Monday, January 24, 2011

Padam punya padam, tertelan pemadam...erkk~~

Memang jelas numerical method dianak tirikan.
Mana tidaknya, masa hujung minggu dihabiskan
untuk thermo kk, lab organic chemistry (oc) dan oc semata-mata.
Tidak terkecuali avatar the last airbender..haha!!

Masuk2 kelas numec dengan kotak fikiran
yang dipenuhi dengan oc,tak mampu tuk dikosongkan
gara-gara apa yang dipulun semalaman, tak ditanya
masa kuiz oc..sabar je la...

Kuiz numec yang boleh dikira di tahap sederhana,
tidak membahayakan, menimbulkan salah faham
pada neuron-neuron otak menyebabkan anggota-anggota
badan bertindak di luar kemampuan.
Hal sedemikian menyebabkan situasi berkenaan terjadi.

Situasi 1: Proses penyelesaian masalah

Cik S : Macam mana ni ea? salah formula ni. Padam-padam. A,camne ni?
Cik A: Ko wat camni2, pastu camtu2. Dapat la nanti.
Cik S: Owh..camni. Xpe..kita cuba.

Jawab punya jawab, padam punya padam.
Padam dengan penuh kegigihan dan kesungguhan
gara-gara masa tak bagi peluang jawab lama-lama.
Padam dan terus padam, sampai habuk pemadam
masuk dalam mulut cik S.

Cik S: Hmmmmmmm.....apa ni? hmmm...telan je la.

Setelah selesai memerah otak sampai kekontangan,
baru Cik S dapat fikir sewaras-warasnya.
Cik S: Aku tertelan pemadam la. Boleh kena sembelit camni. Arghhhhhh!!!!

Jadi, jangan biarkan situasi ini berlaku pada anda.
Jangan sampai tak perasan anda telan sebahagian dari pemadam..
HAHAHAHA!!!!!!!!!

p/s: aku telan air liur je tadi... =p

Saturday, January 22, 2011

Tagged? Apakah? =)

Tak sangka di kala petang yang hening ni, 
boleh pulak cik ainur nak main tag-tag ngan aku..
ek eley~~
tak pe la. demi menjaga hati beliau,
aku jawab je le..

25 random things about me:

1) Mak, abah, labby, adik panggil kakak. Kat luar rumah, sume orang panggil anis.
    cikgu kat skool n matrik panggil syazwani. Lih ting panggil manis. =)
2) Umur sudah masuk 20 tapi perangai macam ............
3) Suka makan. Bukan makan nasi ea.
4) Suka gajet. Kalau pegi shopping mall, mesti melekat kat kedai kamera, pc, henset..
5) Cepat kecik ati.
6) Ahha. suka menangis :p
7) Masa kat skool, orang kata aku skema o nerd. =,='
8) Sangat menyukai coklat. Kinder bueno, Ferrero Rocher, Vochelle, Snickers. 
     tak lupa juga choki-choki. hehe =)
9) Suka amik tau pasal resepi-resepi baru tapi tak suka masak.
10) currently vice president of chemical engineering student society but not acting like one. =)
11) Orang lain ngadap western,korean, japanese movies. aku ngadap anime. haha
12) Suka sangat tidur..haha
13) penah jatuh dari motor masa kecik.
14) penah bersiaran kat radio n9 lepas amik result pmr
15) Selalu jadi orang tengah bila adik ngan labby bergaduh. pastu marah balik diorang. padan muka! haha
16) penah wat koleksi estidotmy satu ketika dulu. skang ntah ke mana menghilang
17) always blur.. :p
18) daisuki desu,dzul-chan. :)
19) tak suka tengok cite hantu.. creepy
20) hitam, merah, oyen, kuning
21) Nak pegi jepun kalau ada kesempatan
22) Arsenal forever!
23) Peminat novel tapi tak berapa kenal novelis
24) Pelupa
25) errr......nan de monai..haha

Mission accomplished!

Bila nak dapat 'first class' ni?

