Sunday, October 17, 2010

Mesej-mesej

Ombak yang berlalu
memecah keriuhan pengunjung di pantai
membawa pasir-pasir pantai
menghanyutkan khazanah lautan

Aku mencari-cari
suara-suara ombak
yang tidak lama di pantai
yang cuba membisikkan sesuatu
yang cuba menyampaikan kod-kod alam
matahari memancarkan cahayanya
tatkala aku berlarian di gigi air
mencari ombak yang menghilang

Tercarik-carik khazanah lautan
di sebalik pasir-pasir pantai yang memutih
ku temui
namun tidak kesemuanya
baik keadaannya
ada yang tidak dapat dikenal pasti
spesiesnya
ada yang tinggal sebahagian sahaja
tidak kurang juga 
masih ada yang terserlah keindahannya
yang masih terpelihara rupa bentuknya

Jenuh memilih yang terbaik
yang cantik itu aku bawa pulang
yang rosak itu aku tinggalkan
bayu laut meniupkan melodi merdu
dahan-dahan menyambung dengan irama yang padu
aku termangu-mangu
memahami suara-suara alam
yang tidak pernah aku cuba fahami
yang tidak pernah aku renungi

aku terkedu seketika
betapa Allah Maha Berkuasa
Maha Mengetahui
mengatur perjalanan alam 
begitu lancar sekali
lontaran pesanan bertalu-talu
melalui alam yang terbentang
tidak sampai ke lubuk hati
ke kotak fikiran
khalifah di bumiNYA


p/s: aku bukan baru balik dari pantai....

Apesal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...