Thursday, January 26, 2012

Janda vs Dara



Cuti tahun baru cina adalah masa terbaik untuk turunkan ilmu kat adik-adik. Dah lama tak balik rumah. Terperap kat UTM dengan exam sebelum ni. Masa ni la nak bermesra dengan adik-adik tersayang. 

Gua turunkan ilmu dan teknik-teknik semasa gua berguru dengan mak gua lama dulu.


Nak sepahkan bilik, kena ada teknik jugak.
Kakak : Akak dah ajar adik teknik cuci baju dengan tangan, basuh kasut, sidai kain. Malu tau kalau tak tau buat semua tuh. *adik bongsu gua lelaki. Usia 11 tahun 4 bulan.

Adik : Nanti adik buat la semua tuh masa adik bujang nanti. Duduk serumah dengan kawan-kawan adik.

Emak : Takkan masa sekolah lagi nanti, adik nak duduk kat rumah lain pulak. 

Adik : Sebab tu adik kata masa adik bujang nanti. 

Kakak : La.. Adik, kakak, kak abby, bujang la ni. Semua tak kahwin lagi. 

Adik : Bukan la. Adik bujang, akak janda, kak abby janda! 

Kakak : Hah?????

*Tak tau nak salahkan siapa bila adik tak tau perbezaan janda dan anak dara. Gua yang baru nak mengenali alam ciptaan Allah ni, dikatakan janda. Alahai~


p/s: Baucer RM200 gua masih belum digunakan. Takde idea nak beli apa. 

Wednesday, January 4, 2012

Sakit jasad boleh diubati,sakit hati ?!



"Barangsiapa ingin selamat daripada azab Allah, mendapatkan pahala dan rahmatNya dan masuk ke syurgaNya, hendaklah dia menahan nafsu daripada segala keinginan dunia, di samping sabar atas segala kesulitan dan musibahnya."


Gua baru selesai menjawab dua kertas. Kejuruteraan Tindakbalas Kimia dan Proses Pemisahan I. Dua hari berturut-turut. Menuntut ketabahan, kecekalan dan kesabaran dalam melukis graf, mereka proses pemisahan, mengira keseimbangan jisim dan tenaga sesuatu proses. Ok! Enough! 

Gua rasa lu orang mesti duk baca entry ni, with rolling eyes, while saying "Blablablabla..." Kan? Kalau tak, baguslah. Not going to tell about those freaking subjects that kinda make me sick. Frankly, I'm really sick. 

Mungkin ada yang kata minggu peperiksaan akhir adalah minggu paling mencabar dalam setiap sem. Sememangnya ya. Minggu di mana kita cuba sedaya upaya untuk dapat markah terbaik untuk sem tersebut. Gua rasa minggu tuh minggu paling tertekan bagi mereka yang "carry mark"nya rendah, dan peperiksaan akhir adalah jalan terakhir untuk dapat A. I guess. *ok. Itu gua sebenarnya.

Dan sepanjang minggu tersebut, gua terpaksa harungi dengan satu dugaan. "Exam Illness". Perumpamaan rekaan gua. Senang kata, gua mengalami sakit kepala sepanjang minggu. Koyok menjadi peneman gua. Gua tak tampal koyok Detox Patch kat kepala k! Gua tampal koyok yang memang khas untuk sakit kepala. Bayangkan dengan sakit kepala, gua paksa semua istilah penting, bentuk graf, persamaan mana yang boleh diguna, masuk dalam kepala. Gua rasa macam pudat masuk kain kat dalam mesin basuh yang sememangnya dah penuh. *Betul ke analogi ni?


Antara penyebab rambut beruban.

Dan terpaksa menduduki peperiksaan dalam keadaan demam. That was totally freak me out. Gua dah boleh ramal keputusan untuk dua-dua kertas berkenaan. Menjawab kedua-dua kertas tanpa kerasionalan pemikiran, ketidakstabilan emosi dan ketidakselesaan badan. Semua soalan dijawab tanpa menggunakan logik akal. Guna dalil apa pun tak tau. 

Baru gua rasa bagaimana sakitnya bila sakit masa ambil peperiksaan. Sememangnya menguji. Itu baru ujian yang sebenarnya. Ujian yang mengajar kita bagaimana mengharungi dugaan di saat kita ditimpa musibah. 

Sakit itu satu kesulitan. Di sebalik kesulitan, ada nikmat buat mereka yang sentiasa sabar menghadapinya. 

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih daripada dosa bagaikan ketika lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh."

Sakit jasad boleh ditahan-tahan dan diubati. Kalau akal kata tahan, pasti boleh tahan. Kalau sakit hati, lumpuh la segala anggota badan. Hati itu raja segala anggota. Kalau rosaklah hati, rosaklah segalanya. 

*Sememangnya peperiksaan di universiti itu cuma sebahagian daripada ujian kehidupan. Sebahagian kecil mungkin. Keputusan peperiksaan penting dalam penentuan kerjaya dan masa depan, sebaliknya usaha menghadapinya lebih penting dalam memacu hidup akan datang. 

p/s: Masih lagi demam. Gua rasa sebab tuh entry macam tak kena je. Lari tajuk kot.

Apesal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...