Friday, April 29, 2011

Hafal-hafal dah takde lagi..yes!

Alhamdulillah..
Dah selesai 2 subjek hafal-menghafal ni iaitu subjek Hubungan Etnik dan Organic Chemistry Biomolecule.
Biasa la bila ada paper 2 subjek ni, dah tentu ambil masa yang lama nak gam semua fakta, semua tarikh, 
semua tindak balas dalam memori yang tak pasti ada berapa byte yang tinggal. 

Siapa sangka Anyyss Shuhaimi jadi penganalisis politik. Komen pasal pilihan raya Sarawak, komen pasal skandal rasuah,skandal seks. Padahal soalan tuh tanya apa yang anda akan lakukan sekiranya anda seorang pemimpin kerajaan. untuk menjamin kestabilan politik negara. Takpe la. Tak pandai jadi ahli politik, jadi penganalisis dah la. :)

Bila dah tiap-tiap hari, tiap-tiap kali duk baca benda yang sama, duk pudat benda yang sama, wa cakap sama lu, wa rasa nak muntah. Padahal, masa exam tadi, aku sendiri punya la terkial-kial fikir apo la ghoman eh prostaglandin tuh. Dalam pada nak muntah tuh, takde la pulak struktur prostaglandin tuh. 
Kata dah sumbat semua dalam peti harta karun. Haish~~

Selesai je subjek OC, memang rasa nak campak-campak nota OC. Mengenangkan ilmu, takpe la. Nak kasi junior-junior rasa apa yang aku rasa la. Hahaha!!!

Sukanya...hehehehehe~~

Subjek Numerical Method, Termodinamik Kejuruteraan Kimia dan Transport Process menanti minggu depan. Peperangan semester ni belum tamat lagi. Jadi, nak sambung rancang strategi perang. :)

p/s: Tak sabar nak tunggu emel dari Zoo Melaka. Nak buat khidmat komuniti kat sana. :)

Monday, April 25, 2011

It's mine, never be yours!!!!

SIBLING PROPERTY RULES

1) If I like it, it's mine.

2) If I'm holding it, it's mine.
3) If I can take it from you, it's mine.
4) If I had it a little while ago, it's mine.
5) If I'm chewing something up, all the pieces are mine.
6) If it's mine, it must never, ever be yours again.
7) If it just looks like mine, then it's mine.
8) If I saw it first, it's mine.
9) If you are playing with something, and you put it down,it will be automatically mine.
10) If it's broken, it's yours...




p/s: Hahaha!!!!!!! Am I always like this?

Tuesday, April 19, 2011

No Manchester United,ok

Puas hati aku hari ini..

Walaupun Arsenal seri dengan Liverpool 
kelmarin, Chelsea kalahkan West Brom, 
Man. City kalahkan Man. United, 
aku takkan benarkan adik aku 
jadi kipas-susah-mati Man. United 
semata-mata Man. United kat tangga 
teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).
What da heck?? *pe aku cakap ni?? =,='


Serba salah dia nak sokong Man. United. 
Hahahahahaha.....jahat gila aku...
Semata-mata aku tak berapa ngam dengan Man. United 
sebelum-sebelum ni, aku tak bley time die
jadi fan Man. Utd. Tapi aku tak berapa kisah dia 
sokong Chelsea ke, Liverpool ke, at least
bukan Red Devil..

Sebab logo ni kot...
tak pun sebab gambar ni... :p

p/s: Ok. Akak tak kisah adik nak sokong apa..cuma jangan jadi macam red devil. :)


Sunday, April 17, 2011

Study week di rumah

Buat pertama kalinya, aku akan meluangkan masa, tenaga,
dan lain-lain di rumah. Tak sangka, buat julung-julung kalinya
mak aku bagi aku duduk kat rumah sepanjang
minggu ulangkaji. Tak pernah-pernah mak bagi aku balik
macam hari ini. Sebab dia tahu aku takkan study kat rumah.
Berbekalkan perjanjian lisan untuk terus study dan ugutan
akan menyorokkan lappy kesayangan aku sekiranya
perjanjian dikhianati, aku terpaksa bersetuju dengan
perjanjian yang dibuat semata-mata nak duduk
kat rumah. Sekurang-kurangnya, ada orang akan
marah bila aku tak study kat rumah.
Be positive anyyss!!