Malam semalam saya sungguh berbangga dan berbesar hati menerima undangan dari MB N9, Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hassan untuk bersama-sama beliau meraikan anak N9 yang mendapat ijazah kepujian kelas pertama. Satu peluang yang tak dapat ditolak apabila MB sendiri yang mengundang. Kalau anak Johor dapat undangan setelah disampaikan oleh kawan-kawan, berbeza dengan anak N9 yang menerima undangan terus dari MB N9. Amacam? Jeles x?


Hidangan yang disediakan pada malam itu memang mampu buat anda terliur. Nasi tilau yang sungguh wangi, diserikan dengan lauk dalca, pajeri nenas, ayam masak merah, rendang daging dan puding karamel buat pemanis mulut. Ucapan Dato' Seri yang penuh dengan loghat nogoghi memang cukup melucukan walaupun ucapan beliau cukup panjang. Bagi sesetengah orang, mungkin majlis ini hanya bermakna bila dapat makan malam percuma. Bagi saya, yang cukup terkesan di hati ialah apabila penyampaian anugerah buat siswazah anak N9 yang mendapat ijazah kepujian kelas pertama. Memang bulu roma meremang (bukan sebab DSI sejuk =p ) waktu tu.

Waktu tu, bukan hanya penerima anugerah yang naik ke atas pentas, ibu bapa pun turut naik. Alangkah bangganya kalau mak abah saya yang naik ke atas pentas atas kejayaan saya. Dalam majlis tersebut, kita bukan sahaja dapat mengetahui nama dan latar belakang pendidikan penerima anugerah, bahkan kerjaya sekarang. Yang cukup terkesan apabila pasangan kembar menerima anugerah. Abangnya bekerja sebagai jurutera di Shell, adik perempuannya pula bertugas sebagai jurutera di Petronas. Memang cukup terkesan di hati. Bila saya boleh dapat 'first class' dengan berbekalkan keputusan yang tak seberapa baik sepanjang 3 sem pengajian? Bila dapat bawak mak abah naik ke atas pentas untuk terima anugerah?

Thursday, January 20, 2011

Bila JPA dah bagi duit......

Kalau sebelum-sebelum ni, muka muram, suara syahdu,
sekarang muka ceria, mata bersinar-sinar
kalah sinaran bintang kat langit.
Ni gara-gara duit JPA dah masuk la...

Nasihat dari mak dan sahabat-sahabat yang 
rajin bagi nasihat. Antara kata-kata mereka,
"Bila duit JPA dah masuk,
1. Jangan lupa bayar hutang. Nanti disekat dari masuk syurga.
2. Jangan lupa beli benda yang patut dibeli. Jangan buat alasan
    takde duit pulak.
3. Beli benda yang betul-betul perlu.
4. Buat pelaburan untuk masa yang akan datang.
5. Jangan lupa duit JPA tu duit rakyat. Guna baik-baik, jangan belanja
    untuk benda yang tak patut. Nanti kat akhirat, nak jawab apa dengan Allah.

Kadang-kadang aku pun lupa tanggungjawab aku sebagai seorang penerima
biasiswa duit rakyat. Mohon kepada sahabat-sahabat, bantulah diri ini
memegang amanah yang diberikan. 

Tuesday, January 11, 2011

Senang walaupun susah

Walaupun suasana agak tegang pada mulanya, namun aku bangga memiliki sahabat-sahabat yang tidak cepat melenting bila kesabaran tercabar. Mungkin aku tak pernah lihat seorang ketua yang selalunya cakap baik-baik dengan aku tiba-tiba mengeluarkan kata-kata yang agak memedihkan telinga aku. Mungkin kata-kata itu tidak ditujukan khas kepada aku namun hati aku cukup kuat merasakan yang kata-kata itu tidak perlu diluahkan kepada sahabat-sahabat perjuangan yang mampu berfikir dan membuat keputusan.

Aku mungkin tidak berada di situasi di mana program aku tiba-tiba dipengaruhi unsur lain bukan atas kerelaan sendiri. Geram dan pedih hati memikirkannya. Sampai pening kepala dibuatnya. Mana tidaknya, apa-apa yang berlaku kelak walaupun bukan atas keputusan kita, kita yang menerima kesalahannya kerana program itu di bawah kelolaan kita. Memang kita ada hak terhadap program kita, namun dengar la luahan anak buah yang bakal melakukan gerak kerja untuk program.

