Monday, February 28, 2011

Process control??

Di kala petang yang sepi,
tiba-tiba ada yang menyapa di fb..


MZ : Salam anyyss...hehe
AS : Salam...ye, ada apa?  (terkejut sebab die xpenah2 menyapa semenjak approve jadi kawan kat fb..)
MZ : Takde pape...hehehe...saje kacau...
AS : Ler...
MZ : Eh....ada hint tuk test control x?
AS : control?? process control ke?? pc??
(sambil AS menggaru kepala...Hati berkata-kata "bila masa lak aku amik test pc?")
MZ : A'ah..process control...
AS : Adei...
MZ : Hehe..ne la tau kot2 ada hint...
AS : Den ni dak 2nd year..x amik subjek pc laie...
MZ : OMG!!!!!!!
AS : Tua sgt ke aku ni smpai ko igt aku dak 3rd year??
MZ : La..xde la..aku igt ko seangkatan dgn Z..
(Z 2 kwn die n kwn AS gak)
AS : Dah pulak..Apsal la xtanyo den pasal oc ke,tkk ke..haish..
MZ : Hehe..yelah2...sori... :)


Sengal tak sengal..haish...time je la

Saturday, February 26, 2011

Jenguk-jenguk blog




Mamat ni akan review 30 blog dalam masa 30 hari.
Kalau nak join, klik jek kat sini.

Wednesday, February 23, 2011

Imej bersih

Azam awal-awal tahun nak imej bersih..
Punya la ikut peraturan.
Cuma hari ini main redah je.
Siapa la yang tahu melainkan Allah,
imej yang putih suci ni dah
kotor gara-gara pencemaran,
Dari skema-skema dah jadi apa dah,
tak dapat nak dikatakan di sini,
Mungkin bagi sesetengah orang
kalau tak kena camtu,
bukan student la namanya.
Mungkin bagi insan yang dah
biasa dapat gelaran skema,
budak baik la,
apa la,
situasi tersebut macam trauma lak...
waaaaaaaa......
Berharap esok lebih baik dari hari ini....


p/s: Boleh tak, nak bersuka ria walaupun perkara yang teruk camni berlaku??dah tak kisah ni...

Sunday, February 20, 2011

Sustainable or election campaign?

Memang tak dapat dinafikan kat hampir semua universiti, dah sibuk dengan pilihan raya kampus. Jadi, memang perang poster la sekarang ni. Sebelum-sebelum ni, UTM sibuk nak jadi sustainable campus. Pada pendapat Anis Syazwani Shuhaimi, kempen nak jadikan UTM sebagai sustainable campus macam tak menjadi lak. Lagi-lagi sekarang, masa perang poster. Memang banyak penggunaan kertas. Cuma berharap lepas habis je pilihan raya kampus, poster-poster 2 tolong la dikitar semula. Tak tau la kalau ada lagi mak cik-mak cik nak guna buat bungkus nasi lemak..



p/s: sekadar menyokong kempen Bumi Hijau. Bakal environmental engineer ni.. =)

Monday, February 14, 2011

Mencari yang hakiki

Matahari hari ini sungguh bersemangat
memancarkan sinarnya yang terang-benderang,
cukup untuk membuatkan jasad ini
terkapai-kapai dalam kelemasan,
tercungap-cungap mencari
nafas baru di hari yang begitu panjang.

Hati yang dari pagi tadi
terkinja-kinja inginkan masa yang lapang
mulai murung di kala jasad
ingin rebah dalam kesibukan 
dunia kuliah yang tiada perhentian.

Maafkan aku wahai hati,
bukannya aku tak mengerti,
bukannya aku tak sudi,
sinar hidayah dari Sang Pencipta
berbisik kepadaku,
mencari erti kehidupan
dalam kesulitan,
mencari yang hakiki 
dalam kepiluan,
mencari yang abadi
dengan ketakwaan.

