Baru aku tau kenapa mak tak galakkan aku pakai mekap.
Mak bagi pakai celak mata dengan compact powder je.
Kalau nak pakai aksesori pun, yang mak bagi gelang dan cincin je.
Rupa-rupanya sebab firman Allah dalam surah an-Nur ayat 31:
"Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasaannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhias yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."
Bertudunglah dengan sempurna, bukan hanya tutup kepala, malah tutup leher dan dada. Jangan menampakkan perhiasan yang tidak dibenarkan seperti rambut, telinga, leher dan kepala.
Ibnu Abbas R.A., salah seorang sahabat terulung Nabi S.A.W. menafsirkan "perhiasan yang (biasa) nampak daripadanya" adalah celak mata dan cincin. Anas Bin Malik R.A juga sependapat dengan beliau.
Oleh itu, bahagian badan yang mempunyai celak mata dan di mana cincin dipakai (iaitu muka dan tangan) adalah dikira sebagai "yang (biasa) nampak". Ini juga merupakan pendapat Tabi'in seperti Said bin Jubair, ‘Atha', Auza'i dan lain-lain.
Bagaimanapun, Ummul Mukminin Aisyah R.A., Qatadah dan beberapa yang lain pula berpendapat gelang sebagai "yang (biasa) nampak". Oleh itu, pergelangan tangan (di mana gelang dipakai) juga dikira sebagai "yang (biasa) nampak" jika ianya tidak menimbulkan fitnah.
Dan firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 33:
... dan janganlah kamu mendedahkan diri (bersolek) seperti cara orang Jahiliyah zaman dahulu...
Wajah dan pakaian yang dihiasi dengan solekan dan perhiasan yang menarik bakal menarik perhatian dan mata lelaki bukan muhrim..Naudzubillah min dzalik..
Terima kasih emak.. ^_^
4 reader's comment(s):
bentuk badan pun sama...so jgn pakai ketat2 wpun dgn org yg kita "syg ketat2"..hihihi
betul3.. sng kata tutup aurat dgn sempurna..cuma syg mak je "syg ketat2"..hehe
betol3....tutup aurat biar la betol2 kan...
like3
Post a Comment