Monday, May 23, 2011

Temui cara kurangkan rasa nak makan dan terlebih makan melalui sarapan anda


Seperti yang semua orang tahu, sarapan sangat penting dalam memulakan aktiviti seharian. Sarapan juga mungkin membantu anda dalam mengurangkan bunyi perut anda ketika anda kelaparan di pagi hari..*ye ke? 

Walaupun ramai yang tahu bahawa pengambilan sarapan itu penting tapi masih ada yang tidak ambil peduli. Para pengkaji luar negara percaya sarapan adalah strategi yang cukup berharga dalam mengawal nafsu makan dan menetapkan pengambilan jumlah makanan. 

Nafsu untuk makan menjadi tinggi apabila sarapan dilewatkan. Dengan erti kata lain, sarapan = makan tengah hari. Apabila sarapan dilewatkan, peratusan untuk mengambil makanan yang berkalori tinggi dengan banyak menjadi tinggi. Mungkin tiada masalah bagi orang yang memiliki berat 42 kg untuk mengambil makanan berkalori tinggi. 

Apabila kita mengambil makanan yang kaya dengan protein ketika sarapan, lapar pada waktu pagi berkurangan. Nafsu untuk mengambil makanan ringan atau snek yang tinggi kandungan garam, gula, dan lemak antara waktu makan juga kurang. Amalkan sarapan yang berprotein tinggi seperti susu, susu+bijirin dan roti. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak. 
  

p/s: Berat aku tak naik-naik dari 42 kg.. sakit ke apa? :(

5 reader's comment(s):

Budak Botak said... [Reply to comment]

he3 sama la kita. Makan byk mana pon maintain ja...

Entry terbaru -> Budak Botak Terpaksa Dedahkan RAHSIA Ni Kepada Cik Anon Semua... (",)

cik azeya said... [Reply to comment]

saye tak selalu makan sarapan. tak sempatttt. adeh. nak diet kononnye. hahahaha.

berat 42? oklah tu. jelesnyeeee.

T__T

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@Budak Botak
Hahaha....agaknya kalau tak makan,berat maintain tak? :)

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

@cik azeya
berat 42kg tak ok la..underweight :p

Budak Botak said... [Reply to comment]

singgah sini, he3. Nak usha entry baru tapi blom ada...

Apesal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...