Monday, March 28, 2011

Segmen cikgu bertanya: best ke couple?



Moshi moshi!! Ikage desu ka? Haik. genki desu..maaf..tiba-tiba keluar jepun la kat sini. Disebabkan Anyyss Shuhaimi budak skema (baru mengaku skema.. ^_^), jadi kena la jawab pertanyaan cikgu suraya ni. kan cikgu?


Kamu couple ke tak?
Err...dengan sejujur-jujurnya dan seikhlas-ikhlas hati, saya mengaku saya ada couple. Bukan niat nak berbangga-bangga sebab ramai yang ada couple, dan sebenar-benarnya saya malu nak mengaku saya ada couple...


Kalau couple, ce citer sikit cam ne detik2 perkenalan...dan dah berapa lama couple?
Kami mula kenal sejak dari tahun pertama dan masa first year, semua seksyen telah ditentukan dan kami belajar hampir kesemua subjek semester tersebut dalam seksyen yang sama. Gerak-geri, perlakuan, kata-kata, gelak ketawa. Dari mata dan telinga, turun ke hati. Nama si dia, saya malu nak cerita walaupun hampir semua orang tahu. Sebenarnya saya pun tak tahu bila couple.. hee~~


Best ke couple?
Ada ke soalan ni cikgu? Mungkin bagi sesetengah orang, couple tu best. Bagi saya, jangan sesekali cuba menjerumuskan diri anda ke kancah ini. Nanti banyak sakit hati, banyak berendam air mata, emosional je. Jawapan saya, entah...hee~~~


Pernah gaduh besar?
Tak pernah rasanya. Tapi pernah satu ketika, 7 kali seminggu kami berbalah pendapat. Memang seminggu tuh tak baik la. Lagipun, saya suka cari gaduh. Mujur dia tak..hee~~


Apa harapan korang pada gf/ bf ataupun bakal bf /gf korang?
Seandainya si dia membaca entry ini, bila mahu masuk meminang?? ^_^


Nak tag nabil sofi, izyan balqis dan ainur..
kalau mau join,klik banner atas tuh...
p/s: Sila ignore entry ini setelah anda habis membaca. terima kasih..

Friday, March 25, 2011

Freaky Friday!!!

I'm not going to use English in this entry
cos' my English sucks!
Don't know why. Learned English since
kindergarden but still not capable 
to tolerant with English. (apa yang aku merepek ni?? hee~~)

Lab report yang masih terbengkalai,
tugasan yang masih menimbun,
buku yang berselerak kat atas meja,
masih belum lagi menerokai 
dunia termodinamik kejuruteraan kimia (i used to call it tkk),
fantasi kimia organik yang penuh 
dengan cabang-cabang karbohidrat dan amino asid,
kiraan numerikal yang cuba mengatasi kiraan analitikal,
proses pengangkutan gas dan cecair.
Kalau tak habis teroka,
macam mana nak pergi berperang 
macam ni?
Strategi perang belum dirancang dengan teliti.

Disebabkan permasalahan di atas,
muka dah berubah macam pontianak 
harum sundal malam,
jalan dah macam zombi kampung pisang,
tapi tak kebuluran otak di sini.
Esok macam mana lak ea?

yang mana 1 aku? 

p/s: Ramai yang dah balik rumah, aku nak balik gak..stress!


Saturday, March 19, 2011

Contest Seunik Namaku

Tengah-tengah blogwalking tadi,
terjumpa la satu contest ni..
Ni dia...


ni dia banner dari pihak penganjur, Cik Zie. kalau nak singgah blog dia, klik je banner ni.


takde gambar comel. so,letak je la apa yang ada..hehe ^^

Sejak dari kecik lagi, nama diberi Anis Syazwani binti Shuhaimi. Anis yang membawa maksud teman setia manakala Syazwani pula bermaksud keharumanku. Bila sambungkan, jadi teman setia keharumanku. Amacam? Indah tak nama tuh? ^_^ Masa kat sek. ren. dulu, cikgu dan tok guru mengaji selalu panggil syazwani. Dulu-dulu masa tak tau maksud syazwani, tak berapa suka la orang panggil camtu. Lagipun, masa kat sekolah, ramai yang nama syazwani. Nanti malu lak bila panggil syazwani lain, syazwani ni yang menyahut lak..hehe...Ada jugak yang panggil Anis Suraya sebab waktu Anis Suraya masih dikenali ramai (sekarang tak ke? :p ) 
Masa dah masuk matrik pun, lecturer masih panggil syazwani. Masa tuh, dah tak kisah kalau ada orang panggil syazwani but please don't call me Wani cause it means crocodile. in japanese of course! Kebanyakan panggil Anis. Masa zaman matrikulasi, disebabkan nama yang hampir serupa, Anis dan Anas, tiba-tiba kami digandingkan padahal masa tuh, kami berdua tak ngam pun. haish.... Dan dalam ramai-ramai kawan kat muka bumi ni, ada sorang je yang panggil lain. Manis. Kalau terserempak dengan dia, kat mana-mana pun, mesti dia panggil manis. 
Atas kesempatan ini, terima kasih diucapkan kepada Abah, En. Shuhaimi Salleh atas nama yang cukup indah lagi baik ini.

