Menjelang keluarnya result peperiksaan, mesti ada yang mengucapkan sejuta kesyukuran atas kejayaan dunia yang telah diberi atas susah payah dan penat lelah yang dilalui..Tidak kurang juga ada yang mengeluh atas keputusan yang tidak mencapai sasaran yang disasarkan pada awal semester. Mana tidaknya,atas pengalaman sendiri. Pada mulanya memang cukup sedih dengan keputusan yang begitu teruk. Orang lain dapat dekan, aku masih tak dapat dekan. memang ada masalah la 2. Bila orang tanya pasal result, aku menangis. Tanya pasal result, menangis. Memang result masa sem 3 ni cukup mengguris hati. Aku tau ada hikmah atas setiap perkara yang berlaku. Namun,aku insan yang lemah, punya hati dan perasaan yang cukup kerdil. Masih sukar nak terima apa yang terjadi. Masa untuk muhasabah diri. Dah lama tak bermuhasabah diri.
Pernah gak sampai berkata sebegini "Ya Allah,aku telah korbankan masa dan tenagaku untukMu. Bantulah aku untuk mendapat keputusan yang baik." Bila keluar je result, memang tak seperti apa yang disangkakan.
Allah berfirman dalam surah Muhammad ayat 7:
"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
Sememangnya bila kita tolong agama kita, Allah akan bantu kita. Tapi, sedar tak sedar, kita dah letak syarat masa kita berdoa, masa buat solat hajat. Ye la. Buat sesuatu dengan meletakkan syarat. Sebab ini la kot aku tanggung kekecewaan yang amat sangat atas syarat yang aku letakkan untuk dapatkan DEAN LIST. Allah itu Maha Berkuasa, Maha Mengetahui. Sememangnya aku tak perlu letak apa-apa syarat semasa berdoa. Tak salah kalau memohon pertolonganNya. Sesungguhnya Allah itu sahaja tempat kita memohon pertolongan, memohon perlindungan. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. Mungkin bila tak dapat DEAN LIST, Allah bagi yang lebih baik dari itu, yang lebih baik dari apa yang kita minta dariNya. Memanglah kalau
kata-kata ini hanya meniti di bibir, bunyinya seperti menerima ketentuan Allah, namun di hati, memang susah nak ubati hati yang terguris ini.
Kadang-kadang,bila kita flashback balik doa kita, ada nada keikhlasan. Bila diteliti balik, ada syarat yang diletakkan. Allah itu tidak memungkiri janji. Yakinlah apa yang kita korbankan atas namaNya, dengan penuh keikhlasan, seperti semut hitam di atas batu yang berwarna hitam pada malam yang kelam, pasti tidak akan disia-siakan. Pujuk balik hati yang runsing ni, yang terguris pasti ada penawar. Teruskan pengorbanan walaupun diri ini rasa begitu hina sekali. Pemimpin harus berkorban. =)
Wallahualam...
3 reader's comment(s):
anis.ape maksud kau dengan letak syarat dalam berdoa?hee.tak faham lor~
hurmm....sabr ok yunk........jgn sedey2...=)
ainur: buat sesuatu tuk dptkan sesuatu.contohnya sampaikan sesuatu yang baik kpd org len dgn syarat Allah bagi die 4 flat..camtu la
Post a Comment