Friday, August 29, 2014

Sensei

Kat lab, ada 3 orang sensei.

Sensei besar, tuan punya lab. 

Sensei tengah, tuan kedua punya lab.

Sensei kecil, ala-ala technician kat lab.


Sensei besar, paling terer cakap english.

Sensei tengah, english nya masih boleh difahami, bahasa jerman nya lagi hebat rasanya.

Sensei kecil, tak pernah cakap banyak dengan dia. Jadi tak tau. :p


Sensei besar, ilmunya luas.

Sensei tengah, dalam bidangnya mungkin. 

Sensei kecil, hmmm....entah


Kenapa cite pasal sensei ni? 
Aahhh...stress menghadap simulation.


Sensei tengah suruh tukar.

p/s: Kalau sensei baca ni, mau kena rendam dalam bio-oil.

Monday, December 9, 2013

Isnin 9 Dis 2013


Daun-daun yang dulu kemerah-merahan
kini luruh dari dahan, mereput di jalanan.
Angin yang dulu dinikmati dengan keasyikan,
kini tidak lagi disambut dengan kemesraan.
Masakan tidak.
Dulu menyejukkan,
kini mampu membekukan tulang belulang.


2 bulan.
Mungkin belum cukup untuk dijadikan ukuran.
Mungkin belum cukup untuk membuat penghakiman.
Namun, 2 bulan itu kadang-kadang cukup panjang
untuk mengubah sesuatu, mungkin seseorang.
2 bulan yang lepas,
Masih enak dalam keselesaan,
Masih lena dalam dakapan yang tersayang,
Semua perkara diterima bulat-bulat,
Andai timbul kekeliruan,
Mudah sahaja menggunakan konsep husnudzon.


Di sini,
Diterjah badai pemodenan,
Disapa mereka yang masih tidak mengerti
kehidupan yang punya Tuhan.
Ditujah pandangan orang kebanyakan.
Aku belajar mencari yang hakiki,
mencari sesuatu yang tiada di kampung halaman,
mencari di mana tuhan dalam hatiku.


Sekadar hiasan.


Monday, September 30, 2013

Menyambung pengajian ijazah sarjana


Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.


Sangat bersyukur kerana ujian yang Allah bagi selama ni membuahkan hasil. Impian sejak zaman sekolah menengah dulu, akhirnya tercapai.


Kini menyambung pengajian ijazah sarjana untuk program Green Asia di Chikushi Campus, Kyushu University, di bawah tajaan kerajaan Jepun, (MEXT-JSPS). Dulu sibuk nak fokus kepada alam sekitar, dan sekarang pengajian tertumpu kepada alam sekitar.




Terasa sangat-sangat bergantung kepada Allah memandangkan kehidupan di sini bukanlah kehidupan orang yang beragama. Terima kasih buat mereka yang sentiasa mengingatkan diri untuk sentiasa mengingatinya.


p/s: Lepas ni mungkin takde lagi cereka atau cerpen. Malas nak taip. T.T

Apesal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...