"Semut pergi berjalan-jalan
di dalam hutan,
tiba-tiba dia ternampak MaNis,
dibawa lari "M" ke sarang,
tinggal la aNis..
hehe...sekian......"


Dengan berbesar hati 
Anyyss Shuhaimi ingin tag:
Kak Iena

Wednesday, March 16, 2011

2nd year experience at PSZ

Semua mahasiswa UTM mesti bangga kan
bila ada sebuah gedung ilmu yang berada
di kedudukan ke-48 antara 400 institusi di dunia dalam
"Ranking Web of World Repositories".
Perpustakaan yang memiliki
rujukan yang hampir lengkap
antara semua perpustakaan yang
terdapat di kesemua institusi pengajian tingggi Malaysia.
Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) ler..

Bukan nak cite pasal PSZ sebenarnya.
Saje je intro tuh bagi promosi PSZ.
Cuba bayangkan.
dah dekat 2 tahun
makan, tidur, mengadap buku,
mengelamun dan macam-macam lagi
kat bumi UTM ni.
tapi hari ini hari pertama
aku gunakan kemudahan PSZ
dengan sebaik-baiknya..
(selama ni guna sejahat-jahatnya.. =D )

Buku yang pertama dipinjam
selama hampir 2 tahun kat UTM ialah
"Operational Organic Chemistry"
(semangat nak buat lab report ^_^)
jadi, faham-faham la bila tak tahu
macam mana nak cari buku atau jurnal
guna InfoLan kat PSZ Portal,
tak ingat no pin akaun bila nak pinjam buku,
dan tak tahu macam mana nak guna
Self-Check Out Machines
Self-Check Out Machines. sumber:psz portal 
Terima kasih kepada Venmathy yang sudi
menemani aku saban hari kat PSZ.
Terima kasih kepada encik yang bertugas
kat kaunter tuh kerana tak tanya
kenapa aku lupa no pin yang aku letak
masa 1st year dulu. ^^
Masa terkial-kial kat depan mesin tuh,
mata pun meliar tengok orang lain
guna mesin tuh,
blur gak guna mesin tuh wat kali pertama,
mujur ada seorang chinese guy yang
cukup baik hati dan mesra
sudi membantu dalam kesulitan
meminjam buku. terima kasih ^^

p/s: siapa nak pinjam buku operational organic chemistry,jangan lupa mintak tau ^^

Monday, March 14, 2011

ok..faceblog pulak

Sebenarnya, insan 
yang bernama Anis Syazwani ni
tak pernah la tahu sangat pasal faceblog ni.

Tak tahu la kenapa ada rasa mahu join
itu faceblog. so,let's check it out!!

Ayat ni aku plagiat kat faceblog sebab aku
tak ada idea nak tulis apa pasal faceblog.
inilah hasilnya.....


TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.

Itu je sedikit sebanyak dari
pemilik blog ini.
Sekiranya anda mahu join,
join ler..takde sebarang paksaan
dari mana-mana pihak. ^^

Bila mak kata tak payah balik....

Selalunya kalau dah berjauhan dengan keluarga,
rindu kat mak abah tuh, dah jadi satu kemestian,
gila apa tak rindu kat mak abah sendiri.

Masa buat assignment, teringat kata-kata emak,
masa makan, teringat lauk masak lemak cili padi mak,
masa nak tidur, terigau-igau kata-kata mak
"Tidur awal,bangun awal,
tidur lambat,pun kena bangun awal!"
Dah pulak....  @_@
Kalau buat apa pun,
mesti teringat kat emak la...
Kalau call mak pun, mesti cakap kat mak,
"Jaga diri baik-baik mak, jangan selsema,
jangan batuk, jangan sakit-sakit badan.."
Padahal, diri sendiri tak terjaga kat tempat orang..
diri sendiri yang selalu selsema,gastrik... @_@

Minggu ni cuti sekolah mula kan,
so, apalagi, cakap dengan mak,
"Mak, nak balik. rindu kat mak."
Mak pulak selamba jek jawab,
"Jangan ngada-ngada. Nanti akak tak belajar
kalau balik rumah. Duk kat situ."
Memang tak terkata bila mak kata camtu.
Kalau cakap dengan abah,
"Abah, kalau orang nak balik, boleh tak?"
Dengan penuh dedikasi dan motivasi,
"Akak nak balik? Minggu depan ada test kan?"
Cuma mampu kata "Erkkkk........"
macam tau-tau je mak dan abah ni..
Terpaksa la ikut cakap emak.
syurga di bawah tapak kaki ibu emak.