Wahai hati,
Janganlah kau merajuk,
Kerna tiada siapa yang mampu memujuk,
Turuti la kataku,
mungkin ini yang terbaik buatmu,
jangan terus kekontangan,
kedahagaan gara-gara
mentari yang terus tegar
membakarmu,
carilah kedinginan yang tiada penghujungnya,
carilah yang hakiki,
bersatu la dengan waras akal,
yang bakal memimpinmu
mencari yang satu,
Teruskan perjuanganmu,
biarpun badai melandamu......

Sunday, February 13, 2011

Matahari,hujan,pelangi

Sungguh indahnya alam ciptaan Allah,
Betapa bersyukur kerana masih lagi
diberi ruang untuk bernafas dan
menjalani kehidupan seperti biasa
di muka bumi Allah ini.

Siang berganti malam,
malam berganti siang,
siang ada keindahannya,

malam ada kecantikannya.
Subhanallah....
Matahari terus melaksanakan
amanahnya setiap saat memancarkan
sinarnya tanpa henti, tanpa berkira,
tanpa lelah, untuk terus taat
pada Sang Pencipta.

Biarpun kadangkala bumi disirami
hujan, hingga tidak sedikit pun sinar
matahari yang kelihatan, namun
matahari terus melaksanakan
tugasnya walaupun si manusia
tidak pernah mengenal erti
pengorbanannya.
Jangan salahkan hujan jika
matahari tak kelihatan,
Jangan salahkan matahari jika
membuatkan dirimu dalam kedahagaan
dan kepanasan.
Kerana hujan dan matahari sumber
kebahagiaan hidupan bumi
dan alam semesta.

Hingga ada yang menjadikannya
sebagai falsafah dan motivasi,
ada yang cuba memahami
pengorbanan sang matahari
dan rahmat di sebalik tiap titisan hujan.
Termasuklah diriku sendiri
yang sentiasa menggamit setiap
hikmah di sebalik semua
kejadian yang berlaku di sekelilingku.
Ada pelangi yang cantik selepas hujan,
mengubati kegusaran hati setelah
dibasahi hujan,
Cuma kadangkala aku lupa pada
sang pelangi yang kian menceriakan
hati kecilku setelah hujan
mencurah-curah membasahiku.

Namun, aku bersyukur atas segala
yang telah dikurniakan Ilahi,
aku berpayung di bawah cintaNya,
cinta kekasihNya, cinta kedua-dua
mak abah yang dianugerahkanNya,
biarpun masih sejuk dan basah
di tengah-tengah hujan,
biarpun berpeluhan dengan
terik sinar sang matahari,
biarpun pelangi cuba memujuk
hati yang basah ini,
namun di bawah payungan ini,
aku terus bersemangat menjalani
pelayaran ini biarpun dihalang
dengan ombak dan taufan
yang kian mengganas.....


Wallahualam......

Thursday, February 10, 2011

Jika cintamu pada Nabi seperti cintamu pada air sejuk



Dengan wajah muram seorang murid bersimpuh di hadapan syeikhnya. Sang syeikh dengan wajah dan suara berwibawa bertanya kepadanya, "Apakah gerangan merisaukanmu?"


"Wahai syeikh, sudah lama aku ingin melihat wajah Nabiku walau hanya lewat mimpi. Namun, sampai sekarang keinginanku belum juga terkabul,"jelas si murid.


"Ooo... rupanya itu yang kau inginkan.Tunggu sebentar...," Sang Syeikh mengeluarkan pena, kemudian menuliskan sesuatu untuk muridnya. "Ambil ini dan bacalah setiap hari seribu kali, Insya-Allah kau akan bertemu Nabimu," ujar Sang Syeikh.


Dengan wajah berseri pulanglah si murid membawa catatan itu. Namun setelah beberapa minggu, kembalilah si murid ke rumah syeikhnya memberitahukan bahawa bacaan yang diberikan Tuan Syeikh itu tidak menghasilkan apa-apa. Sang syeikh segera memberikan bacaan lain. Namun, beberapa minggu kemudian, muridnya kembali dengan lesu memberitahukan bahawa bacaan itu pun masih belum menghasilkan apa-apa.