King and queen of my heart 

p/s: entry ni dinukilkan atas persetujuan pihak atasan...



Friday, April 15, 2011

Salah ke mengingatkan sahabat?

Baru-baru ini, ada seorang sahabat aku, M cuba mengingatkan sahabatnya, L  yang ingin berhijrah, yang ingin melakukan anjakan paradigma, cuma dia belum cukup kekuatan untuk berbuat sedemikian. Disebabkan M ini sentiasa berasa serba salah jika tidak mengingatkan L, dia berhasrat menegur L dengan baik. Tidak la menegur dengan memerlinya.

L yang pada asalnya sudah biasa mendedahkan rambutnya, sebenarnya sudah lama memendam hasrat untuk bertudung. Dia bertudung ketika di kampus, namun apabila di rumah, dia tiada kekuatan untuk terus melindungi mahkotanya. L menceritakan hal ini kepada M supaya M akan terus memberi motivasi dan sokongan kepadanya. M juga perasan yang L sentiasa memakai bau-bauan yang kuat sehingga orang yang melewatinya akan turut terhidu bau-bauan tersebut.

M pun berkata "tak elok kalau kita wat camni. Bukan ke haram pakai perfume yang cukup kuat sampai orang lain pun dapat bau. Dikira zina tuh."

L, dengan terkejut pun berkata "Eh. betul ke? L tak tau pun."

"Betul. Ada disebut dalam hadis tapi tak ingat la hadis yang mana," sambung M.

"Kalau M jumpa, nanti bagitau la. Mesej ke,tak pun pos kat wall fb L," jawab L.

"Insya-Allah." jawab M dengan nada yang gembira kerana L menerima tegurannya secara terbuka.

Pada suatu ketika, dalam kekhusyukan membaca artikel di Internet, M terbaca 2 potong hadis dan ternyata hadis ini boleh dijadikan pedoman buat dirinya dan sahabat-sahabat yang lain.

 Rasulullah saw bersabda “….seseorang wanita apabila memakai bau-bauan, kemudian melewati (melintasi) di hadapan orang ramai dalam sesuatu majlis (yang ada lelaki dan bukan mahram dengannya), maka wanita itu dikira sama (dosanya) dengan zina” -petikan hadis Riwayat Ahmad dan al-Tarmizi

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

M ingin menghantar hadis tersebut sebagai mesej ke akaun facebook milik L kerana besar kemungkinan dia akan terlupa hadis tersebut. Namun begitu, disebabkan kelas M bakal bermula dan proses menghantar mesej itu sangat lama, M mengambil keputusan untuk pos di wall fb L sahaja dengan hasrat bukan sahaja L dapat membaca hadis tersebut malah dapat berkongsi dengan rakan-rakan M yang lain. Dan M tidak terus menujukan pos tersebut kepada L, hanya meletakkan hadis semata-mata tanpa sebarang ayat tambahan.

M sempat memaklumkan pada L tentang hal sedemikian dan L menerimanya denga hati yang terbuka. Tak lama kemudian, ada di kalangan rakan-rakan L yang bersangka buruk. Mengatakan M ingin mengaibkan L di fb, tak tahu cara berdakwah Rasulullah dan lain-lain lagi. Sebak hati M apabila menerima komen sedemikian. M sempat bertanya pada L sama ada dia perlu delete wall post tersebut, namun L mengatakan bahawa M tak perlu bertindak sedemikian. Biarkan pos tersebut di wall fb nya dan mengharapkan M agar menghiraukan segala kata-kata yang kurang baik dari rakan-rakannya. 

Biarpun L berkata sedemikian, namun ada rakan L yang masih lagi menidakkan cara teguran M tadi. Dengan mengatakan M ingin mengaibkan L, M mungkin akan menyebabkan L semakin jauh untuk terus meneruskan hasrat untuk terus bertudung, dan berbagai-bagai lagi.

