Monday, January 24, 2011

Padam punya padam, tertelan pemadam...erkk~~

Memang jelas numerical method dianak tirikan.
Mana tidaknya, masa hujung minggu dihabiskan
untuk thermo kk, lab organic chemistry (oc) dan oc semata-mata.
Tidak terkecuali avatar the last airbender..haha!!

Masuk2 kelas numec dengan kotak fikiran
yang dipenuhi dengan oc,tak mampu tuk dikosongkan
gara-gara apa yang dipulun semalaman, tak ditanya
masa kuiz oc..sabar je la...

Kuiz numec yang boleh dikira di tahap sederhana,
tidak membahayakan, menimbulkan salah faham
pada neuron-neuron otak menyebabkan anggota-anggota
badan bertindak di luar kemampuan.
Hal sedemikian menyebabkan situasi berkenaan terjadi.

Situasi 1: Proses penyelesaian masalah

Cik S : Macam mana ni ea? salah formula ni. Padam-padam. A,camne ni?
Cik A: Ko wat camni2, pastu camtu2. Dapat la nanti.
Cik S: Owh..camni. Xpe..kita cuba.

Jawab punya jawab, padam punya padam.
Padam dengan penuh kegigihan dan kesungguhan
gara-gara masa tak bagi peluang jawab lama-lama.
Padam dan terus padam, sampai habuk pemadam
masuk dalam mulut cik S.

Cik S: Hmmmmmmm.....apa ni? hmmm...telan je la.

Setelah selesai memerah otak sampai kekontangan,
baru Cik S dapat fikir sewaras-warasnya.
Cik S: Aku tertelan pemadam la. Boleh kena sembelit camni. Arghhhhhh!!!!

Jadi, jangan biarkan situasi ini berlaku pada anda.
Jangan sampai tak perasan anda telan sebahagian dari pemadam..
HAHAHAHA!!!!!!!!!

p/s: aku telan air liur je tadi... =p

Saturday, January 22, 2011

Tagged? Apakah? =)

Tak sangka di kala petang yang hening ni, 
boleh pulak cik ainur nak main tag-tag ngan aku..
ek eley~~
tak pe la. demi menjaga hati beliau,
aku jawab je le..

25 random things about me:

1) Mak, abah, labby, adik panggil kakak. Kat luar rumah, sume orang panggil anis.
    cikgu kat skool n matrik panggil syazwani. Lih ting panggil manis. =)
2) Umur sudah masuk 20 tapi perangai macam ............
3) Suka makan. Bukan makan nasi ea.
4) Suka gajet. Kalau pegi shopping mall, mesti melekat kat kedai kamera, pc, henset..
5) Cepat kecik ati.
6) Ahha. suka menangis :p
7) Masa kat skool, orang kata aku skema o nerd. =,='
8) Sangat menyukai coklat. Kinder bueno, Ferrero Rocher, Vochelle, Snickers. 
     tak lupa juga choki-choki. hehe =)
9) Suka amik tau pasal resepi-resepi baru tapi tak suka masak.
10) currently vice president of chemical engineering student society but not acting like one. =)
11) Orang lain ngadap western,korean, japanese movies. aku ngadap anime. haha
12) Suka sangat tidur..haha
13) penah jatuh dari motor masa kecik.
14) penah bersiaran kat radio n9 lepas amik result pmr
15) Selalu jadi orang tengah bila adik ngan labby bergaduh. pastu marah balik diorang. padan muka! haha
16) penah wat koleksi estidotmy satu ketika dulu. skang ntah ke mana menghilang
17) always blur.. :p
18) daisuki desu,dzul-chan. :)
19) tak suka tengok cite hantu.. creepy
20) hitam, merah, oyen, kuning
21) Nak pegi jepun kalau ada kesempatan
22) Arsenal forever!
23) Peminat novel tapi tak berapa kenal novelis
24) Pelupa
25) errr......nan de monai..haha

Mission accomplished!

Bila nak dapat 'first class' ni?

Malam semalam saya sungguh berbangga dan berbesar hati menerima undangan dari MB N9, Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hassan untuk bersama-sama beliau meraikan anak N9 yang mendapat ijazah kepujian kelas pertama. Satu peluang yang tak dapat ditolak apabila MB sendiri yang mengundang. Kalau anak Johor dapat undangan setelah disampaikan oleh kawan-kawan, berbeza dengan anak N9 yang menerima undangan terus dari MB N9. Amacam? Jeles x?


Hidangan yang disediakan pada malam itu memang mampu buat anda terliur. Nasi tilau yang sungguh wangi, diserikan dengan lauk dalca, pajeri nenas, ayam masak merah, rendang daging dan puding karamel buat pemanis mulut. Ucapan Dato' Seri yang penuh dengan loghat nogoghi memang cukup melucukan walaupun ucapan beliau cukup panjang. Bagi sesetengah orang, mungkin majlis ini hanya bermakna bila dapat makan malam percuma. Bagi saya, yang cukup terkesan di hati ialah apabila penyampaian anugerah buat siswazah anak N9 yang mendapat ijazah kepujian kelas pertama. Memang bulu roma meremang (bukan sebab DSI sejuk =p ) waktu tu.

Waktu tu, bukan hanya penerima anugerah yang naik ke atas pentas, ibu bapa pun turut naik. Alangkah bangganya kalau mak abah saya yang naik ke atas pentas atas kejayaan saya. Dalam majlis tersebut, kita bukan sahaja dapat mengetahui nama dan latar belakang pendidikan penerima anugerah, bahkan kerjaya sekarang. Yang cukup terkesan apabila pasangan kembar menerima anugerah. Abangnya bekerja sebagai jurutera di Shell, adik perempuannya pula bertugas sebagai jurutera di Petronas. Memang cukup terkesan di hati. Bila saya boleh dapat 'first class' dengan berbekalkan keputusan yang tak seberapa baik sepanjang 3 sem pengajian? Bila dapat bawak mak abah naik ke atas pentas untuk terima anugerah?

Apesal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...