Sungguh indahnya alam ciptaan Allah,
Betapa bersyukur kerana masih lagi
diberi ruang untuk bernafas dan
menjalani kehidupan seperti biasa
di muka bumi Allah ini.
Siang berganti malam,
malam berganti siang,
siang ada keindahannya,
malam ada kecantikannya.
Subhanallah....
Matahari terus melaksanakan
amanahnya setiap saat memancarkan
sinarnya tanpa henti, tanpa berkira,
tanpa lelah, untuk terus taat
pada Sang Pencipta.
Biarpun kadangkala bumi disirami
hujan, hingga tidak sedikit pun sinar
matahari yang kelihatan, namun
matahari terus melaksanakan
tugasnya walaupun si manusia
tidak pernah mengenal erti
pengorbanannya.
Jangan salahkan hujan jika
matahari tak kelihatan,
Jangan salahkan matahari jika
membuatkan dirimu dalam kedahagaan
dan kepanasan.
Kerana hujan dan matahari sumber
kebahagiaan hidupan bumi
dan alam semesta.
Hingga ada yang menjadikannya
sebagai falsafah dan motivasi,
ada yang cuba memahami
pengorbanan sang matahari
dan rahmat di sebalik tiap titisan hujan.
Termasuklah diriku sendiri
yang sentiasa menggamit setiap
hikmah di sebalik semua
kejadian yang berlaku di sekelilingku.
Ada pelangi yang cantik selepas hujan,
mengubati kegusaran hati setelah
dibasahi hujan,
Cuma kadangkala aku lupa pada
sang pelangi yang kian menceriakan
hati kecilku setelah hujan
mencurah-curah membasahiku.
Namun, aku bersyukur atas segala
yang telah dikurniakan Ilahi,
aku berpayung di bawah cintaNya,
cinta kekasihNya, cinta kedua-dua
mak abah yang dianugerahkanNya,
biarpun masih sejuk dan basah
di tengah-tengah hujan,
biarpun berpeluhan dengan
terik sinar sang matahari,
biarpun pelangi cuba memujuk
hati yang basah ini,
namun di bawah payungan ini,
aku terus bersemangat menjalani
pelayaran ini biarpun dihalang
dengan ombak dan taufan
yang kian mengganas.....
Wallahualam......
Franceses, protestantes, turcos
5 years ago
4 reader's comment(s):
=)
aniss comment entry sendiri???
xde la..testing je kak..ari tu,org xbley comment..hehe
syukur Alhamdulillah.... alam anugerah Allah y xternilai :)
Post a Comment