M tetap berpegang teguh pada sebuah hadis Nabi saw:

Seorang sahabat bertanya pd Rasulullah SAW, " siapakah sahabat paling baik bagi kami?'". Jawab Rasulullah, " Seseorang yang bila kamu memandangnya, akan teringat pada Allah. Bila kamu mendengar ucapannya, pengetahuanmu bertambah. Dan bila kamu melihat kelakuannya, kamu teringat pada hari akhirat "

Dengan mengharapkan perbalahan tidak terus berlanjutan, M bertindak menekan butang remove pada wall post tersebut. 

*berdasarkan cerita sebenar

Sebarang teguran dan komen diterima dengan hati terbuka. 

p/s: Entry ini diabadikan mengikut pemahaman penulis. Maaf andai ada terpesong dari cerita sebenar. 

Thursday, April 14, 2011

Permulaan yang baik buat final exam..

Alhamdulillah. Allah masih memberi peluang untuk aku terus bernafas
di muka bumiNya, masih dapat menghabiskan minggu kuliah yang
terakhir. Menjelang study week yang bakal menjelma,
aku mengharapkan segala yang berlaku sepanjang semester
akhir tahun 2 ini sebagai satu permulaan yang baik buat
peperiksaan akhir tak lama lagi. Keputusan yang baik dalam
semua ujian, masalah kesihatan dan hati yang sedikit sebanyak
mematangkan diri ini, pergolakan jiwa yang kadangkala
mengurangkan kewarasan akal fikiran. Semoga rindu kepada
insan yang tercinta, emak, abah, adik-adik, dan si dia terus
menjadi inspirasi dalam setiap langkah ke hadapan.
Insya-Allah.
Kepada sahabat-sahabat 2 SKK (sarjana muda kejuruteraan
kimia), senior2 dan sahabat-sahabat lain,
terima kasih banyak-banyak atas segala sokongan dalam
menyelesaikan masalah, berkongsi kertas soalan tahun lepas dan
banyak lagi. Ampun dan maaf dipinta andai kata tersalah
bicara, tergedik tak semena-mena, terlupa secara tak sengaja,
andai kata ada hutang, jangan lupa tuntut ea.. =)

p/s: selamat ulang tahun buat siti khadijah dan khairunissa syairah. Moga kalian berdua terus berada dalam lingkungan rahmatNya..

Tuesday, April 12, 2011

Islamic video






Friday, April 8, 2011

Saya malu,anda?

Alhamdulillah. Selamat sampai di bumi Melaka. Walaupun sampai dalam pukul 7 lebih, namun hati gembira tak terkata-kata. Rindukan wajah mak dan abah, telatah adik-adik yang dikasihi. Sementara menunggu abah sampai, sempat juga mata melilau-lilau melihat gelagat manusia di Melaka Sentral. Bukan mencuci mata, sebaliknya meluaskan pandangan. Tengah-tengah mencari buah tangan, ada juga yang memandang aku. Bukan aku nak perasan aku cantik, sebab yang memandang aku tuh perempuan.

Pelik juga. Aku salah pakai baju ke? Tengok baju aku, ok je kot..takde apa yang pelik. Kalau nak pandang serong sebab aku tak pakai ikut trend terkini, aku ok. Aku tak kisah. Cuma jangan la pandang aku sebab aku pakai baju lengan panjang, labuh, dengan berstokin. Pelik ke? Pandangan anda dengan ketawa yang cukup  menjelikkan membuatkan saya tak sedap hati tau. Kalau anda yang memakai tudung, tetapi mendedahkan lengan dan leher yang putih mulus tuh, anda malu tak? Kalau anda bertudung, tetapi menampakkan bentuk tubuh badan anda tuh, anda malu tak?

Cukup la. Dengan berpakaian sebegitu, anda bukan sahaja dah cukup syarat, malah dengan mudah anda menarik mata-mata yang berlainan jantina dengan anda. Kalau saya yang berpakaian sebegini, anda dah pandang saya dengan pandangan macam tuh, sememangnya saya tak dapat nak kata apa-apa. Cuma saya merasakan saya malu kalau saya berpakaian seperti anda, bukan sekadar rasa malu dengan sekeliling, saya rasa teramat malu dengan Yang Maha Pencipta. Saya tak pernah merasakan saya cukup sempurna dengan cara saya sekarang. Masih banyak kekurangan dan kelemahan saya sebagai seorang perempuan Islam yang perlu diperbaiki.