Namun, bukan juga salah mereka yang cuba mendapatkan sesuatu yang terbaik buat diri mereka. Tak salah bagi pendapat yang munasabah dan membina. Bukannya apa. Mereka berhak mengatakan sesuatu untuk perkara yang bakal mereka lakukan. Lagipun, setiap program ada risiko dan tak semua orang sanggup tanggung risiko. Jadi mereka tak mahu banyak risiko yang perlu ditanggung.

Aku bukanlah insan yang pandai menilai kepimpinan orang lain. Diri aku sendiri pun entah ke mana. Cuma sebagai seorang pemimpin, biarpun sesuatu perkara itu mencabar kewibawaan kita, jangan biarkan perkara itu terus menyelubungi kita. Atasi dengan bijak. Jangan biarkan orang lain nampak kita sebagai pemimpin yang tak mampu mengawal perasaan. Bagi yang dipimpin, anda tak salah memberi pendapat cuma pastikan cara anda itu betul  Tak nak la ketua kita salah faham ye..=)

Monday, January 10, 2011

Saya punya senarai

Tengah punggah-memunggah kotak fikiran tengah hari tadi, timbul la idea nak buat senarai ala-ala to-do-list. Saya dah pos apa yang saya nak capai sepanjang tahun 2011. Pos kali ini saya gabungkan apa yang dah jadi, masih buat, dan nak buat.

Yang dah jadi :
1) Tambah berat badan.
Jangan tanya berat badan saya berapa tau..malu =)

2) Masuk pilihan raya.
Atas gesaan "akak" dan sahabat-sahabat untuk bertanding,
saya menang jawatan timbalan presiden.

3) Memerhati dan bertanya.

4) Melepaskan lelah sejauh 3 km.

5) Baling - baling bola.

6) Memperindah akuarium.


7) Beli handphone baru.. =)


Masih :
1) Tidur dengan 2 teddy bear

2) Tak ngam dgn shawl n tudung syria
tak tau kenapa

3) Mimpi nak jadi tuan puteri.

4) Tak mampu makan banyak-banyak

5) Masih berusaha nak dapatkan banyak A.


6) Masih belajar camne nak buat puisi yang bagus.


7) Tak pandai guna photoshop. huhuhu

Nak buat :
1) Abseiling

2) Rock climbing

3) Scuba diving

4) Bungee jump

5) Kurangkan baca muka buku

6) Kurangkan pos entah apa-apa kat blog

7) Jadi budak baik
(selama ni saya nakal..hehe)

8) Jaga rumet elok-elok

9) Nak single =)

Sunday, January 9, 2011

Buat si dia... =)

Duduk tengah-tengah layan lagu ni, baru teringat Faizal Tahir akan nyanyikan lagu ni masa AJL mlm ni. Bila hayati lirik ni, tiba-tiba rasa sedih lak ni. Ditujukan khas buat seorang insan yang dah lama mengenali diri ini.

 

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu



Ulang Chorus
Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja



Hanyut-Faizal Tahir



Thursday, January 6, 2011

Saya memang kuat menangis...

Sejak dari kecil, dari lahir lagi,
emak saya kata saya kuat menangis.
Masa nak ambik gambar menangis,
masa nak makan menangis.
Kalau kat rumah, memang saya digelar "cengeng",
maksudnya sikit-sikit nangis.
Bila dah besar, saya mula belajar kawal perasaan.
Tapi saya masih tetap mudah menangis.
Tengok cerita sedih, menangis.
Baca cerita yang mengharukan, menangis.
Kadang-kadang sampai dah tak boleh menangis.
Air mata dah kering.

Kenapa saya menangis?
Cerita sedih,
Hati yang begitu sensitif,
Cepat kecil hati,
Orang lukakan perasaan saya
walaupun orang tu tau
saya memang emosional.

Kadang-kadang saya rasa saya ni
bodoh sangat,
menangis kerana 2 orang lelaki,
kadang-kadang saya rasa saya tak kisah
kalau bantal saya basah disebabkan air mata,
kalau tisu dalam bakul sampah menimbun
sebab kesat hidung dan air mata,
kalau menangis tak henti-henti.
saya dah tak kisah.

saya dah biasa sebab
saya memang kuat menangis.



andai kata hati ini terluka,
tiada kata dapat diluahkan,
penawar yang diharap-harapkan
punya kuasa penyembuh,
rupa-rupanya racun yang memakan
hati kecil tak bermaya,
seperti dilipat-lipat,
direnyuk-renyuk,
dengan wajah yang cukup menyejukkan,
namun punya hati yang tak
seperti diharap-harapkan,
hanya Allah tempat ku berserah..

