYA

Cikra said... [Reply to comment]

terkesan pulak kat hati

Unknown said... [Reply to comment]

nice cntry nih.. mengigatkan kite betapa cinta dri Allah tu yang kekal abadi..

Shafiq Izwan said... [Reply to comment]

Moral yang sangat bermakna, terima kasih... :))

-meeSUPERGIRL- said... [Reply to comment]

cinta Allah SWT adalah cinta abadi .. :)

Zehan Ilyana said... [Reply to comment]

:')

suka post ni...

Apesal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...