Selalunya bila dah lama tak balik,
mak yang beria-ia suruh balik.
Yang ni, terbalik pulak..
Disuruhnya tak payah balik..
Padahal dekat je UTM JB dengan melaka.
dekat ke?? ^_^

p/s: disebabkan tak balik minggu ni, family nak datang sini hujung minggu ni..yeah!!

Sunday, March 13, 2011

tak puas hati!! huh..

SKK Nite 2011: A Memories to Remember 
(kalau ada kesalahan tatabahasa di situ,ampun maaf dipinta. 
dah memang temanya camtu..)

sepanjang malam tuh, 
memang grand sangat, 
kena dengan tema wedding, 
hiasan dewan lengkap dengan cupid,love 2, 
aku ingat valentine, 
rupanya wedding..hehe.. 

senior-senior tahun 3 dan 4 
memang pakai mengikut tema, 
macam pengantin betul, 
ada yang pakai sedondon macam Kak Iena dan Afiq
sumenya cantik-cantik,segak-segak belaka, 
persembahan yang menarik, 
intipati persembahan yang cukup 
berkait rapat dengan tema makan malam tuh. 

Tercalon untuk
Anugerah Pelajar Paling Berprotokol,
Nape tak untuk pelajar paling comel ka,
paling sopan ka?
hehehe...
Okey..aku tau muka aku sesuai
untuk gelaran nerd kan?

cuma aku tak puas hati 
bila waktu aku nak makan, 
"Anis, jom. jap agy kite wat persembahan," 
"Dengan segala hormat dijemput saudari 
Anis Syazwani untuk mengiringi ............." 
dan sekali lagi, 
"Dijemput saudari Anis Syazwani untuk mengiringi 
................................" 
Mengapa? mengapa? 
Aku tak puas makan wei.. 
Bayar mahal-mahal tapi tak abis makan, 
Sahabat-sahabat lain tak puas hati
sebab ada yang sakit perut gara-gara
makanan malam itu,
tapi aku tak pulak.... :-p

Mak kata "takpe la kak,dah jadi orang kuat,
sabar je la,"
Takpe..tahun depan,aku nak makan puas-puas..

p/s: sampai kat UTM,pukul 1.30 pagi,pun masih lapar lagi....

Friday, March 11, 2011

Woah!!!! tak sangka lak sampai macam ni..

Semalam, bila rajin menyelubungi diri,
terjumpa la 1 artikel yang bertajuk,
"High-Volume Portable Music Players May 
Impair Ability to Clearly Discriminate Sounds"

Para penyelidik telah mendapati mendengar
muzik yang kuat melalui "earphones" untuk
satu jangka masa dalam persekitaran
yang bising mampu menyebabkan
perubahan pada fisiologi saraf
yang berkait rapat diskriminasi
bunyi dengan jelas. Maknanya kat sini,
saraf tak dapat nak tafsir bunyi yang diterima
dengan jelas untuk satu-satu jangka masa.
Boleh dikatakan mendengar muzik pada
"high volume" membebankan saraf-saraf
otak dan sistem pendengaran. Mungkin
mampu mengurangkan keupayaan dalam
mengenal pasti bunyi sekeliling..

Lepas ni, kalau nak pakai earphones gak,
pastikan ada "noise cancellers"..
risau gak kalau tiba-tiba ada masalah
pendengaran nanti..

sumber: sciencedaily.com

p/s: ada masalah blur.. =p


Wednesday, March 9, 2011

Rahsia disember

  • sangat setia dan pemurah...
  • patriotik..
  • aktif dlm permainan dan pergaulan
  • kurang sabar dan tergesa-gesa
  • bercita-cita tinggi
  • suka jadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
  • seronok bila didampingi
  • suka dipuji, diberi perhatian, dan dibelai
  • jujur, amanah, bertolak ansur
  • tak pandai berpura-pura
  • cepat marah
  • perangai mudah berubah-ubah
  • tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi
  • benci pada kongkongan

betul ke???
p/s: tarikh lahir aku 27 Disember... =)

Tuesday, March 8, 2011

rindu la kat adik

Hari ini pecahkan rekod..
Call mak lama-lama..
rindu kat mak, abah, adik2..
Kalau kat rumah, tak sah kalau tak gaduh..
Bila dah jauh, tak sah kalau tak rindu..
Bila rindu, tengok la kenang-kenangan
kat dalam henset yang tak seberapa tuh..
Cukup menggamit memori
walaupun tak dapat tengok sendiri
mak yang makin comel,
abah yang makin hensem,
Labby yang makin gemuk :p
adik yang makin matang..