Wednesday, January 5, 2011

Undi !

hari ni saya dah masuk 20 tahun 9 hari.
tapi saya masih punya 2 gigi susu lagi.
kawan-kawan saya dah nak masuk 21 tahun tak lama lagi.
bila dah 21 tahun, boleh la saya pegi mengundi.
pilihan raya umum pun tak lama lagi.
tak best la macam ni.
saya nak pilih kerajaan sendiri.
kadang-kadang saya terfikir gak,
kenapa ada "akak-akak" saya belum
mendaftar lagi??
tak patut la macam ni.
emak kata rugi kalau tak pegi mengundi.
nanti bila ada masalah,
salahkan pengundi lain,
tuduh orang tu, tuduh orang ni.
tuduh yb pandai tabur benih padi janji,
padahal diri sendiri yang tak nak mengkaji,
tak nak pilih sendiri.
apa nak jadi??
bak kata nabil,
ada mata, pandang!
ada telinga, dengar!
ada otak, lu pikir la sendiri!

p/s: nanti ada pilihan raya kampus. jangan lupa mengundi! =)

Monday, January 3, 2011

hari pertama semester baru

Bersyukur kepada Allah akhirnya aku berjaya menyelesaikan masalah pendaftaran pagi tadi. Disebabkan masalah pada sistem, aku terpaksa menukar seksyen. Pilih la seksyen yang aku memang tak nak masuk. Macam seksyen untuk subjek numerical method, amali kimia, kimia organik-biomolekul, termodinamik kejuruteraan kimia. Aha!! kalau ada sesiapa yang terserempak dengan aku untuk subjek-subjek di atas, jangan terkejut. Aku tak nak pun masuk seksyen tuh, cuma terpaksa disebabkan seksyen lain dah penuh. Lepas ni kena ikhlaskan niat bila masuk seksyen-seksyen berkenaan.
Semester 4 ni pun aku terpaksa menebalkan muka aku yang tak berapa tebal ni untuk masuk seksyen-seksyen yang berkenaan. Kalau sebelum ni, aku masuk seksyen yang aku pilih sendiri, tapi result tak seberapa, Mungkin kali ini ada hikmahnya. Insya-Allah ada peningkatan. Kali ini juga untuk seksyen termo kk, aku bersendirian. Tanpa teman-teman. Teman-teman tak dapat nak masuk seksyen berkenaan gara-gara aku adalah orang terakhir yang dapat meloloskan diri ke dalam sistem. Hahaha!!! Seksyen tuh dah penuh. Kalau nak tukar disebabkan teman-teman, baik tak payah kot. Teruskan perjuangan anis!!

Sunday, January 2, 2011

Tahun dua ribu sebelas

Disebabkan azam tahun lepas xtercapai,aku terpaksa meneruskan azam tersebut.. Walaupun begitu,banyak benda yang aku kena buat pada tahun 2011 ni....

1. kena jadi rajin. yang ni agak sukar sedikit sebab aku memang susah nak buang 'M' yang dah melekat kat aku ni...MALAS..
Tengok!! kucing pun rajin..ish3..
2. disebabkan semester lepas aku tak dapat dekan, semester ni kena dapat dekan...DEAN'S LIST

3. Jadi timbalan presiden persatuan..amanah2..
kena jaga orang bawah..ramai lak ai...

4. Jadi pengarah program.Tak penah jadi pengarah program sebelum ni.boleh ke?
Pengarah kena jadi camni ke??? =)
5. Jadi wartawan program..haha!! xpercaya aku..


ala-ala gini..hohoho
Aku harap aku dapat jalankan tanggungjawab dan tugas aku sebagai seorang anak, pelajar dan hamba Allah dengan baik..Ameen ya Rab..
Jadikan hari ini lebih baik dari hari sebelumnya..

Apesal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...