Alhamdulillah. Selamat sampai di bumi Melaka. Walaupun sampai dalam pukul 7 lebih, namun hati gembira tak terkata-kata. Rindukan wajah mak dan abah, telatah adik-adik yang dikasihi. Sementara menunggu abah sampai, sempat juga mata melilau-lilau melihat gelagat manusia di Melaka Sentral. Bukan mencuci mata, sebaliknya meluaskan pandangan. Tengah-tengah mencari buah tangan, ada juga yang memandang aku. Bukan aku nak perasan aku cantik, sebab yang memandang aku tuh perempuan.
Pelik juga. Aku salah pakai baju ke? Tengok baju aku, ok je kot..takde apa yang pelik. Kalau nak pandang serong sebab aku tak pakai ikut trend terkini, aku ok. Aku tak kisah. Cuma jangan la pandang aku sebab aku pakai baju lengan panjang, labuh, dengan berstokin. Pelik ke? Pandangan anda dengan ketawa yang cukup menjelikkan membuatkan saya tak sedap hati tau. Kalau anda yang memakai tudung, tetapi mendedahkan lengan dan leher yang putih mulus tuh, anda malu tak? Kalau anda bertudung, tetapi menampakkan bentuk tubuh badan anda tuh, anda malu tak?
Cukup la. Dengan berpakaian sebegitu, anda bukan sahaja dah cukup syarat, malah dengan mudah anda menarik mata-mata yang berlainan jantina dengan anda. Kalau saya yang berpakaian sebegini, anda dah pandang saya dengan pandangan macam tuh, sememangnya saya tak dapat nak kata apa-apa. Cuma saya merasakan saya malu kalau saya berpakaian seperti anda, bukan sekadar rasa malu dengan sekeliling, saya rasa teramat malu dengan Yang Maha Pencipta. Saya tak pernah merasakan saya cukup sempurna dengan cara saya sekarang. Masih banyak kekurangan dan kelemahan saya sebagai seorang perempuan Islam yang perlu diperbaiki.
Saya sendiri malu bila ada sahabat yang bukan Islam bertanyakan soalan mengenai perempuan Islam yang berpakaian tidak menggambarkan imej Islam, malah lebih menyeksakan mata yang memandang. Mata saya la kot. Mata orang lain saya tak tahu la. =)
Saya bukan dari kalangan yang begitu arif mengenai agama, cuma saya merasakan bahawa mengajak ke arah kebaikan adalah tanggungjawab semua, tidak hanya tertumpu pada yang arif agama semata-mata. Saya bukan malu kerana anda Islam, cuma saya rasa saya malu jika saya di tempat anda. Wallahualam..
5 reader's comment(s):
sokong!
lan sokong apa?? :)
sokong pasal fesyen dorg yang tah pape tu..x suke!
nape depa msti gelak?itu hak masing2 lagipun awk tutup aurat.kalo sy nmpk org mcm awk, msti sy rse hepi :) siyes.
@ifa:thx..=)
Post a Comment