Bila sebut pasal adik,
anak lelaki tunggal dalam 3 adik-beradik,
tahun ni umur dia 11 tahun,
pemain bola baling sama macam akak dia ni,
trademark die, "adik tak minat la!"
sekali pandang macam perempuan,
sebenarnya lelaki..
yang selalu layan akak dia ni
macam kawan sekolah dia,
selalu cite pasal anime, kereta,
sains, video game...
antara yang selalu demand macam-macam,
tapi mak kata,
sekarang dia dah puas hati dengan apa yang ada..
caya la dik!!


masa darjah 2..

the latest view from me...

bukan calang-calang pemain boling. Pesaing terdekat dalam pungutan mata..
p/s: selalu cakap dengan dia pasal unit operation..haha

Friday, March 4, 2011

Wei,be professional la...

Ini bukan kisah nak ceburi atau
melangkah ke alam kerjaya professional
atau nak jadi ahli sukan professional
macam Tiger Wood..

Satu ketika dahulu,
insan yang diberi nama Anis Syazwani,
adalah seorang yang sangat pasif.
Memang susah nak bergaul dengan orang,
susah sangat nak menyuarakan pendapat,
tak pernah melibatkan diri dengan
apa-apa aktiviti yang memerlukan
suara dan pendapat.

Mula berkeyakinan bila masuk
tahun akhir sekolah rendah,
darjah enam la...itu pun tak tahu
dari mana dapat keyakinan tuh..
Dari penangan UPSR kot.
Bila masuk sekolah menengah,
memang dapat merasakan diri ini
kena berubah, kena berdikari,
tak boleh nak bergantung kat
mak abah lagi.

Masa itu,
bermulalah kerjaya diri ini
sebagai seorang pengawas. Itu pun
sebab guru kelas yang nak sangat..
Takpela..kena jaga air muka puan.
Mula belajar cara-cara membuat minit mesyuarat,
laporan kelab kerana pada masa itu,
bertindak sebagai setiausaha
Persatuan Sains dan Matematik,
tak kurang juga naib presiden kelab hoki.

Bukan sebab less self-confident je,
takde sikap professional pada ketika itu,
masih tak matang dalam menguruskan kerja,
menguruskan hubungan dengan teman-teman,
mengendalikan masalah peribadi dan kerja,
sehingga terbawa-bawa ke hari ini.
Biarpun kini menggalas tanggungjawab
dan amanah sebagai orang kuat persatuan,
kadang-kadang sampai merasakan
diri ini tak patut menerima jawatan tersebut.

Kurangnya sikap professional dalam
pengurusan kelab dan diri.
Memang diri ini mengakui
kadangkala,eh bukan,
hampir setiap masa memerlukan
kekuatan dalam berkomunikasi
dengan insan yang berlainan ragam dan jantina.
Terfikir juga andai kata terpaksa
berurusan dengan pelbagai ragam manusia,
bagaimana agaknya ingin terus bernafas
dan berjaya mengharunginya.....

Wednesday, March 2, 2011

Keghairahan ala-ala Albert Einstein

Ahha....

Kalau sebut pasal lab oc, siapa aje yang suka??
Kena bikin lab preparation la atau lebih dikenali
sebagai jotter, istilah dari dak-dak matrik,
kena selalu sampai kat lab sebelum eksperimen
mula, kalau tak meragau la kau duk kat luar
wat eksperimen yang orang lain tak buat,
tak boleh bercakap dalam lab,
kalau prof nampak je,
bak kata-kata Prof Wan Azlina
"No talking please!",

kena bikin lab report,
suka gile..hahaha...
tipu la..
Tapi memang tak dapat dinafikan
aku suka kimia sebab eksperimen,
sebab susunan molekul-molekul
yang macam entah pape entah..
Teringin gak sem ni aku nak wat
ala-ala kat sekolah dan matrik dulu,
wat eksperimen sampai asid memancut keluar
ke ladang gandum atas meja.
Abis cat meja cair..hahaha
Masukkan pepejal yang mudah teroksida
kat dalam air,
sampai meletup ala-ala mercun
masa tahun baru cina...aku suka..

Wat eksperimen, masukkan segala bahan kimia
pastu, meletup. Abis sume peralatan makmal pecah..
Bila dah pecah, nanti keluar la kata-kata camni,
"Ha!! pecahkan lagi. Dalam makmal ni banyak lagi apparatus!"
Atau pun wat macam faiz ngan rock wat ari selasa lepas.
Bakar meja..hahaha
Eh...over pulak..wat ether meruap gile-gile,
api menyala ala-ala masak char kuey teow.
sampai round-bottomed flask dah
jadi ala-ala pelita, menyalakan api lak,
amacam??best tak??

Apesal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...