Baru-baru ini, ada seorang sahabat aku, M cuba mengingatkan sahabatnya, L yang ingin berhijrah, yang ingin melakukan anjakan paradigma, cuma dia belum cukup kekuatan untuk berbuat sedemikian. Disebabkan M ini sentiasa berasa serba salah jika tidak mengingatkan L, dia berhasrat menegur L dengan baik. Tidak la menegur dengan memerlinya.
L yang pada asalnya sudah biasa mendedahkan rambutnya, sebenarnya sudah lama memendam hasrat untuk bertudung. Dia bertudung ketika di kampus, namun apabila di rumah, dia tiada kekuatan untuk terus melindungi mahkotanya. L menceritakan hal ini kepada M supaya M akan terus memberi motivasi dan sokongan kepadanya. M juga perasan yang L sentiasa memakai bau-bauan yang kuat sehingga orang yang melewatinya akan turut terhidu bau-bauan tersebut.
M pun berkata "tak elok kalau kita wat camni. Bukan ke haram pakai perfume yang cukup kuat sampai orang lain pun dapat bau. Dikira zina tuh."
L, dengan terkejut pun berkata "Eh. betul ke? L tak tau pun."
"Betul. Ada disebut dalam hadis tapi tak ingat la hadis yang mana," sambung M.
"Kalau M jumpa, nanti bagitau la. Mesej ke,tak pun pos kat wall fb L," jawab L.
"Insya-Allah." jawab M dengan nada yang gembira kerana L menerima tegurannya secara terbuka.
Pada suatu ketika, dalam kekhusyukan membaca artikel di Internet, M terbaca 2 potong hadis dan ternyata hadis ini boleh dijadikan pedoman buat dirinya dan sahabat-sahabat yang lain.
Rasulullah saw bersabda “….seseorang wanita apabila memakai bau-bauan, kemudian melewati (melintasi) di hadapan orang ramai dalam sesuatu majlis (yang ada lelaki dan bukan mahram dengannya), maka wanita itu dikira sama (dosanya) dengan zina” -petikan hadis Riwayat Ahmad dan al-Tarmizi
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
M ingin menghantar hadis tersebut sebagai mesej ke akaun facebook milik L kerana besar kemungkinan dia akan terlupa hadis tersebut. Namun begitu, disebabkan kelas M bakal bermula dan proses menghantar mesej itu sangat lama, M mengambil keputusan untuk pos di wall fb L sahaja dengan hasrat bukan sahaja L dapat membaca hadis tersebut malah dapat berkongsi dengan rakan-rakan M yang lain. Dan M tidak terus menujukan pos tersebut kepada L, hanya meletakkan hadis semata-mata tanpa sebarang ayat tambahan.
M sempat memaklumkan pada L tentang hal sedemikian dan L menerimanya denga hati yang terbuka. Tak lama kemudian, ada di kalangan rakan-rakan L yang bersangka buruk. Mengatakan M ingin mengaibkan L di fb, tak tahu cara berdakwah Rasulullah dan lain-lain lagi. Sebak hati M apabila menerima komen sedemikian. M sempat bertanya pada L sama ada dia perlu delete wall post tersebut, namun L mengatakan bahawa M tak perlu bertindak sedemikian. Biarkan pos tersebut di wall fb nya dan mengharapkan M agar menghiraukan segala kata-kata yang kurang baik dari rakan-rakannya.
Biarpun L berkata sedemikian, namun ada rakan L yang masih lagi menidakkan cara teguran M tadi. Dengan mengatakan M ingin mengaibkan L, M mungkin akan menyebabkan L semakin jauh untuk terus meneruskan hasrat untuk terus bertudung, dan berbagai-bagai lagi.
M tetap berpegang teguh pada sebuah hadis Nabi saw:
Seorang sahabat bertanya pd Rasulullah SAW, " siapakah sahabat paling baik bagi kami?'". Jawab Rasulullah, " Seseorang yang bila kamu memandangnya, akan teringat pada Allah. Bila kamu mendengar ucapannya, pengetahuanmu bertambah. Dan bila kamu melihat kelakuannya, kamu teringat pada hari akhirat "
Dengan mengharapkan perbalahan tidak terus berlanjutan, M bertindak menekan butang remove pada wall post tersebut.
*berdasarkan cerita sebenar
Sebarang teguran dan komen diterima dengan hati terbuka.
p/s: Entry ini diabadikan mengikut pemahaman penulis. Maaf andai ada terpesong dari cerita sebenar.
7 reader's comment(s):
orang lain yang tak tahu mmg adakalanya salah anggap~ ada yang tak paham bahas tuh tak tau nak cakap ler
@IQ:2 la..cian kwn anis tuh..die terang cmne pun,org tuh tetap dgn buruk sangka dia...
Patutnya Si M 2 meneruskan urusan dakwahnya. Biarlah apa orang nak kata pada dia. Asalkan dia benar2 mahu kawannya kembali mengikuti syariat Allah.
Sedangkan Rasullulah sendiri juga menghadapi pelbagai rintangan dan halangan dalam urusan dakwah baginda. Oleh 2, M janganlah putus asa dalam usaha dia 2.
kecian betul.. niat baik tapi dah disalah ertikan
@fifi
Moga die terus di jalan dakwahnya..
@cik su
2 la..sebak die bila org tuduh die camtu
betul betul..x salah pun..=)
@far8
tak salah kan..2 la ada org salah fhm.. :(
Post a Comment