Saya sendiri malu bila ada sahabat yang bukan Islam bertanyakan soalan mengenai perempuan Islam yang berpakaian tidak menggambarkan imej Islam, malah lebih menyeksakan mata yang memandang. Mata saya la kot. Mata orang lain saya tak tahu la. =)

Saya bukan dari kalangan yang begitu arif mengenai agama, cuma saya merasakan bahawa mengajak ke arah kebaikan adalah tanggungjawab semua, tidak hanya tertumpu pada yang arif agama semata-mata. Saya bukan malu kerana anda Islam, cuma saya rasa saya malu jika saya di tempat anda. Wallahualam..



Tuesday, April 5, 2011

Dah tak tahu nak buat apa....


Termodinamik kejuruteraan kimia (TKK)
banyak mengajar aku mengenali tokoh-tokoh
Barat melalui persamaan-persamaan yang 
cukup menghantui hidup aku minggu ni.
Cukup dahsyat bila sakit kaki akibat 
terkehel semasa menuruni tangga,
menjadi sakit kepala yang cukup 
menyeksa lembaran hidup aku hari ni.
Dah tak tau nak buat apa..
Kalau tidur, pasti berlayar di lautan TKK.
Kalau makan, pasti teringat 2 fasa yang wujud 
dalam satu sistem yang dipengaruhi tekanan dan suhu.
Dahsyat sungguh~~

I should get rest...

p/s: banyak sangat persamaan yang aku tak faham. Lepas ni, nak buat persamaan sendiri la. =)

Sunday, April 3, 2011

Bertudung tapi jangan.....


Baru aku tau kenapa mak tak galakkan aku pakai mekap. 
Mak bagi pakai celak mata dengan compact powder je.
Kalau nak pakai aksesori pun, yang mak bagi gelang dan cincin je.
Rupa-rupanya sebab firman Allah dalam surah an-Nur ayat 31:

 "Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasaannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhias yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." 

Bertudunglah dengan sempurna, bukan hanya tutup kepala, malah tutup leher dan dada. Jangan menampakkan perhiasan yang tidak dibenarkan seperti rambut, telinga, leher dan kepala. 

Ibnu Abbas R.A., salah seorang sahabat terulung Nabi S.A.W. menafsirkan "perhiasan yang (biasa) nampak daripadanya" adalah celak mata dan cincin. Anas Bin Malik R.A juga sependapat dengan beliau.

Oleh itu, bahagian badan yang mempunyai celak mata dan di mana cincin dipakai (iaitu muka dan tangan) adalah dikira sebagai "yang (biasa) nampak". Ini juga merupakan pendapat Tabi'in seperti Said bin Jubair, ‘Atha', Auza'i dan lain-lain.
Bagaimanapun, Ummul Mukminin Aisyah R.A., Qatadah dan beberapa yang lain pula berpendapat gelang sebagai "yang (biasa) nampak". Oleh itu, pergelangan tangan (di mana gelang dipakai) juga dikira sebagai "yang (biasa) nampak" jika ianya tidak menimbulkan fitnah. 

Dan firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 33:
... dan janganlah kamu mendedahkan diri (bersolek) seperti cara orang Jahiliyah zaman dahulu...

Wajah dan pakaian yang dihiasi dengan solekan dan perhiasan yang menarik bakal menarik perhatian dan mata lelaki bukan muhrim..Naudzubillah min dzalik..

Terima kasih emak.. ^_^

Saturday, April 2, 2011

Hari bermalas-malasan


I just wanna lay in my bed...

The MOM




Alhamdulillah...mujur mak aku tak macam ni.. I love u, mum!  :)

Friday, April 1, 2011

Bila dah takde kerja..


Menelaah lab manual makmal mekanik bendalir..



Semasa menelaah transport process


Masa teringat guinea pig berenang dalam air kopi

Dalam perjalanan ke Bandar Melaka

Aku sememangnya tidak mempunyai bakat dalam mengabadikan apa yang berada di sekelilingku dalam format jpg.

Apesal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...