Monday, August 29, 2011

Perutusan Aidilfitri dan Kemerdekaan! #Atan


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.....

Saya, yang bernama penuh ************* atau lebih dikenali sebagai Atan, pada kesempatan ini, ingin megucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali diri Atan. Yang tak kenal Atan pun, Atan nak minta maaf. Jutaan ampun dan maaf buat emak yang sentiasa cuba memenuhi keperluan hawa nafsu Atan, bapak yang selalu bagi izin Atan main mercun lepas terawih (harap-harap mak tak baca ni! hehe!!) , akak dan abang yang belikan Atan figura Transformer yang baru, tok imam yang bagi Atan azan maghrib untuk 3 malam berturut-turut (nape 3 malam je eh? lupa nak tanya tok imam.), serta tuan punya selipar yang telah tertukar selipar dengan Atan malam semalam. (Atan tak sengaja!).

Buat pengguna jalan raya yang ingin pulang ke kampung, Atan cuma nak ulang balik nasihat iklan kat dalam tv. Alang-alang pakai tali pinggang seluar, pakai la sekali tali pinggang keledar. Bertimbang rasa  ketika memandu di jalan raya. Jangan potong barisan. Takde integriti. Bukan Allah je yang nampak, pakcik-pakcik polis trafik pun nampak. Tak pasal-pasal, duit raya yang nak bagi kat budak-budak kecik, buat bayar saman.

Dalam kesempatan ini juga, Atan nak ucapkan Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-54. Jangan lupa kibarkan jalur gemilang tau! Atan dah pasang besar-besar kat rumah. Atan cuma harap kemerdekaan yang kita semua dapat hari ini, berkekalan sampai Atan dah kahwin nanti. Hehe..

atan tak pakai baju Melayu. Baju Melayu terbakar masa
main mercun.hee~

Selamat menyambut MerdekaRaya! :)

p/s : Mak suruh Atan guna bahasa Melayu yang betul. Hehe!!


Wednesday, August 24, 2011

Iklan Satu Malaysia Pilihan


Semua orang sibuk cerita pasal persiapan raya. 
Gua nak buat entri sempena 31 Ogos la. 
Iklan ni mungkin iklan untuk Hari Malaysia tapi 
gua rasa sesuai jek tuk Hari Merdeka. 

Check this out!!


Tuesday, August 16, 2011

Rilek Sebentar Mau Promote Blog Anda!

Rilek Sebentar Mau Promote Blog Anda!

Gua belum dapat idea nak update blog. 
Jadi gua merajinkan diri gua join segmen di atas.
Segmen tamat sebelum 10 malam ini. 
Adios!

p/s : Masih memikirkan nak masak apa untuk berbuka puasa nanti. =,='

Monday, August 15, 2011

Biar atan je la yang azan!

Allahuakbar Allahuakbar.........

Atan : Mak, sapo yang slalu azan bulan-bulan poso ni mak?


Mak : Oghang masjid la kot.


Atan : Atan ghaso biar nanti atan jo la yang azan.


Mak : Aik?? (terkenang peristiwa dahulu kala)


***********************

Keesokan harinya.....

Tok imam : Atan, tak bobuko kek ghumah ko? maghah mak ko kang.


Atan : Aghi ni atan buko kek masjid jo la. Tok, slalunyo yang azan maghrib tuh, sapo?


Tok imam : Atok la. Napo nak menugheh? (menugheh = tahu)


Atan : Atan ghaso nanti biar atan jo la yang azan.


Tok imam : Elok bona la tu. Tapi napo tibo-tibo gonyam nak azan ni?


Atan : Bejoman atan nunggu tok azan. Kito an kono copekkan bobuko. (bejoman = lama menunggu)


Tok imam : Bejoman? Takdo sampai 2 minit pun! Aish..budak ni..

p/s : Gahai telingo dongar atan menceghabih.

Friday, August 12, 2011

Tanda-tanda takut kepada Allah !

Tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam 7 perkara.

1) Pada lisan.
Menghindarkan diri daripada berdusta, ghibah (mengumpat), menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap. Sebaliknya, membasahkan lidah dengan zikrullah, ayat suci Al-Quran dan menyertai muzakarah ilmu.

2) Pada hati. 
Membuang rasa permusuhan, kebodohan dan dengki pada sahabat. Sesungguhnya dengki itu dapat menghapuskan kebaikan.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu."

Hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya. Hanya ilmu dan amal sebagai penawarnya.

3) Pada pandangan. 
Tidak suka memandang benda-benda yang haram. Tidak pula terpikat dengan dunia yang sementara. Tetapi dia memandangnya dengan mengambil iktibar.

Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada Hari Kiamat."

4) Pada perut. 
Perutnya tidak diisi dengan benda yang haram.

Sebagaimana Rasulullah s.a.w bersabda:
"Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di Neraka. "

5) Pada kedua tangan. 
Tidak menggunakan untuk perkara yang haram. Tetapi hanya menggunakannya untuk taat kepada Allah.

