Pos kali ini mungkin nampak
macam pelik bagi seseorang macam
aku nak pos kat blog..
Sebelum tu,nak tanya la..apa yang kita faham pasal nikah khitbah ni?
aku cuba kupas sikit2 la pasal nikah khitbah ni..bukan kupas buah ea....
daripada apa yang aku faham sebelum ni,
nikah membawa maksud suatu akad yang membawa implikasi kepada seseorang itu melakukan persetubuhan dengan menggunakan sebab lafaz nikah manakala khitbah pula membawa maksud kepada pertunangan iaitu menuntut untuk berkahwin dengan perempuan dan menurut syafi’iyah pertunangan membawa maksud menuntut pihak lelaki untuk berkawhin dalam ikatan pertunangan.
Namun, nikah khitbah bukan la satu perjanjian untuk berkahwin atau pertunangan. Nikah khitbah sama seperti nikah biasa, rukunnya seperti rukun nikah biasa yang memerlukan suami,isteri,wali,saksi dan akad (ijab kabul). Yang membezakan nikah khitbah dan nikah biasa ialah bagi pasangan suami isteri yang tidak tinggal bersama atau tinggal berasingan atas beberapa keadaan:
- Masih menuntut atau belajar
- Tidak mampu dari segi material
- Tidak bersedia untuk menjalankan kehidupan berumah tangga
Nikah khitbah bukanlah kita kena beli rumah,bagi isteri makan,beli barang keperluan rumah..nikah untuk menghalalkan hubungan..kalau sekadar cakap,tulis kat blog ni,memang la macam senang je kan?tapi nak laksanakan pada zaman ni,mungkin agak sukar la. Kalau aku cakap kat mak aku yang aku nak kawin atas sebab-sebab tertentu yang dah wajibkan aku untuk berkahwin,mesti aku kena pelangkung dek mak aku la.
Korang pun,bila baca pos ni,mesti akan kata "ingat senang ke kalau kahwin?",
"macam mana nak tanggung isteri kalau diri sendiri tak mampu nak tanggung diri sendiri?",
"belajar pun tak habis lagi," dan bla,bla, bla,bla... betul tak??
Allah berfirman dalam surah An-nur ayat 32:
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah SWT Maha Luas Rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui"
Tengok!!
Allah dah berjanji dalam Al-Quran. segala urusan yang baik kerana Allah Taala akan dipermudahkanNya.
Jangan risau pasal tak mampu nak tanggung isteri,rezeki di tangan Allah. Kalau ada gaji banyak sekali pun,
kalau takde rezeki,Allah tak izinkan,camne??
"Mas kahwin? Hantaran? Orang2 sekarang nak hantaran paling kurang RM 10K."
“Di antara kebaikan wanita adalah memudahkan maharnya dan memudahkan rahimnya.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 23957. Dihasankan oleh Sheikh al-Albani di dalam Shahih al-Jami’, 2/251)
“Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah” (Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab an-Nikah, no. 2117. Disahihkan oleh Sheikh al-Albani di dalam al-Irwaa’, 5/345)
Mungkin orang takut nak kahwin disebabkan adat, budaya..macam apa yang berlaku sekarang ni..Hantaran nak beribu-ribu,buat pelamin besar-besar,kalau boleh nak kalahkan pelamin Siti Nurhaliza..Nak wat majlis resepsi la...Apakah??
Satu pembaziran semata-mata..Mana perginya niat asal nak kahwin tadi..
Permudahkan,jangan dipersulitkan..
Berbalik semula pada nikah khitbah..
mungkin ada yang bertanya pasal nafkah..
nafkah keluarga tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku.
Namun,tak timbul halangan kalau suami isteri keluar bersama..keluar makan,dating,belajar bersama..
Mungkin bagi sesetengah ibu bapa, perkahwinan semasa sedang melanjutkan pengajian bakal menimbulkan risiko dalam perhubungan, baik suami isteri atau pun kedua-dua belah keluarga..Senang la bagi aku nak tulis kat blog camni..Padahal nak cakap dengan mak pasal hal ni pun, aku belum ada kekuatan lagi.
Kesimpulannya, buat pasangan yang sedang hangat bercinta (termasuklah diri aku sendiri), nikah khitbah adalah satu alternatif kepada coupling. Sampai bila nak terus couple? kalau nak bercinta pun,biarlah bercinta dengan ikatan yang suci iaitu ikatan pernikahan.....
yang baik semuanya daripada Allah,yang kurang baik dari diri aku sendiri...
http://khalifash.blogspot.com/2010/02/alternatif-nikah-khitbah.html
http://pemuda.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=135:nikah-khitbah-gantung-boleh-mencegah-penzinaan&catid=37:kenyataan-media&Itemid=61
http://an-nawawi.blogspot.com/search/label/Cinta
5 reader's comment(s):
wah.. bile ko nk nikah khitbah??? haha
tp btul r.. org skrg nie mmg adat bnyak sgt.. yg tue r. yg nie r. kdg2 tunang tue mcm nk menikah majlis nye.. padahal bertunang itu ptt dirahsiakn dan perkahwinan itu dihebahkn... masalah cket dgn masyarakat kita skrg..adat lebih diikuti dari agama..paah nk ubah mind set masyarakat melayuskrg nie.. huhu
haha...tggu org masuk meminang..ngeh3..
itulah realiti..
sampai aku penah cakap kat mak aku,
kahwin nanti nak nikah jek,xpayah bersanding...
sape org tue? bile? haha
ermm. aku pn cakap gitu gak kat mak aku.. jz nk wat ape yg disuruh dalam islam jer.. adat2 malas nk ikut sngat. haha
sape org 2??
nti ble dh ada org meminang,dh nak kawin dah...
ko la org pertama yg aku gtau ea....haha
betul.adat byk sgt la..
aku tunggu. kalo aku jd org kedua taw cyap ko.. haha
Post a Comment