Setelah diam beberapa saat, berkatalah sang syeikh,"Nanti malam datanglah engkau ke mari. Aku mengundangmu makan malam." Sang murid mengangguk kemudian pulang ke rumahnya. Setelah tiba saatnya, pergilah dia ke rumah sang syeikh bagi memenuhi undangannya. Dia merasa hairan melihat syeikhnya hanya menghidangkan ikan masin sahaja.


"Makan, makanlah semua ikan itu. Jangan sisakan sedikit pun!" kata sang syeikh kepada muridnya.


Disebabkan dia tergolong dalam kalangan murid yang taat, maka dia menghabiskan semua ikan masin yang ada. Selesai makan, dia merasa kehausan yang luar biasa kerana memang ikan masin membuat orang mudah kehausan Dia segera meraih segelas air dingin yang ada di hadapannya.


"Letakkan kembali gelas itu!"perintah sang syeikh. "Kau tidak boleh minum air itu hingga esok pagi, dan malam ini kau tidur di rumahku!" arah sang syeikh lagi.


Dengan penuh rasa hairan, si murid menuruti perintah syeikhnya. Malam itu dia tidak dapat tidur. Leherny terasa tercekik kerana kehausan. Dia membolak-balikkan badannya, hingga akhirnya dia tertidur kerana kelelahan. Apa yang terjadi? Malam itu dia bermimpi, syeikhnya menghulurkan segelas air sejuk. Setelah minum, dia terjaga dari tidurnya. Mimpi itu sangat nyata. Seakan-akan benar-benar terjadi kepadanya.


"Apa yang kau mimpikan?" tanya sang syeikh yang berdiri tidak jauh darinya.
"Syeikh, aku tidak memimpikan Nabiku, aku mimpi minum air!" jelas si murid.


Tersenyumlah sang syeikh mendengar jawapan muridnya. Kemudian dengan bijaksana ia berkata, "Jika cintamu pada Nabi seperti cintamu pada air sejuk itu, nescaya kau akan memimpikannya."


Menangislah si murid. Dia baru sedar ternyata dalam hatinya belum cukup rasa cinta kepada Nabi. Dia masih lebih mencintai dunia daripada Nabi. Masih banyak meninggalkan sunahnya. Dia masih lebih mencintai air.






~Qasidah untuk kekasih~

Kerja last minute

Sejak kebelakangan ni, hidup kat UTM ni
memang dirasakan cukup bermasalah 
bagi Anyyss Shuhaimi.
Memang itu tak dapat dinafikan 
apabila tugasan-tugasan yang perlu 
diselesaikan sepanjang cuti sempena
Tahun Baru Cina dibawa pulang ke UTM.
Memang tugasan-tugasan tu takde perubahan
langsung sebagaimana dibawa pulang ke rumah.

Gara-gara ikut kata-kata
orang kebanyakan 
"kejap lagi boleh buat" dan tak 
mahu teladani sikap orang jepun
"sekarang jugak kena buat",
inilah akibatnya.
Buat kerja di saat-saat akhir
yang telah lama menjadi darah
daging orang kebanyakan,
menyebabkan kerja yang dihasilkan
takde kualiti, ambil nama atas usaha 
orang lain, sakit kepala, tak cukup tidur,
dan macam-macam lagi.

Memang tak dapat dinafikan
memang susah nak ubah sikap 
yang sebegini biarpun ditegur
berjuta kali oleh insan-insan yang 
berhati mulia dan penyayang
namun dianggap sebagai penyibuk
dan suka jaga tepi kain orang.
Mungkin dengan doa yang berterusan,
azam yang kuat, istiqamah dalam
melakukan sesuatu,
Insya-Allah kita mampu untuk 
tidak menangguhkan kerja.
Umat Islam sentiasa boleh!


Apesal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...