Dirawikan daripada Ka'ab Akhbar, dia berkata :

"Sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan bangunan dari zabarjud hijau. Di dalamnya terdapat tujuh puluh ribu aula. Setiap aula terdapat tujuh puluh ribu pondok. Tidak ada yang boleh masuk ke situ, selain orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolaknya kerana takut kepada Allah."

6) Pada langkah kakinya. 
Tidak berjalan untuk maksiat. Sebaliknya, hanya melangkah untuk taat kepada Allah, mencari keredhaanNya, serta untuk bergaul dengan para ulama dan orang-orang yang soleh.

7) Terlihat pada ketaatannya. 
Menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut pada riak dan munafik.

Barangsiapa melakukan tujuh perkara tersebut, maka dia termasuk dalam kategori orang-orang yang dikatakan Allah s.w.t :

"Sesungguhnya orang-orang yang taqwa dalam kebun-kebun dan mata air (Syurga)." (surah Al-Hijr : 45)

Dan seharusnya seorang mukmin harus berada di antara rasa takut dan berharap. Harus sentiasa mengharapkan rahmatNya. Sebagaimana dalam firman Allah, surah Asy Syura ayat 28:

"Jangan engkau berputus asa terhadap rahmat Allah."




wallahualam bissawab.

p/s : Gua harap gua tak demam esok!

Monday, August 8, 2011

Boleh kan kalau atan tak baca doa?


Atan : Pak, bulan puaso ni bulan ponuh barakah kan?

Ayah : A'ah. Yo!

Atan : Pak, bulan puaso ni syaitan kono ikek kek dalam nerako kan?

Ayah : A'ah. Yo!

Atan : Pak, kalau macam tu, takpo kan kalau atan tak baco doa masuk tandeh??

Ayah : Aik? Napo pulak?

Atan : Syaitan sumo kek nerako. Mano ado duk kek tandeh laie.

Ayah : ????????????

p/s : alhamdulillah. Dah khatam Al-Quran.. ^_^

Sunday, August 7, 2011

Gua bermusuh dengan Cik Sara


Entri ini tidak berunsur pergaduhan mahupun hasutan.
Sergeant Keroro dah bahagi-bahagikan musuh setiap seorang. 
Jadi, gua dapat Cik Sara. Hahaha!!!!

Gua tak nak musuh dengan siapa-siapa. 
Tapi apa boleh buat, alang-alang menyeluk pekasam, 
biar sampai ke pangkal lengan. 
Alang-alang dah mulakan, teruskan je la..

Ini musuh gua.


Besar-besar gua tepek dia punya header. 
Gua taknak taip panjang-panjang. 
Nak kenal beliau dengan lebih dekat, 
lu usha la beliau. 
Adios!

p/s: Gua patut panggil beliau kakak..kot. :p

Friday, August 5, 2011

Firdaus Life : Seminggu 100 Follower Kembali


Seminggu 100 follower kembali

2 Segmen berturut-turut. 
Semangat join segmen bergelora pulak. XD
Nak join segmen, klik link atas, ok!
Adios!

Thursday, August 4, 2011

Jom Cari Musuh

Jom Cari Musuh

Sergeant Keroro cari musuh. 
Nak jadi musuh dia?
Terjah!!

Wednesday, August 3, 2011

Man shabara zhafira!


Nasihat Saidina Ali bin Abi Talib r.a :

"Wahai anak Adam, janganlah (keterlaluan) gembira dengan kekayaan, 
janganlah keterlaluan berputus asa dengan kefakiran, janganlah berduka 
dengan bencana, jangan (keterlaluan) bersenang dengan kelapangan kerana
emas itu diuji dengan api. Seorang yang soleh diuji dengan bala. Sesungguhnya
engkau tidak akan mendapatkan apa yang kau inginkan kecuali dengan 
meninggalkan semua yang kau inginkan. Engkau tidak akan mencapai 
cita-citamu kecuali dengan bersabar menanggung apa yang tidak engkau 
sukai. Kerahkan segenap kemampuanmu untuk memelihara yang difardukan."

Terimalah semua ketentuan itu dengan sederhana,wajar dan tidak berlebihan. Semua dugaan dan kesenangan adalah ujianNya buat hamba-hambaNya yang beriman. Emas yang tinggi nilainya takkan menjadi indah tanpa melalui api yang panas membakar. Sebaik-baik manusia itu adalah manusia yang sabar mengharungi dugaan yang datang melanda. 

Dalam mendapatkan sesuatu yang diidam-idamkan, yang pahit  terpaksa kita telan, yang susah terpaksa kita terima. Sesungguhnya kesenangan itu hanya muncul setelah perit-jerih ujian kita lalui. 

Oleh itu, sebagai seorang Muslim, janganlah kita hanyut dibawa arus dugaan dan kesenangan. Janganlah berlebih-lebihan dengan kesenangan dan kesusahan di dunia. Fokuskan perhatian kepada segala kewajipan kita. 

Man shabara zhafira! Siapa yang sabar akan beruntung.

Wallahualam.

p/s : Allah sentiasa bersama orang yang sabar. 

Apesal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...